Seringkali masalah ini berlaku kepada mereka2 yang ingin memulakan perniagaan dan menceburi bidang keusahawanan. Kenapakah perkara ini boleh berlaku? Ada orang bertanya, “Takkan minat dan kemahiran sendiri pun tak tahu?”. Saya bertanya balik, “Kalu dah tahu minat dan kemahiran sendiri, kenapa tak gunakannya untuk perkara yang bermanfaat? Contohnya guna minat dan kemahiran itu untuk berniaga? Boleh juga menambahkan pendapatan!”. Nah! sekiranya soalan ini ditujukan kepada anda, apa jawapan anda? Saya boleh beri jawapan yang biasa saya dengar dan mungkin anda juga terfikir untuk menjawap seperti ini, “Nak berniaga? Mana ada modal…” atau “Aku minat membaca/ bola/ komik/ makan/ jalan2 jer, mana bleh buat duit!” atau “Aku tak pandai berniaga!” atau “Nak buat macam mana? Bukannya senang nak berniaga wo..” atau macam ni “Ada ke orang nak bayar perkhidmatan/ produk aku tu?” atau 1001 lagi jawapan yang merupakan penafian kebolehan diri sendiri untuk berniaga. Betul tak? Jika anda seorang usahawan atau peniaga pun anda memang biasa mendengar keluhan seperti itu kan!?

Berbeza dengan orang yang memiliki ciri2 usahawan yg berjaya. Soalan yg diajukan tadi akan terjawap seperti ini, “Eh, betul juga! Kenapa la aku tak terfikir sebelum ni!” atau “Macamana nak mula?” atau “Aku akan usahakannya!” atau “Mana aku boleh belajar berniaga? Aku dah nak mula berniaga ni!” atau “Macamana nak terjemahkan minat aku ni supaya aku dapat buat duit?” atau berbagai lagi jawapan atau soalan yg dikemukakan. Mereka juga bertanya, tetapi bukan untuk menafikan kebolehan mereka, tetapi untuk belajar! Itu perbezakan kecil yang begitu besar kesannya kepada kedua2 golongan ini.

Masalah utama yang dikenalpasti bukanlah untuk mengenal atau mengetahui minat dan kemahiran anda. Tetapi KEMAHUAN ANDA! Jawap dulu 3 soalan ini:

“APA SEBENARNYA KEMAHUAN ANDA?”

“APA SEBENARNYA KEMAHUAN ANDA?”

“APA SEBENARNYA KEMAHUAN ANDA?

JAWAP DAN SEMATKAN DIHATI!! Anda harus tahu bahawa kemahuan andalah yang akan menghasilkan minat dan kemahiran yang bakal anda bentuk dalam diri anda untuk menjadi seorang usahawan, peniaga, pakar motivasi, pemimpin atau sesiapa sahaja yang anda mahu!

Pernahkah anda dengar kenyataan ini?

“Jika nak berniaga, anda perlulah melihat kebolehan dan kemahiran anda. Apakah bidang anda? Jangan buat atau lakukan perkara yang anda tidak tahu. Ini akan menyebabkan anda mengalami masalah dalam perniagaan anda. Dan bla..bla..bla… “

Usahlah anda terperangkap dengan kata2 di atas! Inilah kenyataan yang…maafkan saya..kenyataan ‘BODOH’ pernah saya dengar! Kenyataan di atas adalah suatu unsur negatif yang telah merosakkan minda kita. Percayalah, ramai dikalangan anda yang terkial-kial mencari kemahiran yang sedia ada dalam diri untuk dibentuk dan menjadikannya perniagaan. Tetapi apa yang berlaku? Anda akhirnya kecewa kerana tidak dapat mencungkil kemahiran sendiri dan terus tercari cari.

Satu contoh mudah boleh saya berikan kepada anda. Adakah anda seorang yang mahir dalam perniagaan internet? Anda pandai membuat blog sendiri sebelum ini? Anda tahu macamana perniagaan internet berfungsi dan bagaimana untuk memulakannya sebelum ini? Tak tahu? Contoh diri saya sendiri..saya adalah seorang yang sangat naif tentang internet. Apa lagi untuk membuat perniagaan internet. 2 tahun yang lepas, saya ternampak wajah Irfan Khairi dengan gelaran Jutawan Siber dalam majalah Maskulin. Kemudian saya membacanya dan terus tertarik untuk memulakan perniagaan internet. Saya ketika itu tidak tahu macamana nak menggunakan email dengan betul, tidak tahu adanya Myspace atau Friendster, atau Youtube, tak pandai guna YM atau Google Talk. Itu perkara asas, lebih parah lagi bila saya dengar perkataan Blog, Blogger, RSS, IM, Autoreponder dan lain2 lagi perkataan pelik. Dan saya tahu juga saya perlu tahu semua perkara itu dan perlu mahir menggunakannya. Bagaimana saya nak berniaga melalui internet jika tidak tahu semua perkara itu? Ah!!! Saya tak peduli, APA YANG SAYA TAHU SAYA NAK MELAKUKAN PERNIAGAAN INTERNET!

Jika mengikut kenyataan di atas bukankah ianya sangat bercanggah dengan usaha yang saya lakukan? Saya belajar tentang perniagaan internet, saya beli buku, saya pergi Cyber Cafe dan belajar (rumah saya tiada internet, saya hanya pergi ke CC untuk belajar. Sekiranya ada maklumat penting yang boleh saya pakai saya akan save dalam pendrive. Saya takkan baca kat CC, sebab bazir masa, setiap minit duit jalan wooo…). Semua perkara ini bukan kemahiran saya. Tetapi saya terus lakukan walaupun tahu bercanggah dengan kenyataan “Jangan lakukan perkara yang anda tidak mahir”. Akhirnya, kini saya berjaya mencapai matlamat pertama saya. Walaupun masih tidak berjaya dalam perniagaan internet tetapi itu bukanlah matlamat utama saya buat masa ini. Apa saya nak hairan? Kejayaan itu bermula langkah demi langkah, dan kita akan mempelajari perkara baru setiap kali ingin mencapai kejayaan yang akan datang! Kenapa sibuk melihat ke belakang? Mengkaji kemahiran dan kebolehan yang sedia ada? Ia bukanlah suatu kesalahan, tetapi jika tidak dapat menggunakan kemahiran itu untuk kejayaan anda, usah terperangkap dengan kenyataan yang tidak berasas di atas.

Sekarang anda tentukan sendiri apakah perkara yang lebih penting dalam kejayaan anda.

KEMAHIRAN atau KEMAHUAN ANDA?

KEMAHIRAN atau KEMAHUAN ANDA?

KEMAHIRAN atau KEMAHUAN ANDA?

Baik, sekarang anda berhenti sebentar membaca dan cuba anda SENYUM……..anda juga boleh ketawa kalau nak ketawa…Hahahahaha…hahaha..haha…kenapa saya suruh anda senyum dan ketawa? Kerana rupanya perkara ini sebenarnya begitu mudah! Bukankah begitu? Mudah bukan? Lakukan saja apa yang anda mahu, dengan ini anda akan terasa lebih gembira!!

“Buat apa yang anda mahu buat, dengan apa yang anda ada (tenaga, masa, pemikiran, semangat dan minda), dengan sesiapa sahaja, di mana sahaja anda berada, pada bila-bila2 masa yang anda suka, dengan betul, tepat dan jitu!”

Bab ini bersambung….

Jemputlah sahabat2 anda membaca artikel ini jika artikel ini berguna untuk anda. Kerana artikel ini mungkin juga berguna untuk mereka.