Apa Anda Akan Buat Jika Anda Seorang Pemimpin Negara ?
Umum, Pandangan, Agama, Minda, Motivasi March 26th, 2008
Kali ini saya ingin menjawab tag yang dikata oleh saudara Apisz kepada saya. Tajuknya adalah seperti di atas. Namun, sebelum saya terus menjawab saya ingin membuat sedikit pembetulan kepada entri saya yang lepas tentang ‘memperkenalkan diri’. Sedikit kesalahan tentang 3 prinsip yang saya berikan. 3 Prinsip yang sepatutnya adalah 3P, iaitu:
1- Pause
2- Part
3- Punch
Bukan:
1- Stop
2- Pause
3- Punch
Tentang penerangan megenai 3P itu sama sahaja seperti penerangan yang asal. Maaf di atas kesilapan saya. Baik, berbalik kepada tajuk entri kali ini. Apa saya akan buat?
1- Pertama sekali saya akan menggubal undang2 Malaysia kepada undang-undang Islam. Memastikan Malaysia negara Islam yang mengikut lunas2 dan kehendak syariat Islam. Walau bagaimanapun hak dan suara orang bukan Islam sentiasa digunakan dalam perlaksanaan undang kepada meraka (berkaitan agama). Kerana banyak perkara yang berbeza di antara agama mereka dengan agama Islam dan kita sebagai orang Islam tiada hak untuk mencampur adukkan undang2 agama kita dalam agama mereka. Mungkin anda pernah dengar ada orang berkata bahawa negara kita sekarang adalah negara Islam. Sebenarnya tidak kerana negara kita menggunakan undang2 sekular.
2- Saya akan menyelasaikan masalah kemiskinan yang melanda masyarakat sekarang. Bukan dengan memberi bantuan tetapi lebih kepada memberi pendidikan dan peluang menjana kehidupan yang lebih baik. Dengan ini, mereka dapat menjana kepesatan ekonomi negara. Kejayaan rakyat membolehkan pembangunan dilakukan oleh rakyat sendiri, tidak perlu kerajaan bersusah payah membazir wang menghasilkan bangunan yang langsung tiada kebaikan untuk golongan bawahan. Sehingga terpaksa memandang sebelah mata kepada golongan miskin kerana wang yang diperuntukkan tidak mencukupi.
Rakyat Maju,
Negara dan pembangunan Maju,
Pembangunan Maju,
Rakyat belum tentu ‘berbaju’ !
3- Memastikan kestabilan AGAMA, KEDAULATAN UNDANG2, SOSIAL, EKONOMI & PEMBAGUNAN, KEMASYARAKATAN, KESELAMATAN, KESIHATAN, MINDA KELAS PERTAMA, & HUBUNGAN LUAR berada pada tahap cemerlang dan selaras dengan KEHENDAK DUNIA!
Itulah sahaja perkara yang saya akan lakukan jika menjadi pemimpin negara dan diberikan 3 perkara utama untuk dilakukan. Apa pendapat anda tentang idea saya? Jadilah pengkritik yang bijak, lihat kehadapan dalam menyuarakan pendapat, siapa tahu saya atau anda mungkin betul-betul menjadi pemimpin negara pada masa hadapan? Siapa tahu yang jawatan MB negeri Terangganu akan jadi milik Ahmad Said untuk penggal ini? Hatta tuan punya badan sendiri pun tidak sangka…. ![]()




March 26th, 2008 at 6:35 pm
Salam..betul tu,rinkas dan padat..”3P”.
hehe..erm pekata kalau kita aplikasikan bab pimpinan ni di universiti2 yg ada pada hari ini terlebih dahulu..jadikan universiti sebagai medan latihan untuk belajar memimpin dan sbg ’satu lubuk’ utk melahirkan pemimpin yg benar2 hebat serta memenuhi sume kriteria..dunia dan akhirat..hehe so makna nya ‘auku’ perlu dikaji semula supaya minda mahasiswa tidak terus dibekukan..
BANGKIT LAH!
BERJUANG LAH!
March 26th, 2008 at 9:37 pm
Wah! Semangatnya Syu! Bangkitkan sifat2 kepimpinan diri sejak zaman universiti lagi. Malah di sekolah pun sudah boleh membentuk keperibadian pemimpin. Sifat ini bakal memberikan impak yg begitu besar dalam hidup kita.
March 27th, 2008 at 2:45 am
betul tu. Akta AUKU ni memenjarakan pemikiran mahasiswa. Tengokla kat IPTA skrg. Kebanyakan mahasiswa tak mengikuti perkembangan politik negara. Yang tau pasal hiburan je. Bukanlah semua begitu.
March 27th, 2008 at 11:59 am
seorang pemimpin yg baik…bagus2 harap2 Malasyai ini akan mncul seorang pemimpin yg seperti anda impikan itu..
March 27th, 2008 at 4:45 pm
bagus,bagus.nie negara yang dicari.tapi klau nak laksanakan pastikan kat tengah-tengah perindustrian ada masjid.
March 28th, 2008 at 9:01 am
Salam wan…themes baru nampaknya
apapun,artikel yang baik
March 28th, 2008 at 9:26 am
Kalo camtu, “PRK” penggal depan..kena pilih pimpinan baru laa..hehe especially for UM. Mana tahu kita leh tengok dan rasai perubahan yg di bawa oleh “mereka”..insyaAllah…
March 28th, 2008 at 12:26 pm
Betul syu, apabila ada penolakan kepada sesebuah pemerintahan itu merupakan perkara normal, tapi bila dah ramai org menolak itu merupakan perkara yg perlu diperhatikan. Dah kita sebagai orang yg diberi pilihan, perlulah bertindak bijak dan berani melakukan perubahan!
April 3rd, 2008 at 3:25 pm
semekom bro,
sori la lama x online, pergi camping haritu…
nyway, tag ni x sebar kat orang lain ke? Hehehe
apisz’s menulis tentang..Template Baru & Keputusan Yang…