Cas Positif
Minda, Rancangan, Ebook Percuma January 6th, 2008
Pada mulanya saya ingin menulis artikel ini dan kongsikan bersama anda, tetapi setelah dibuat penilaian dan disemak balik nampaknya terlalu banyak perkara yang perlu saya huraikan berkaitan tajuk artikel di atas. Jadi saya telah membuat keputusan untuk menghasilkan ebook berkaitan hal ini. Sebaik sahaja saja membuat keputusan, saya terus menulis ebook dengan semangatnya. Beberapa mukasurat telah pun siap. Em, tentu anda tertanya-tanya apa yang saya nak buat dengan ebook ini? Beri percuma atau pun jual? Jangan bimbang, ianya percuma!! Hehehe…Saya telah pun merangka beberapa bab yang menarik untuk dihuraikan. Untuk memastikan maklumat yang saya hasilkan itu tepat dan berguna, saya telah mendapatkan beberapa buah buku rujukan dan membuat pelbagai kajian mengenainya. Insyaallah ebook ini akan dapat memberikan gambaran baru dalam melakarkan peta minda dan imaginasi kita.
Apakah sebenarnya Cas Positif yang saya maksudkan? Sudah tentu bukan berkaitan dengan alat2 seperti bateri, wayar dan peralatan elektronik yang anda bayangkan. Kerana ini bukanlah blog untuk juruteknik atau pun enginer. Ini adalah blog untuk meningkatkan tahap motivasi harian kita. Jika begitu sudah tentu Cas Positif yang saya maksudkan ialah perkara berkaitan motivasi diri dan minda!
Kenapa Cas Positif ini begitu penting sehingga saya ingin menghasilkan ebook mengenainya? Ini kerana telah hampir 5 tahun rasanya saya mengawal Cas Positif dalam diri saya dan terasa sangat gembira dapat mengawalnya mengikut kehendak saya. Adakah kenyataan saya ini membuatkan anda terasa pening? Tak faham apa yang saya maksudkan? Tak apa, saya akan huraikannya satu persatu dalam ebook nanti. Kalau saya menceritakannya sekarang maka kehadiran ebook Cas Positif saya sudah tidak menjadi bahan bacaan yang ditunggu-tunggu lagi
.
Ketahuilah, walaupun saya menghasilkan ebook Cas Positif bertujuan memberikannya secara percuma, tetapi hasil kerja dan usaha saya untuk menghasilkan ebook tersebut bukanlah ditahap percuma sebagaimana yang anda bayangkan. Ebook yang saya hasilkan ini dipenuhi usaha yang gigih untuk memberikan maklumat yang tepat dan berkualiti setanding dengan ebook2 dan buku2 yang terdapat dipasaran. Dan anda jangan terkejut jika saya mengambil keputusan untuk memasarkannya kelak (he..he..)!
Em..disebabkan ingin memastikan kualiti maklumat yang saya akan sampaikan kepada anda adalah tepat dan berguna, saya terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk mengkaji balik kenyataan yang saya ingin huraikan. Saya telah pun mempunyai alasan ataupun penerangan untuk setiap bab yang saya hasilkan, tetapi saya ingin mengukuhkan penerangan saya itu dengan megambil ulasan2 daripada pakar. Di sinilah saya memerlukan masa dan rujukan yang agak banyak untuk menyiapkan ebook ini. Ebook ini boleh disiapkan dalam masa yang singkat, tetapi itu bukanlah suatu kepuasan kepada diri saya jika maklumat yang saya sampaikan tidak lengkap. Bagaimanapun, saya telah pun mempunyai jangka waktu yang dirancang untuk menyiapkan ebook ini. Cuma saya masih belum mahu umumkan kepada anda buat masa ini (jangan marah
)!
Adakah anda telah nampak sedikit gambaran tentang Cas Positif yang saya maksudkan mengikut pandangan anda. Kalau ada, silalah nyatakannya dalam ruangan komen dibawah. Eh,eh, sehingga blog ini ditulis, saya masih belum mempromosikan atau mengumumkan kepada sesiapa pun tentang kelahiran blog ini. Jadi mana la ada orang yang akan komen buat masa ini…hehehe..saya cuma menulis sorang2 dan syok sendiri. Takpe, penulisan saya pada hari ini bukan untuk kejayaan pada hari ini tapi untuk kejayaan saya pada masa akan datang. Biarlah saya melakukan beberapa lagi post sebelum saya mengumumkan kehadiran blog ini dalam arena blogger supaya blog ini lengkap dengan maklumat dan panduan dahulu. Kalu dah lengkap tentu anda pun seronok untuk menjelajah ke dalam blog ini, kan!




January 15th, 2008 at 6:18 pm
wanwma, apa kesan cas positif ni pada diri anda?
January 15th, 2008 at 6:47 pm
Terima kasih Hafiz..nanti saya tuliskan dalam ebook itu. Salah satu kesan positif yang saya terima ialah kejayaan saya menjadi orang yang saya ingin jadi!