Berani Bukan Sahaja Untuk Menang
Buku pilihan, Umum, Minda, Motivasi June 8th, 2008Setiap kali kita menghadapi saat sukar dalam menentukan kejayaan, kita sering di sematkan dengan satu kekuatan untuk menghadapinya. Kita berkata, “Aku perlu berani!” Ya! Benar sekali! Kita perlu berani dalam menghadapi segala rintangan untuk berjaya dan menang. Tetapi apa yang terjadi sering kali membuatkan kita kaku untuk terus berusaha mencapai kejayaan. Kerana realiti hidup telah menetapkan bahawa kita akan lebih banyak gagal daripada berjaya!
Kita boleh bersikap berani apabila berfikiran positif bahawa kita akan berjaya. Namun, sikap berani akan hilang jika kita berfikiran negatif bahawa kita akan kalah. Hampir semua orang tahu akan perkara ini, tetapi kenapa masih ramai orang yang suka berfikiran negatif dan menganggap dia akan kalah? Jawapannya mudah, mereka lebih suka fikir berpandukan realiti kehidupan, bukan berfikir dengan menggunakan kuasa minda. Siapa yang boleh berfikir dengan menggunakan kuasa minda? Hanya segelintir manusia hebat sahaja..
Jadi bagaimanakah kita dapat memanam rasa berani jika fikir kita akan kalah? Jawapannya juga mudah, TERIMALAH KEKALAHAN ITU SEBAGAI REALITI, BERANILAH UNTUK KALAH! Di mana-mana pun, orang yang berjaya adalah seorang yang telah tahu dia akan kalah tetapi tetap berdegil untuk meneruskan usahanya.
Dalam buku BERANI GAGAL oleh Billi P.S. Lim ada menyatakan,
“Apabila seorang samurai sejati bertarung, ia telah bersedia untuk menghadapi maut, tetapi lazimnya, lawannyalah yang menemui ajal.”
Kita akan lebih berani dalam apa jua perkara sekiranya kita berani untuk menghadapi kekalahan. Berani menghadapi kekalahan bukan bermaksud buat sambil lewa dan tidak kisah sangat jika kalah, tetapi bermaksud,
“Aku akan buat habis baik, aku tak peduli jika aku kalah, aku tak hairan dan aku tak takut! Aku tetap akan buat yang terbaik!!!
Insyaallah…kejayaan dalam genggaman ANDA!



June 8th, 2008 at 1:23 pm
YUP! sekiranya anda ingin melakukan sesuatu, yakinkan diri anda untuk menang, namun jangan takut untuk menghadapi kekalahan, penolakan, kegagalan dan sebagainya.
Percayalah, jika anda berfikiran begitu, nescaya kejayaan akan sentiasa mendampingi anda!
June 9th, 2008 at 11:24 am
orang yang paling berani sebenarnya adalah orang yang mampu menahan kemarahannya..
June 9th, 2008 at 7:00 pm
hai wan…xtau la salah browser saya ke, tapi nape tulisan semua margin rapat sangat ke kiri…so bila nak baca tu ada rasa cam sempit ckit…atau maybe you design utk firefox je? coz saya guna ie7….
kalau silap saya, harap maaf ye!
June 9th, 2008 at 8:45 pm
Betul joharin, blog ini hanya sesuai dilayari menggunakan firefox. Kalau guna IE memang bermasalah
June 10th, 2008 at 11:07 am
lame tak singgah,bukan apa sibuk sangat,nampaknya makin mencuri perhatian blog nie.apa2 pun apa yang situlis tu kalau dihalusi makna yang ingin dikongsi memang stim semangat dibuatnya
June 10th, 2008 at 2:42 pm
kooreen79 saya setuju dengan apa yang ditulisnya itu.
salute la beb
June 10th, 2008 at 7:35 pm
Yup la qulbu..lama tak nampak nama qulbu kat sini! Thanks datang melawat!