Belajar Menangis
Umum, Nasihat, Agama, Motivasi July 25th, 2008السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam semua…marilah kita duduk dan merenung sedetik, tanyakan kepada diri…”Wahai diriku yang jahil, berapa kali aku menangis kerana mengharapkan keredhaan Allah? Berapa kali aku menangis kerana bersyukur atas segala nikmat yang tuhan kurniakan kepada ku setiap hari? Berapa kali aku menangis kerana takutkan pembalasan di atas segala dosa-dosa yang pernah aku lakukan?”
Tentu kita semua mempunyai jawapan yang berbeza, biarlah..tak apa. Semua itu adalah perkara yang dah lepas. Apa yang perlu kita buat adalah sekarang. Hari ini adalah anugerah, esok adalah misteri, kelmarin adalah sejarah…ambil cermin dan perhatikan wajah anda. Renungkan dalam-dalam dan cuba keluarkan air mata anda. Menangis, fikirkan sesuatu yang boleh membuatkan anda menangis…usahakan sampai berjaya..apabila sudah berjaya, sebutkan kata2 ini “Ya Allah, tangisan ini adalah latihan untuk aku menghadapmu!”
Allah sayangkan hambanya yang sering menangis apabila mengadap-Nya. Mungkin kali ini kita hanya boleh berlakon untuk menangis, namun dengan latihan yang kerap dan disertakan dengan niat yang betul, kita akan menjadi seorang hamba yang mempunyai air mata yang mulia disisi tuhan. Usahlah membiarkan hati anda begitu keras untuk merasa kerdil apabila mengadap tuhan, lembutkanlah ia dengan air mata keimanan. Air mata adalah anugerah untuk kita mengzahirkan rasa kehambaan apabila mengadap tuhan, jangan biarkan ia tersimpan dan dikeluarkan pada detik yang tiada manfaatnya.
Begitu murahnya air mata kita apabila menonton rancangan AF, Mentor dan sebagainya. Air mata keluar mencurah-curah apabila peserta yang diminati terpaksa disingkirkan. Apa ni? Sedangkan air mata kita tiba2 menjadi begitu mahal untuk dikeluarkan apabila mendengar ayat suci Al-Quran, apabila mengadap tuhan, apabila melakukan dosa-dosa besar..
Berubahlah…belajarlah untuk menangis apabila menerima nikmat, diuji, apabila mengadap tuhan dan sebagainya. Menangislah walaupun terpaksa berlakon. Tidak perlulah anda merasa seolah-olah perbuatan itu hanyalah menipu, Allah lebih tahu akan perkara itu. Yang penting anda berusaha untuk menangis kerana-Nya…marilah kita sama-sama menangis kerana-Nya. Sesungguhnya tiada tangisan yang lebih mulia daripada tangisan seorang hamba yang meratap mengharapkan keredhaan daripada tuhan-Nya.
Wallahualam…



July 29th, 2008 at 12:19 pm
trima kasih wanwma….kerana mengingatkan sye tentang pekara di atas…
sbenar nya dah lama sye x mnagis kerana keredhaan Allah…dulu stiap kali baca surah yasin sye mnagis, bila teringat kbesaran Nya sye mnagis…..tp sejak hidup sye di timpa musibah yg x henti2, sye jd lupa tuk mnagis kerana-Nya….sye rasa diri sye ni terlalu hina & makin jauh dari-Nya….
July 29th, 2008 at 10:29 pm
kita adalah insan yang lemah Myaz, tetapi sayangnya kita semakin lupa tuhan sekiranya kita mendapat musibah atau pun kesenangan, itulah ujian Allah untuk melihat sejauh mana kita mengingatinya…semoga kita ditempatkan dalam golongan org2 yg beriman..insyaallah..
August 1st, 2008 at 11:12 am
erm,nak belajar menangis ye? cuba duduk depan tv time maghrib dan dengar laungan azan Maghrib tu sorang diri. oh,sila buka tv1 ye sbb tv lain tak cool.
kenapa saya suro dgr azan kt tv1? sbb saya sendiri nangis dengar laungan azan tu.merdu sangat.. sampai tersentuh hati saya. =)
August 2nd, 2008 at 8:37 am
Ehm..dah lama tak menangis..:(
August 7th, 2008 at 6:46 pm
menangis pun boleh menenangkan jugak ada kalanya, kita manusia sejauh mana kita pergi tetap akan pulang pada yg asalnya,sbb kita ni tak pernah puas, bila dah terkenang semula, secara tak sengaja blh menangis ……