Alhamdulillah…
Umum, Pengalaman, Pandangan, Nasihat, Agama, Pesanan, Motivasi August 30th, 2008السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Setelah menghabiskan wang kurang lebih RM700, akhirnya saya telah berjaya memasuki kembali dunia online yang sudah hampir 1 bulan terpaksa saya tinggalkan. Pelbagai masalah timbul dari komputer, line dan router internet saya, semuanya rosak dalam masa yang sama. Pening saya dibuatnya..
Alhamdulillah..malam ini kita akan menyambut ketibaan detik bersejarah ulangtahun merdeka yang ke-51. Namun sayangnya, sambutan hari kemerdekaan ini sering diiringi dengan hiburan dan aktiviti yang melalaikan, pergaulan bebas, budaya memekik, lepak dan juga merupakan malam yang penuh keghairahan dikalangan mat rempit. Selain itu, muncul juga golongan extreme yang cuba mempamerkan diri dengan citarasa yang berlainan sehingga melanggar budaya, adat dan agama. Ini antara gambar remajaTerengganu ketika menyambut malam pengisytiharan Terengganu sebagai Bandaraya Persisir Air 1 Januari 2008 yang lepas. Gambar ini pernah saya siarkan dalam blog ini pada artikel terdahulu.
Ehem…ketika saya sedang menulis post ini, terdengar jelas di telinga saya bunyi bising motosikal dan suara golongan remaja memekik-mekik dan membuat bising di jalan raya. Maklumlah, saya tinggal di bandar, sering terdedah dengan keadaan persekitaran di sini. Entahlah apa nak jadi dengan diaorang semua ni… syukur Alhamdulillah, Allah tidak meletakkan saya dalam golongan mereka…
Alhamdulillah..tinggal 1 hari lagi untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan dan rahmat yang tidak terhingga bagi insan yang beriman. Marilah sama-sama kita berdoa semoga kita semua sempat bertemu Ramadhan dan tidak lalai untuk meningkatkan amal ibadat kita kepada Allah.
Alhamdulillah..ketibaan bulan Ramadhan juga membuka ruang kepada peniaga-peniaga untuk menambahkan jumlah pendapatan mereka. Semoga mereka dapat menampung kehidupan dengan lebih baik dan menyelesaikan masalah-masalah kewangan yang melanda diri selama ini. Memperbanyakkan amalan sunat itu bagus, tetapi sekiranya berhutang, usahalah untuk mencari duit lebih kerana membayar hutang itu adalah wajib dan mengusahakannya dengan niat yang betul juga dikira sebagai ibadat.
Sekian saja dari saya, ampunilah segala kesalahan saya sepanjang perkenalan kita. Diri ini tidak terlepas dari melakukan kesalahan..namun, tidak juga bosan mengungkapkan ucapan maaf…walaupun sekadar ucapan, itulah saja perkara yang mampu saya lakukan…




August 31st, 2008 at 3:15 am
selamat berblog kembali. Saya lagi pun menghadapi masalah gak. habis blog saya kena hack! nak itu tak boleh, nak ini tak boleh. So, saya telah buat pengubahsuaian yg besar kat blog. linknya pun dah berubah. dulu http://www.bisikanhati.com/blog. sekarang dah jadi http://www.bisikanhati.com. tiada perktaan ‘blog’ dihujung url lagi. Kalau wan ada masa, ubah la link saya kat blog wan ni..
August 31st, 2008 at 5:45 am
huhu..sampai rosak router semua. dasat..
ira’s menulis tentang..Bleach Episode 183
August 31st, 2008 at 12:11 pm
salam..
ingin berkongsi ilmu dan menyusuri dunia orang kurang upaya? sila lawati www.myazhar4u.blogspot.com
AZHAR’s menulis tentang..Selamat Hari Kemerdekaan ke 51
September 5th, 2008 at 9:32 am
Salam…
remaja… rempit… merdeka ke… tahun baru ke… dah jadi sinonim utk mereka adakan so-called ‘race’ itu… cuma kematian je yang boleh insafkan mereka… jadi, biarlah mereka pilih jalan mereka…
**kalau ‘race’ gi masjid takpe la jugak!
love-n-hate’s menulis tentang..….imperfect ME
October 6th, 2008 at 12:11 pm
i like mat rempit…
yamakasi’s menulis tentang..budak perempuan melayu beraksi lucah
October 15th, 2008 at 1:40 pm
entah la.
rosak anak melayu