Bagaimana Kalau Dah Terlanjur?

May 5 200919 Commented

Categorized Under: Agama, Motivasi

Sejak kebelakangan ini saya menerima banyak soalan daripada para pembaca, namun saya masih belum berkesempatan untuk menjawabnya. Bukanlah perkara yang susah sangat untuk menjawab soalan pembaca, tetapi adalah susah untuk menjawab dengan berhemah dan menepati kehendak penanya. Dalam kes2 seperti soalan di bawah saya biasanya merujuk kepada orang yang lebih berpengalaman seperti ustaz yang lebih tahu tentang soal agama dan sebagainya. Buat masa ini saya masih belum sempat berjumpa dengan ustz terrsebut. Walaupun telah ada jawapan tersendiri, saya tangguhkan terlebih dahulu kerana khuatir pandangan itu tiada fakta yang tepat.

Sementara menunggu, bolehkah saya meminta pandangan dari anda semua untuk memberikan sedikit pandangan dan nasihat buat rakan kita ni. Berilah pandangan dan nasihat yang baik, jangan sekadar suka2 dan ada unsur sindir-menyindir. Hormati dan jagalah perasaan rakan kita yang sedang berada dalam kegelisahan ni…baik, soalannya adalah seperti di bawah:

“Assalamualaikum wan, saya dah baca banyak artikel serta motivasi yang dilengkapkan dalam blog wan. saya mendapatkan blog ini daripada kenalan saya. Berbalik pada tujuan sebenar saya. Begini, saya sebenarnya gadis berumur 21 tahun. dan telah kehilangan dara masa saya berumur 19 tahun…sampai sekarang saya masih lagi dgn pakwa saya. Kami memang merancang untuk bernikah. Tapi ada sedikit halangan daripada parents saya. Saya betul-betul sedih sekarang ni. macam-macam yang saya fikirkan. Fikirkan keadaan saya yang dah kehilangan dara ni.

Saya ingin mendapatkan nasihat dan pandangan wan.  Jika saya ditakdirkan berjumpa dengan lelaki lain,adakah patut saya maklumkan pada dia yang saya sudah tiada dara lagi? atau adakah saya patut diamkan saja? jika saya diam, adakah lelaki(suami) akan tahu saya sudah hilang dara pada malam pertama kitorang? Saya buntu sangat. walaupun saya sering berdoa pada tuhan namun saya masih ingin mendapatkan pertolongan daripada orang lain yang dapat membantu. Saya rasa tuhan ketemukan saya dengan awak untuk saya mendapatkan pandangan dan nasihat. Saya harap awk sudi bantu saya. Terima Kasih”

 

PANDANGAN SAYA…

Blog Widget by LinkWithin

Share/Save/Bookmark

19 Responses to “Bagaimana Kalau Dah Terlanjur?”

  1. wany says:

    salam..
    kalau ikut pendapat wany, pertama sekali saudari kena taubat nasuha, taubat dengan sesungguh2nya dan jangan ulangi lagi perbuatan tersebut..saya yakin kalau saudari bertaubat, ALLAH akan memudahkan rencana saudari,
    seterusnya, saudari perlu sedaya upaya meyakinkan keluarga tentang pilihan saudari, berikan point2 yg akan menyebabkan keluarga saudari setuju…dan saudari juga harus yakin bahawa pasangan pilihan saudari tersebut betul2 bertanggungjawab dan boleh dijadikan suami..
    dan jika keluarga tetap menentang, jgnlah memberontak, mungkin ada hikmahnya, ikutlah pilihan keluarga.
    orang laki akan tahu jika kita ada dara atau tidak tapi jgnlah saudari menceritakan sejarah silam saudari kerana ia akam memberikan kesan pada suami, saudari mungkin boleh mengatakan tidak semua perempuan mempunyai dara atau mungkin telah pecah semasa aktiviti lasak..insyaAllah suami akan memahami jika dia betul2 menerima saudari seadanya..

    igtlah pesanan saya, bertaubatlah dan memohon keampunan yg sesungguhnya pada ALLAH dan lakukan solat istikharah untuk meyakinkan pilihan saudari..

    saya doakan yg terbaik tuk saudari..

    wallahua’lam

    [Ulas]

  2. alana says:

    salam…sekadar memberi pandangan dan cadangan…
    bagitau parent awk ttg apa yg dah berlaku..
    saya tau, parent msti mrh or terkilan..
    but then, kalau awk come clean dgn diorang..lmbt laun diorng akn phm…

    psl lelaki tau dara 2, kalau betul la lelaki 2 btul2 cintakan awk, dia tak pndg dara2 tue semua…sebab itu kisah silam awk..awk takkan ulang kan?

    ok la…sekadar nak berkongsi pendapat..btw, sy phm perasaan awk..insyaAllah, semua akan selesai nanti…

    salam…

    [Ulas]

  3. seripagi says:

    salam.. sekadar berkongsi pengalaman sendiri..
    saya dibesarkan dlm keluarga yg mementingkan agama. 5 tahun bercinta dgn sorang lelaki A yg amat baik pada pandangan hati saya. dalam masa family kedua belah pihak merancang2 utk menyatukan kami, saya dipertemukan secara kebetulan dgn lelaki B.

    Entah mana silapnya (yg saya yakin sgla yg buruk itu dtgnya dr diri kita sendiri) baru sebulan saya mengenali dia, kami terlanjur mengadakan hubungan terlarang tu dan ianya hanya berlaku ’sekali’ yg kesannya amat2 saya kesalkan utk dikenang. saya mengandungkan anak B. paling pahit utk ditelan saya terpaksa memutuskan hubungan saya dgn A sedangkan dialah cinta hati saya yg amat menjaga batas pergaulan kami dan bersama menjaga maruah saya. sampai saat ini A tak tau atas alasan apa saya membawa diri. saya tak sanggup utk beritahu dia sebab dia terlalu baik utk saya lukakan hatinya. setahun saya menghilangkan diri tak balik ke kampung semata2 membesarkan anak dalam kandungan. nasib baik saya ada kawan2 yang membantu di samping duit simpanan yg tak seberapa. saya rela menunggu 9 bulan mengandungkan anak yg bagi saya dia tak berdosa. utk pengetahuan, saya telah putuskan hubungan saya dgn B setelah 3 bulan saya mengandung, itupun setelah terbongkar B suami orang dan dah ada anak 5. Saya hanya berserah pada Allah dan saya yakin satu hari nanti B akan dapat balasannya.

    Sampai masa, saya melahirkan anak lelaki yg amatlah sebijik muka saya(nasib baik takde muka B). Walaupun sayang, saya terpaksa serahkan anak tu pada satu pasangan suami isteri yg hampir 10 tahun kawin dan masih belum dikurniakan anak sendiri. Mungkin rezeki saya dipertemukan dgn mereka. Saya memang tak boleh membesarkan dia sbb sepanjang mengandung takde sorang pun dari ahli keluarga saya tahu cerita ni. Dan saya tak sanggup nak mencalarkan hati kedua ibubapa saya.

    Bila semuanya selesai, saya seperti biasa setiap bulan sekurang2nya sekali menjenguk ke kampung yg mana dlm masa setahun yg penuh rahsia tu inilah perkara yg amat2 saya inginkan. Oh ya.. sepanjang mengandungkan anak saya, saya lebih banyak mendekatkan diri dgn Allah. Bertaubat nasuha, tak tinggal sembahyang, setiap masa terluang mengaji al-quran dan kerap juga berpuasa kerana tak punya cukup wang utk makan. Saya juga sering bermuhasabah diri. Mengharapkan keampunan dariNya. Saya sering berdoa agar hidup saya selepas ini akan lebih bersinar.

    Dan alhamdulillah.. setelah semua ini berakhir, saya dipertemukan Allah dgn lelaki C. Hubungan yg sekadar kawan biasa diikat dgn ikatan perkahwinan. Yang pasti saya tak pernah sekalipun menceritakan kisah silam saya. Walaupun masih ada kesan torehan doktor di tut.. semasa bersalin dulu, sehingga saat ini suami saya tak pernah bertanyakannya. Mungkin difikirannya tertanya2 juga tapi saya amat yakin.. dia tetap menyayangi dan mencintai saya sepenuh hatinya. Cuma pastikan kita sentiasa muhasabah diri, jaga kehormatan diri dan suami, menerima dan mencintai suami sepenuh hati, hormatkan suami, jaga makan pakai suami, jaga penampilan kita di hadapan suami yakni hidup kita diberkati Allah.

    Yang pasti.. apapun masalah yang kita hadapi, ada lagi org lain yang punya masalah yang lebih berat dari kita. Apapun ujian yang Allah beri, ianya tak lain selain menguji tahap keimanan dan ketaqwaan kita padaNya. Tak perlu dikesalkan perkara yang lepas kerana kita hanya perlu fokus pada apa yang kita nak untuk masa depan. Walaupun saudari pernah terlanjur dulu, belum tentu dia jodoh yang ditetapkan buat kita. Saudari masih muda, banyak lagi halangan2 yang belum saudari tempuh. Kalaupun inilah ujian yang paling besar saudari rasakan, ianya sekadar proses mendewasakan kita. Apa yang penting adalah perasaan kedua ibu bapa. Akhirnya lakukan solat istikharah dan selebihnya berserah dan redho padaNya.

    [Ulas]

  4. rossilawati says:

    salam… sekadar membari cadangan dan pandangan….
    disini kita perlu ingat jodoh pertemuan,ajal maut semuanya ditangan tuhan.seandai jodoh awak dgn dia apa kekurangan pada diri awak dia boleh terima.pasal parents awak yg menghalang perhubungan awak mungkin betul sebab keluarga biasanya boleh menilai mana yg terbaik utk menjadi suami awak.pasal dara tak payah nak di hebohkan biar lah ia menjadi sejarah dalam hidup awak ….. tak ada org yg tak buat salah so….selepas ini buat lah yg terbaik dalam hidup awak ingat!!!!!!jagn di ulangi kesalahan lalu.

    Kalau lelaki tu betul2 ikhlas mencintai awak dia akan terima kekurangan yg ada pada diri awak.Ada dara ke tak ada dara ke dia tak akan menpersoalkannya.so….all the best……

    [Ulas]

  5. pe'ah.. says:

    betol apa kata pembaca di atas..
    bertaubat lah…
    itu jalan yg terbaik..
    kemudian jgn ulangi bnda tu lagi..
    klu jumpa lelaki lain nanti, berterus terang dgn dia..
    klu dia leh trima, alhamdulillah..
    klu dia xleh terima nk wat mcm mana,
    Allah nk uji ler tu, terima jer..
    banyak2 bersabar,..
    jgn ikot sgt darah muda tu..

    [Ulas]

  6. micha says:

    pendapat saya, anda harus bertaubat..
    perkara silam jgn di kenang, lebih2 lagi perkara aib.. jadikan ianya pengajaran dan pendoman di masa hadapan..
    saya pernah terbaca permasalahan begini, dan jwp yg diberi pakar kaunselor adalah sama seperti jwpn seripagi.. xperlu dedahkan aib sendiri pada si dia.. yg penting mulakan hidup baru, dan belajar utuk menjadi insan yg lebih baik mcm seripagi.. insyaallah allah akan beri lorong dan bantuan jika kita benar2 bertaubat dan berubah..

    [Ulas]

  7. ksah sbnr saya says:

    terima kasih bt smua teman2 yg sudi bg pndgan & nsihat…
    saya adalah org yg dmksudkan di atas..
    namun, saya masih inginkan pndangan & nsihat dr yg betul2 arif dlm msalah ini..
    saya dan bf kini masih lagi berusaha utk mndptkan restu kdua ibu bapa saya..
    dan pada masa yg sama saya redha akan khndak tuhan ke atas dri saya..
    tp saya msh brhrp moga2 djodohkan dgn bf saya sekarang..
    saya akui aper yg trjadi adalah krn salah saya sndri..tp sya begitu buta dgn cinta serta kasih syg yg dberikan, serta keseronokan dlm melakukan perbuatan yg trkutuk itu..4 tahun kami bersama, dan saya tdak prnh mngandung,tp niat kami utk brnikah trhalang,brulah saya berada dlm kglisahan..barulah saya memikirkan prkara yg akan berlaku pd masa akan dtg..
    terima kasih semua..terutama pd akak “seri pagi”.. saya dpt rasakan kepritan akak mnggung permslahan yg lps..akak bgtu kuat mnmpuh ujian ini..
    semoga kisah saya ini, dpt memberi pengajaran pd rakan2 yg len..jgalah kehormatan dri..jgn jd mcm saya..
    namun, jika masih ader lg pndgan serta nsihat drp teman len, silalah kemukakan..saya terima dgn penuh ksyukuran..dan ucpn trma kasih yg tak trhgga..trima kasih juger buat wan krn sudi memaparkan kisah saya ini..
    salam

    [Ulas]

  8. wan wma says:

    Sabar ya, Allah akan memudahkan urusan bagi orang2 yang bersabar. Segala perih jerih yang dilalui sekarang adalah ujian dari Allah kepada hamba-Nya yang disayangi!

    Insyallah, persoalah saudari akan terjawab apabila masanya telah tiba…

    [Ulas]

  9. Hamba Allah says:

    Ape yang penting………… KERJASAMA ;p
    Maksudnya, dua2 kene taubat.K. InsyaAllah, kite mampu mengubahnya……

    [Ulas]

  10. mai says:

    salam
    saudari sy bersyukur saudari sedar yg perbuatan saudari itu memberi impak kepada masa depan saudari.kita sbgai hamba Allah x th ape yg bakal berlaku….kita hanya dpt membaiki kesilapan tetapi tdk dpt mengubahnya kerana ia sudah berlalu.bak kate pepatah belajarla dari kesilapan..jadi sebaiknya saudari dan teman lelaki saudari buatla taubat nasuha..iaitu sebenar2 taubat jgn ulanginya lagi kerana itu sume menambah dosa.sekiranya teman lelaki saudari sekarang mahu bertanggungjwp tapi keluarga menentang…bagi sy saudari dlm keadaan tersepit antara teman lelaki & keluarga..susahkan..cube fikirkan keluarga adalah teman kite sedari kecil hingga dewasa,mereka lebih tahu perwatakan kita,sikap kita & segala2nya ttg diri kite…kadang2 lebih dari kite sendiri..terutama ibu bapa yg membesarkan kite.sedangkan teman lelaki hanya dikenali ketika kita mula mengenal “cinta monyet”.brape thun saudari mengenalinya?ape yg teman lelaki itu th ttg saudari? boleh ke dia nk membimbing saudari dan keluarga yg bakal saudari bina sedangkan dia jgk mengajak saudari ke arah kemaksiatan.. mungkin keluarga saudari menentang perhubungan dgn bersebab…bukan sekadar suka2 menolak pilihan saudari..terutama ibu bapa…mereka hanya mahu yg terbaik utk anak mereka..fikir2kan secara logik saudari…bukan ikut nafsu dan jiwa muda kite…nilaikan sume itu ikut agama & kasih syg kelurga kite..
    mengenai dara tuu….baiknye simpan je dgn cermat dari pengetahuan bkal suami kerana ada lelaki yg x bleh terima..saya th saudari ingin berlaku jujur tp dlm hal sebegini baik simpan je takut lain plak yg jd di masa depan kite x tahu…
    saya doakan saudari dpt jalan penyelesaian….
    Wassalam…

    [Ulas]

  11. Sutera says:

    Salam saudari,
    Soal jodoh, ajal, maut di tangan Allah swt. Manusia diberi akal untuk berusaha dan berfikir untuk memilih mana yang baik atau mana yang buruk. Saya berharap saudari segeralah bertaubat, sekiranya lelaki yang pernah berzina dengan saudari telah berubah menjadi seorang yang soleh dan mampu untuk memimpin keluarga, maka teruskanlah niat untuk berusaha bersama membina keluarga yang diredhai Allah.

    Namun sekiranya sikap dan perilaku teman lelaki saudari banyak bercanggah dengan hukum syarak, maka berusahalah memberi kesedaran kepadanya. Manakala, jodoh pula mintalah Allah Bantu memberi hidayah melalui solat hajat dan istikharah.Gunakanlah pemikiran yang waras agar kita tidak terjebak semula dalam dosa dan mendapat bantuan/jodoh lain yang terbaik daripada Allah s.w.t.

    Insyaallah, pintu taubat sentiasa terbuka bagi umat yang ingin kembali ke jalan Allah. Sekiranya jodoh saudari ditentukan dengan lelaki lain, maka adalah sebaiknya berterus terang akan keadaan sebenarnya,agar tidak mendatangkan masalah kemudian hari selepas berumah tangga. Seorang calon suami yang baik adalah yang sanggup menerima keadaan kita seadanya dan sedia membimbing kita menuju keredhaan Allah.

    Dosa zina itu tidaklah sama. Allah SWT berfirman,
    ;Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina
    itu adalah suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang
    buruk. (QS. al-Isra’ : 32)

    Perempuan yang berzina. dan laki-laki yang berzina,
    maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus
    kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya
    mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika
    kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan
    hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh
    sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (QS. an-Nuur
    : 2)

    Para ulama berkata, “Ini adalah hukuman bagi pezina
    perempuan dan laki-laki yang masih bujang, belum
    menikah di dunia. Jika sudah menikah walaupun baru
    sekali seumur hidup, maka hukuman bagi keduanya adalah
    dirajam dengan bebatuan sampai mati. Demikian pula
    telah dijelaskan dalam hadits dari Nabi SAW bahwasanya
    jika hukuman qishash ini belum dilaksanakan bagi
    keduanya di dunia dan keduanya mati dalam keadaan
    tidak bertaubat dari dosa zina itu niscaya keduanya
    akan diadzab di neraka dengan cambuk api.
    Dalam kitab Zabur tertulis, “Sesungguhnya para pezina
    itu akan digantung pada kemaluan mereka di neraka dan
    akan disiksa dengan cambuk besi. Maka jika mereka
    melolong karena pedihnya cambukan malaikat Zabaniyah
    berkata, “Ke mana suara ini ketika kamu tertawa-tawa,
    bersuka ria dan tidak merasa diawasi oleh Allah serta
    tidak malu kepada-Nya.

    Sedarlah, bahawa Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui setiap dari amalan kita. Setiap dosa walau sebesar debu pun pasti ada balasannya di akhirat nanti. Maka bertaubatlah saudari dengan sebenar-benar taubat(taubat nasuha), semoga dibukakan jalan dan pintu rahmat untuk kehidupan saudari menempuh hari2 mendatang.

    Renungkanlah:
    Imam Bukhari meriwayatkan hadits tidur Nabi SAW yang
    diriwayatkan oleh Samurah bin Jundub. Dalam hadits itu
    disebutkan bahwa Beliau SAW didatangi oleh malaikat
    Jibril dan Mikail. Beliau berkisah,”Kami berangkat
    pergi sehingga sampai di suatu tempat semisal;tannur;
    bagian atasnya sempit sedangkan bagian bawahnya luas.
    Dari situ terdengar suara gaduh dan ribut-ribut. Kami
    menengoknya, ternyata disitu banyak laki-laki dan
    perempuan telanjang. Jika mereka dijilat api yang ada
    dibawahnya mereka melolong oleh panasnya yang dahsyat.
    Aku bertanya,; Wahai Jibril, siapakah mereka?’ Jibril
    menjawab, ‘Mereka adalah para pezina perempuan dan
    laki-laki. Itulah adzab bagi mereka sampai tibanya
    hari kiamat.”

    Diriwayatkan bahwa Nabi SAW bersabda, “Wahai sekalian
    orang-orang Islam, takutlah kalian dari (melakukan)
    zina. Sungguh padanya enam ancaman; tiga di dunia dan
    tiga yang lain di akhirat. Yang di dunia adalah
    hilangnya kharisma wajah, pendeknya umur, dan
    kefakiran yang berkepanjangan. Adapun yang di akhirat
    adalah kemurkaan Allah Tabara wa ta’ala, buruknya
    hisab, dan adzab neraka.”

    Kita memohon kepada Allah yang Maha Pemberi agar
    mengampuni semua dosa-dosa kita. Semoga Allah melimpahkan ampunan dan kesejahteraan.Sesungguhnya Dia Maha
    Pemurah lagi Maha Penyayang. Wallahu’alam.

    Sutera’s menulis tentang..Fakta Yang Auta: Tahukah Anda?…

    [Ulas]

  12. Suria says:

    Setuju sangat dengan seripagi. Dan kagum dengan pendirian dan ketabahannya. Buat Wany, yang penting kembali kepadaNya dan bertaubat nasuha. Biarlah segalanya ditentukan Allah. Lagipun dalam blog Wan pun ada cerita bahawa ber’couple’ itu pun dah haram hukumnya.
    Mudah-mudahan terbuka pintu hati saudari. Dan ingatlah, bahawa perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Sama-sama lah kita renungkannya.

    [Ulas]

  13. Khalid says:

    emmm..masalah ni bkn perkara luar biasa lagi, byk dah terjadi…kita sbgai org Islam perlu tahu batas-batasnya..setiap manusia tidak lari dri kesilpan..Alhamdulilllah saudari dah sedar ketelanjuran itu..btul kan WAn Wnma, saudari perlu bertaubat nasuha iaitu 3 cara: 1,menyesali dalam hati dosa itu, 2, berazam tidak buat lagi, 3, tidak ulangi dosa itu..boleh juga saudari buat solat sunat taubat…itu cara bertaubat..
    Pasal keluarga saudari 2, bincang baik2 dan jgn bantah or derhaka pada mereka jika mereka xizinkan saudari kahwin ngan lelaki itu kerana mereka lebih tahu n ada hikmahnya..Insyaallah, Allah itu Maha Pengampun,Maha Penyayang..Yakinla padanya…jika ditakdirkan saudari akan kahwin ngan lelaki lain, sptutnya saudari perlu berterus terang padanya kerana jika saudari rahsiakan, masalah akan lebih rumit n mungkin buatkan saudari tekanan..dengan niat saudari yang ikhlas, dengan taubat saudari, Insyaallah lelaki tersebut akan terima seadnya kerana Allah itu Maha Pengasih n Adil…yang pentingnya perlu dekatkan diri pada Allah dengan bersolat, baca Al-Quran, bersedekah dan lain2…jumpala ustaz,ustazah or yang lebih arif…
    itula serba sedikit pandangan, nasihat dari saya untuk sahabiah…maaf jika ada tersinggung dengan kata2..semoga Allah Merahmati saudari..

    [Ulas]

  14. iza says:

    salam,saya sekadar ingin memberi pandangan kpd saudari. kita diberi akal oleh Allah untuk berfikir sama ada baik atau buruk tindakan kita. namun kita tidak menggunakannya sebaik yg mungkin atas rahmatnya..

    saudari, sebagai wanita kita haruslah menjaga mahkota yg paling berharga itu sebaik mungkin agar tidak berlaku sesuatu yg buruk, namun saudari tidak menghargai apa yg saudari ada sehingga sanggup mengadai mahkota yg paling berharga bt kita sebagai wanita@gadis.

    walaupun anda amat menyayangi teman lelaki anda, sepatutnya seorg wanita tidak boleh menggadaikan diri dengan menyerahkan kehormatan diri.

    apa yg saya tahu, anda tidak seharusnya membuka aib diri dgn menceritakan kisah silam sekiranya telah berkahwin dgn seseorang suatu hari nnti. Islam melarang umatnya membuka aib sama ada aib sendiri atau org lain. tutuplah sejarah silam dgn melakukan amal yg baik dan anda seharusnya bertaubat kpd Allah. dengan itu, anda lebih tenang menerima keputusan keluarga anda. semoga anda tidak akan mengulangi kesilapan ini semula.

    itulah serba sedikit pandangan, nasihat dari saya utk anda, maaf sekiranya tersinggung. semoga tabah dlm mengharungi kehidupan di masa hadapan.

    [Ulas]

  15. as says:

    salam..
    mat, cmner nie…ader yg kta kna bgtau kt lelaki yg dikahwini tu, ader plak yg ckp jgn aibkan dri sdri…ksian btol kt SI DIA…mst dia keliru..tak tau nk pilih @ nk ikut yg mner 1…tp nsihat as kt SI DIA nie, klau boleh, jmpalah dgn yg lebih arif dlm hal nie..ustaz @ ustazah… hurm, klu boleh mat tlg lah dia yer,,,as tau mat mmg rmai knl ngn org2 alim..ksian dia..as dpt rsakan dia btol2 dlm tekanan…smoga ALLAH s.w.t mmbri ptnjuk hidayah serta perlindungan pada dia…saudari bnyk2kan berdoa & bersabar…pasti ader jln pnyelesaian 1 hri nnt…aminnn

    [Ulas]

  16. [...] Setelah lama soalan yang diajukan dipaparkan dalam blog ini, kini barulah saya berkesempatan untuk memberikan pandangan. Saya dah pun bertanya kepada orang yang lebih mengetahui. Alhamdulillah…jawapannya mudah dan ringkas. Hanya beberapa patah perkataan yang keluar dari beliau dan ia memberikan seribu satu makna yang amat sempurna. [...]

  17. pinky says:

    assalamualaikum, pangangan saya sesungguhnya jikalau kamu sudah pun terlanjur, kamu hendak lah cepat2 bertaubat, selagi pintu taubat masih terbuka untuk kamu, kerana sebesar mana pun dosa kamu itu tuhan akan mengampunkan dengan syarat kau taubat nasuha, *ini hanya peringatan sahaja, jikalau seseorang itu telah pun terlanjur, hukumnya ialah, segala amal ibadat yang kamu lakukan selama 40 tahun tuhan sama sekali tidak akn terima melainkan taubat nasuha* satu lagi, nabi muhammad telah pun berpesan bahawasanya sesungguhnya kita sebagai umat nabi muhammad sama sekali dilarang untuk membuka keaiban masing-masing, sebagai contoh apabila seseorang itu membuat maksiat, maka jangan lah sama sekali mengakun kerana apa, itu adalah maruah seseorang, dan saya berpesan jaga lah keaiban kamu itu, tidak lah patut kamu * sesiapa yang membaca ini * membuka keaiban kamu masing2, walau pun kamu telah pun terlajur, sekian itu saja dahulu, saya berharap jikalau saya ada tersalah kata saya memohon seribu keampunan kepada si pembaca, sekian wassalam..

    [Ulas]

  18. sohaimi says:

    Asalamualaikum,
    Anda seorang yang telah kehilangan dara,apabila anda berkahwin dengan lelaki lain sebaiknya anda memaklumkan akan keterlanjuran anda.Pasangan yang selayaknya untuk anda ialah lelaki yang duda dan boleh juga yang bujang tapi dengan syarat anda merelakan si bujang tadi memadukan anda sekiranya ia mahu. ini adalah untuk mengimbangi di atas kesalahan yang telah anda lakukan.
    Sekian.

    [Ulas]

  19. wan wma says:

    @sohaimi
    Buat saudara sohaimi..Islam tak menganjurkan kita menceritakan aib kita kepada orang lain termasuk suami isteri. Lihat dari pandangan Islam, bukan dengan logik..mereka yang terlanjur tidak perlu berbuat demikian sebaliknya bertaubat dan tidak mengulangi kesalahan yang sama..apa pun terima kasih atas pandangan dan nasihat yang diberikan!

    [Ulas]

Leave a Reply