Bagaimana Kalau Dah Terlanjur? Pandangan Saya…

Assalamualaikum…
Setelah lama soalan yang diajukan dipaparkan dalam blog ini, kini barulah saya berkesempatan untuk memberikan pandangan. Saya dah pun bertanya kepada orang yang lebih mengetahui. Alhamdulillah…jawapannya mudah dan ringkas. Hanya beberapa patah perkataan yang keluar dari beliau dan ia memberikan seribu satu makna yang amat sempurna.
Sebelum saya meneruskan pandangan saya, marilah kita sama-sama bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan kurnianya, kita masih hidup dan masih berpegang teguh pada agama_Nya. Syukur….syukur juga kepada tuhan kerana telah memilih kita diantara orang-orang yang dibukakan pintu hati untuk membincangkan soal agama, pesan memesan diantara satu sama lain. Dibukakan hati untuk sentiasa kembali kepada_Nya..
Pembaca budiman…adalah mustahil bagi kita untuk terlepas dari dosa samada yang disengajakan ataupun tidak, samada besar atau kecil…namun, syukur kepada Allah kerana kita masih hidup sehingga hari ini. Selagi kita hidup…PINTU TAUBAT dari Allah sentiasa terbuka luas…Alhamdulillah…
Sahabat…kita digalakkan menangis ketika mendengar kalimah suci Allah, ketika terdetik sedikit rasa syukur, terdedik rasa bersalah dan insaf, mengagumi kebesaran Allah dan ketika hati kita tersentuh kerana mengenangkan dosa-dosa sebagai seorang hamba yang daif….
Cubalah menangis walaupun terpaksa…kita bukanlah orang yang sempurna untuk menangis sebagaimana para nabi dan kekasih Allah…kita hanya mampu menangis dalam lakonan dan kepura-puraan, namun begitu…teruslah menangis kerana Allah lebih tahu perasaan kita berbanding diri kita sendiri..Allah sayangkan hamba_Nya yang selalu menangis mengharapkan keredhaan dari_Nya…
“RAHSIAKAN….ITU URUSAN DIA DENGAN ALLAH…. “ “ISLAM ITU MUDAH…”
Saudari…itulah jawapan yang diberikan oleh Ustaz saya…itu sahaja jawapan yang diberikan dan tiada penerangan lanjut lagi…saya tersentak sedikit ketika Ustaz menjawap..saya menantikan penerangan lanjut dari beliau, namun beliau dah menukar tajuk perbualan kami..Alhamdulillah…saya bersyukur Ustaz tak memberikan sebarang penerangan panjang, saya juga bersyukur kerana kenyataan Ustaz itu amat jelas…sudah lama saya tak mendengar kenyataan ini: Islam itu mudah…
Kenapa Ustaz tak memberikan penerangan panjang? Sebenarnya Ustaz ada berpesan sedikit perkara lagi, “Suruh Dia Beristighfar..” Habis…
Ada sebabnya Ustaz tidak memberikan penerangan yang panjang. Kita sebenarnya tidak perlu berbincang perkara yang dah lepas dan menjadikan ia satu titik hitam yang tiada kesudahan. Perkara yang telah berlalu biarkan ia berlalu…insaf dan bertaubat…mulakan hidup baru yang lebih suci. Segala perkara buruk yang kita lakukan selama ini adalah urusan kita dengan Allah…tidak perlu menceritakannya kepada sesiapa pun. Malah kita diharuskan menipu untuk menutup aib kita. Allah maha penyayang…Islam diutuskan untuk mendidik kita ke jalan yang benar, bukan memaksa kita dengan perkara yang membebankan kita. Islam itu mudah…Namun, ilmu diperlukan untuk memahami kemudahan yang diberikan dalam ajaran Islam.
Saudari…tukarkan kasih sayang saudari kepada Allah..saya tahu amat sukar untuk melupakan kekasih saudari, tetapi dengan berhubung dan memikirnya, saudari akan sentiasa berada dalam kegelisahan..saudari mungkin akan terjerumus ke dalam zina pendengaran, zina mata dan zina hati…sudahlah dengan kesalahan lama yang dah berlalu…usahlah dikenang dan diulang lagi…berzina itu HARAM dan saudari telah meninggalkannya, Alhamdulillah….namun BERCOUPLE ITU JUGA HARAM. Kerana bercouplelah ramai muda-mudi masa kini terjebak ke alam zina. Nauzubillah… Berkasih itu tiada salahnya, tetapi biarlah melalui aliran yang betul. Jika saudari dan dia masih saling menyanyangi dan bertekad untuk kembali ke jalan Allah, teruskanlah hubungan saudari dengannya dengan cara yang betul iaitu berkahwin. Mintalah dia melakukan ta’aruf, jumpa dengan ibu bapa saudari dengan cara yang elok dan minta secara Islam. Jika benar ibu bapa saudari tidak dapat menerimanya, suruhlah dia berubah dan jadi orang lebih sempurna di mata ibu bapa saudari. Saya yakin dengan kasih sayangnya kepada saudari, dia akan berubah…
Saudari…jika saudari dan dia masih belum bersedia untuk berkahwin, berhenti saja berhubung. Jauhkan diri daripada segala maksiat. Biarlah Allah tentukan siapa jodoh saudari suatu masa nanti…Allah sayangkan saudari…Allah uji saudari dengan perasaan sayang kepada manusia, Allah uji saudari dengan mengadaikan dara dan kesucian saudari, Allah tanamkan rasa bersalah dan keinsafan dalam diri saudari, Allah temukan saudari dengan rakan-rakan online yang berjiwa ketuhanan…Allah tidak menyesatkan saudari dengan bergaul bersama orang-orang yang malang, yang tiada keinsafan dalam diri mereka. “Tidak beriman seorang anak Adam melainkan dia diuji oleh Allah…”Tidak ramai orang yang bertuah seperti saudari, namun tuah itu bukan berada dibelakang perkara yang sudah berlalu sebaliknya tuah itu terletak pada masa depan yang perlu saudari pilih pada hari ini. Islam itu mudah…apa yang sukar ialah membuat pilihan..nasihat saya,
PILIHLAH ALLAH
InsyaAllah…saudari akan selamat dunia dan akhirat Wallahualam…

[...] PANDANGAN SAYA… [...]
Ehem…lupa nak cakap, pasal suami tahu jika si isteri telah hilang dara pada malam pertama tu saya tak pasti. Dan saya memang tidak tahu…maaf, saya pun belum kahwin lagi. Saya bukan orang yang arif dalam hal ini…saudari bleh tanya kepada orang yang lebih arif..insyaAllah, saudari akan temui jawapannya nanti.
benar sekali apa yang dituliskan ini.
saya pernah dengar ceramah ustaz shamsuri
menceritakan tentang perkara ini…
kita memang disuruh untuk merahsiakan perbuatan salah
kita yang melibatkan hukum hudud & qisas…
contohnya macam berzina ni…
jadi, tak perlulah awak bercerita pada orang bahawa
awak telah berzina…
rahsiakan ia…biar ia menjadi rahsia awak dengan
Allah SWT.
yang paling penting…TAUBAT NASUHA!!!
taubat dengan sungguh2 taubat…
menyesali perbuatan dengan sebenar2 penyesalan…
istighfar dan mintak ampun pada ALLAH sebanyak mungkin.
lipat gandakan amal ibadah semata mengharapkan
keampunan dan keredhaan daripada Allah.
itu lah perkara2 yang patut dan wajib awak lakukan
sekiranya dah terlanjur….
moga2 Allah akan mengampunkan dosa2 yang dilakukan.
sekian.
salam..bro
saya tertarik dgn blog saudara ini..
utk tajuk entri ini saya juga bersetuju adalah lebih baik pengalaman hitam yg lalu itu biarlah menjadi rahsia dan hanya antara dia dgn Allah..yg penting taubat nasuha utk tidak lagi mengulangi zina sama ada zina besar atau zina kecil..
saya amat bersimpati kerana saya juga ada pengalaman ‘menyelamatkan’ 2 orang kenalan saya seperti kisah saudari itu..saya juga turut memberi nasihat yg sama kepada kenalan saya iaitu merahsiakannya kerna ia melibatkan aib sendiri yg tak perlulah diceritakan kpd sesiapa kerana mengikut pengalaman saya berhadapan dgn situasi kenalan saya ini;
iaitu keadaan menjadi semakin rumit dan kecoh oleh kerna orang-orang di sekelilingnya yg sudah tentu ada di kalangan mereka jahil agama, yg suka menghina dan yg suka menjaja aib orang lain..
sebab itu saya selalu berpesan kepada diri saya;kasihanilah kepada orang-orang yg ingin kembali ke jalan yg lurus apatah lagi kita semua tidak terlepas dari membuat salah..
bagi saya yang terbaik taubat nasuha,tekad yg kuat utk tidak mengulanginya lagi,sentiasa beristigfar, menjaga solat, berbuat amal kebajikan, berusaha mencari dan berkawan dgn orang-orang soleh dan sama-samalah kita semua menimba ilmu agama untuk kebaikan dunia dan akhirat.
InsyaAllah tiada ruginya kita..
wan wma Reply:
May 19th, 2009 at 7:09 am
Ya..syukur Alhamdulillah…terima kasih banyak2 atas pandangan anda, ia amat bermakna buat saya dan semua pembaca..
betul..kasihanilah orang yang ingin kembali ke jalan Allah..
selagi boleh dirahsiakan…silalah dijaga rapi rahsia itu…
dekatkan diri dengan Tuhan, mohon petunjuk dari Nya…
Insyallah…
Ixora’s menulis tentang..Ixora di hujung minggu
“Rahsiakan”…..”Taubat Nasuha”…..kembali ke jalan yang lurus “Jalan Yang Di Redhai”