Alasan Tetap Alasan Walaupun Ianya Benar
Umum, Motivasi June 22nd, 2008
Apa agaknya perasaan anda sekiranya anda memberikan sesuatu tugas kepada seseorang lalu dia berjanji akan siapkan tugas itu pada waktu yang telah ditetapkan. Tetapi apabila sampai waktunya, kerja yang dijanjikan tidak siap sebaliknya pelbagai alasan pula yang dikemukakan. Anda perlu menghadapi masalah kerana salah satu kerja anda tergendala kerananya.
Kalau anda seorang bos atau anda pernah menjadi orang yang suka bagi alasan, anda mesti pernah dengar kata-kata seperti ini, “Saya tak peduli apa yang awak buat, yang penting saya nak kerja saya siap!” Betul, kadangkala tiada gunanya alasan yang kita berikan, walau sesibuk mana sekali pun, jika telah bersetuju menerima sebarang tugas, kita harus menyiapkannya. Kita sendiri tahu yang alasan itu sebenarnya tiada faedahnya, namun, kita sering menganggap alasan adalah tempat terakhir untuk kita bergantung apabila mengemukakan sebab kenapa kita tidak boleh menyiapkan tugas.
Bermula hari ini, sama-samalah kita memegang satu prinsip. Alasan Tetap Alasan Walaupun Ianya Benar! Anda tahu kenapa dan apakah yang menghalang anda melakukan sesuatu tugas. Dari sini anda akan melahirkan pelbagai alasan untuk melindungi anda. Sudahlah, biarlah sifat seperti itu berlalu pergi. Anda perlu berubah! Berubah untuk tidak memberikan alasan lagi. Samada benar atau tidak, Alasan Tetap Alasan! Walau 1001 alasan pun yang anda kemukakan, dan semua alasan anda adalah benar, ia langsung tiada kebaikkannya selain menjadikan anda seorang yang tidak bertanggungjawab!
P/s: Theme blog saya dah bertukar lagi, saya terpaksa tukar kerana theme dahulu tidak boleh diakses dengan sempurna menggunakan ie. saya harap kali ni pengguna Internet Explorer tiada masalah lagi.



June 22nd, 2008 at 4:27 pm
Ye la.. Alasan tetap juga alasan..
Boss takkan terima apa jua alasan..
June 23rd, 2008 at 12:15 am
betul gak tu..
alasan.. manusia mmg penuh dengan pelbagai alasan..
alasan munasabah boleh jugak diguna pakai..
kalo alasan x boleh pakai dek otak.. campak sungai je oran tu.. bagi makan ikan.. ada pekdahnye..
June 23rd, 2008 at 12:16 am
hehe. cam kartun ujang eh…
dari kecik kita memberi alasan…
dah besar pun alasan…
hidup penuh tanda soal dan jawapannye adalah alasan!
June 25th, 2008 at 8:23 am
Betul. Manusia terlalu banyak memberi alasan. Kita boleh memberikan pelbagai alasan sebab sesuatu berlaku. Tetapi cukup sekadar satu sebab yang kukuh untuk berjaya.
June 25th, 2008 at 3:32 pm
alasan ngan sebab…cam nak2 same je kan…
June 28th, 2008 at 5:33 pm
nama manusia ,nak marah takut berasa hati maklumlah kawan2 tapi kalu tak marah kita plak makan hati,jadi sekaramg 2 pun masaalah ye tak.
June 29th, 2008 at 9:34 pm
Ada benarnnye…kite senang untuk menciptakan alasan dan terlalu sukar untuk bertanggungjawab atas alasan yang diciptakan….
July 6th, 2008 at 1:52 pm
Alasan tetap alasan. Baik atau tidak, lantaklah..