Baik, sekarang kita telah pun tahu bahawa untuk mengetahui minat dan kemahiran kita dalam perniagaan yang utama bukanlah minat dan kemahiran itu sendiri, tetapi kemahuan kita. Sebenarnya kita ada kemahuan terpendam yang kita sendiri pun kadang-kadang terlupa kerana terlalu fokus dengan minat dan kemahiran kita. Minat ialah suatu perkara yang sangat penting untuk mencapai kejayaan, tetapi untuk mencapai kejayaan minat bukanlah perkara utama. Sekiranya anda minat dalam bidang rekabentuk kraf, anda belum tentu boleh berjaya dalam perkara yang sama. Yang membezakan orang yang boleh berjaya dengan minatnya dengan orang yang tidak, ialah apa? Adakah kemahiran?Tidak sama sekali.

Sahabat saya, langsung tidak tahu menghasilkan rekabentuk iklan menggunakan grafik komputer, komputer pun tak tahu nak guna. Tapi mengikut perkiraan saya dia sekarang telah pun menjadi jutawan dengan membuka perniagaan iklan berkomputer. Lebih hebat lagi, sampai sekarang dia masih tidak pandai menggunakan komputer!! Dia tidak berminat pun untuk belajar menggunakan komputer, dia tidak minat pun grafik, dia langsung tiada kemahiran dalam menghasilkan grafik berkomputer. Tetapi dia berjaya menjadi jutawan dalam bidang itu. Dan dia begitu gembira dengan kejayaannya. Apa maksudnya di sini? KEMAHUANNYA TELAH MENGATASI SEGALA-GALANYA!

Adakah anda kenal Michael Dell? Kenal, tapi tak pernah jumpa kot…hehehe…dialah penagasas komputer Dell. Dia langsung tiada kemahiran dalam komponen komputer sebelum menghasilkan komputernya sendiri. Pada ketika usianya belasan tahun (tak silap saya) dia mula mengodek-godek komputer yang dibeli dan mempelajari cara komponen2 itu berfungsi untuk mencipta komputernya yang tersendiri. Apakah sebenarnya yang dibuat oleh Dell ni? Adakah dia minat dengan komponen2 komputer tu? Tidak, dia sebenarnya minat berniaga. Dan apa yang dimahukannya ialah memiliki sebuah syarikat pengeluaran komputer terbesar di dunia mengalahkan IBM. Akhirnya beliau berjaya menubuhkan syarikat pengeluaran komputer kedua terbesar di dunia. KEMAHUAN SEKALI LAGI MENGATASI MASALAH2 KECIL berkaitan komputer.

Banyak lagi contoh yang boleh saya berikan untuk menunjukkan perbezaan antara minat, kemahiran dan kemahuan. Tetapi bukanlah perkara ini yang ingin saya sampaikan dalam post kali ni. Perkara ini telah dibincangkan sebelum ini. Dan saya yakin, kenyataan saya ini mungkin bercanggah dengan pendapat orang ramai yang menekankan minat dan kemahiran dalam mencapai kejayaan. Sebenarnya saya bukan tidak bersetuju, tetapi mereka tertinggal 1 perkara penting iaitu Kemahuan! Bukankah pelik perkara utama ini dibiarkan sebaliknya kita sibuk membincangkan tentang perkara kedua dan ketiga itu?

Baiklah, saya ingin meneruskan post kali ini dengan menyenaraikan bidang2 yang mungkin berkaitan dengan anda. Tidak guna saya membincangkan soal kemahuan, minat dan kemahiran ini jika anda sendiri masih belum menetapkan matlamat dan kemahuan anda. Perhatikan bidang yang tercatat dibawah. Mungkin ada salah satu bidang di bawah yang merupakan 1 tarikan untuk merealisasikan kemahuan, minat dan kemahiran anda untuk berjaya. Jangan tengok bidang2 itu berdasarkan minat dan kemahiran anda sahaja, tengok dengan kemahuan anda terlebih dahulu. Dalam bidang manakah anda mahu berjaya? Minat dan kemahiran boleh dibentuk selepas itu! Caranya mudah, iaitu BELAJAR!!

Bidang Yang Boleh Diceburi:

1- Jualan Terus

- Menghasilkan Produk sendiri (apa2 jua produk yg berfaedah)- Pinggan mangkuk- Alat solek- Ubat-ubatan- Bahan pencuci- Pakaian- Batik- Buku/ kitab- Alat tulis- Cermin mata/ contect lenses- Kasut- Perhiasan/ aksosari rumah/ kereta/ pejabat dll- Makanan kesihatan/ Vitamin- Insurans- Alat elektronik- Encyclopedia- Bunga/ hiasan- Barang kemas- Pakaian sukan- Mineral water- Karipap/ roti canai segera dll- Necktie- Bekas plastik- Agen kereta- Penapis air- Komputer- Aksosari komputer- Komponen Komputer- Payung/ baju hujan- kerongsang/ pin- Barangan hobi/ permainan pendidikan- Batu permata- Makanan ringan- Makanan segera- Jam tangan/ jam dinding / wallet- Saham dan macam-macam lagi.

2-Mengambil Upah

-Memotong rumput- Membersih rumah- Mencuci permaidani- Mencuci & Mengelap kereta- Servis kereta rumah ke rumah- Mengankat barang, Membawa penumpang/ pelancong- Membaharui cukai jalan/ insurans- Menaip surat/ kertas kerja- Menterjemah perkataan- Membaiki komputer/ format/ install dll- Melukis untuk percetakan-Melukis pelan- Rekabentuk grafik- Lukisan Visual/ potret- Lukisan rekabentuk sonket- Mengecat rumah/ masjid/ pagar- Mencuci pakaian- bertukang- type-setting- Calligrafi/ khat- Memasang wayar elektrik/ paip- Menjahit baju/ kusyen/ lansir- Sulaman- Mengosok- Andaman-Meracung lalang- Mengajar kelas tusyen/ grafik/ Al-Quran/ menjahit dll- Membersihkan/ mengusaha tanah- Memetik kepala- Mencari daun pisang/ pegaga dll- Memasak- Membersih luar bangunan- Menjaga anak- Menggilap kasut- Membungkus- Memasang/ Membuka barang kilang- plumbing- Menyembelih/ melapah- Mengutip sampah dan lain-lain perkara yang mungkin orang lain langsung tidak terfikir pun…

Anda jangan pandang remeh kepada semua kerja di atas, jika diperhatikan betul2, setiap kerja yang tertulis di atas telah pun ada orang yang hidup mewah, kaya raya dan senang dengan hanya mengaplikasikan perkerjaan di atas ke dalam bentuk sistem yang hebat. Saya sendiri kenal dengan seorang lelaki yang kerjanya hanya mengutip sampah setiap hari. Tetapi pendapatannya mencecah ratusan ribu ringgit. Semoga anda mendapat satu idea yang hebat daripada senarai kerja di atas. Setakat ini sahaja untuk post kali ni..post yang akan datang saya akan menyambung senarai bidang2 yang boleh anda ceburi berkaitan dengan Perniagaan Bertempat dan Punca Pendapatan Lain! Selain itu saya juga akan membincangkan tentang cara Bagaimana Memanfaatkan Minat & Kemahiran Anda Dalam Mereaslisalikan Kemahuan/ Impian Anda!!! Nantikannya…

Jangan lupa kongsikan Artikel ini kepada sahabat2 anda jika anda rasa artikel ini berguna untuk anda, kerana mungkin mereka juga memerlukan panduan daripada artikel ini.

Wassalam…