Apa Saja Guru Kata
Umum, Video, Pengalaman, Penghargaan, Pengatahuan, Pandangan, Minda, Pesanan, Nasihat, Motivasi May 16th, 2008Video di atas adalah sedutan anime/drama Gokusen. Sebuah cerita menarik berkisarkan tentang perjalanan hidup seorang guru wanita yang bertanggungjawab mendidik pelajar-pelajarnya yang bermasalah
________________________________________________________
Ketika bersembang dengan rakan2 dirumah, tiba2 saya ternampak sebuah bekas air berwarna biru yang memberikan kenangan manis kepada saya 3 tahun yang lepas. Itulah dia bekas air yang saya terima sewaktu hari guru 2005. Ketika itu saya menjadi seorang guru di sebuah sekolah kebangsaan cina. Saya mengambil bekas itu dan menceritakan kepada rakan2 tentang bekas air itu. Mereka pun menjawab, “Setelah 3 tahun berlalu dan esok hari guru, baru kau ingat balik kat bekas tu!”. Saya agak terperanjat, saya tak ingat langsung 16 Mei adalah hari guru. Dari situ terdetiklah niat dihati saya untuk menulis artikel berkaitan guru. Namun saya membatalkan niat itu kerana kurang sihat.
Pagi ini, ketika saya berjalan di sebuah kedai buku, tiba2 ada seorang remaja wanita berbangsa cina menegur saya. “Hello Teacher!” kemudian berlalu pergi tanpa sepatah kata pun…saya agak kaget dan terdiam seketika. Saya tertanya sendirian, “Adakah itu anak murid aku dulu?” Saya tak perasan kerana tak nampak wajahnya. Bagaimanapun pelajar tersebut telah berjaya meningkatkan kembali semangat saya untuk menulis artikel ini.
Pengalaman saya menjadi guru tidak lama, hanya sekitar 4 bulan. Saya berhenti mengajar kerana ingin memulakan perniagaan. Saya sayangkan murid2 saya seperti mana mereka sayangkan saya. Ramai pelajar yang tidak setuju dengan tindakan saya berhenti mengajar kerana mereka merasakan saya adalah guru yang terbaik untuk mengajar mereka. Maklumlah..saya ni hemsem lagi tampan. Namun keputusan saya jelas dan nekad. Saya berhenti bukan meninggalkan tanggungjawab, saya berhenti dengan meninggalkan suatu tauladan untuk murid2 saya. Apa tauladannya?
“Apabila anda membuat keputusan yang betul, jangan sesekali berpatah balik kerana mengikut kata2 orang!”
Baik, kembali kita ke tajuk asal. Apa saja yang cikgu kata! Apakah maksudnya? Sebenarnya tiada apa yang begitu penting, saya cuma ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru saya. Tidak kira apa saja yang guru kata kepada saya, saya ucapkan terima kasih. Kerana dari situlah terbentuknya ‘nilai’ dalam diri saya. Bagaimanapun, kata-kata negatif lebih banyak terpahat dan sebati dalam ingatan ini. Percaya atau tidak, itulah lumrah manusia. Sukar mengingati 1000 kebaikan, sebaliknya sering berdendam atas 1 kesalahan.
Saya bukan ingin mengingati atau membangkitkan hal negatif, cuma sekadar berkongsi 6 kata2 guru saya yang tak mungkin saya lupakan. Bagi saya semua ini kenangan manis yang sukar untuk dilunturkan. Terima kasih guru! Kata2 guru telah menambahkan semangat saya untuk menjadi seorang yang berguna!
1. Tahun 1996, tingkatan satu-
“Kenapa tak siapkan kerja? Awak nak jadi apa? Nak jadi LEMBU?”
2. Tahun 1998, Tingkatan 3-
“Awak tak payah buatlah soalan ini, kalau cikgu ajar pun awak tak faham juga!”
3. Tahun 1999- tingkatan 4-
“Awak memang tak guna, lebih baik ambik b*t* bagi anjing makan!”
4 & 5. Tahun 2000- tingkatan 5-
“Wan tu budak baik, tetapi malas tahap kritikal!”
“Cikgu tak halalkan ilmu yang cikgu ajar kepada awak!”
6. Tahun 2001- result SPM-
“Tahniah kerana lulus, awak suka tolong cikgu, sebab tu tuhan tolong awak!”






May 16th, 2008 at 9:12 pm
assalamualaykum wan..
Allah knows the best ek..
menarik jugak pengalaman wan sebagai pelajar.. hehehe.. macam2 kata2 “pembakar semangat” ye..
anyway, my ambition was to be a teacher, sebab saye suker cara cikgu saye ajar saye.. tapi dengan izin Allah, saye jadi doktor akhirnye..
anyway, Selamat Hari Guru..
dr.hanin’s menulis tentang..Surgery Oh Surgery…
May 17th, 2008 at 9:11 pm
Terima kasih qalbu. KITA TERLALU ISTIMEWA UNTUK BERPUTUS ASA, saya pernah dengar ayat ini dan pernah menggunakannya untuk menasihati diri sendiri dan rakan2. Ulasan qalbu telah mengingatkan saya akan keistimewaan diri ini. Syukran Jazilan saya ucapkan!
May 17th, 2008 at 9:33 pm
hi…askm…
May 17th, 2008 at 9:36 pm
saya letihla…. pusing cari video pasal dr.mahathir menzalimi anwar ibrahim…macamane yk nak tengaok boleh tolong saya ke?
May 17th, 2008 at 10:28 pm
w’salam..
May 19th, 2008 at 4:50 pm
Salam,
Mak aih.. Dasyat2 sungguh guru2 anda.. Tapi kalau dengan ‘dorongan’ sebegitu anda boleh berjaya dalam hidup anda, syabas diucapkan
Thanks for comment my blog earlier..
Hope to see you more often there
bluecrystaldude’s menulis tentang..Killing Two Love Birds With One Stone
July 6th, 2008 at 12:04 am
wanwma, sekiranya saya kata sekarang ni ilmu senang nak dapat tapi dah ramai orang yang berimu tapi tak BERPENDIDIKAN, r u agree with me? dan boleh tolong hurai lebih tak topik ni, tq……..