Walaupun PRU12 sudah tamat, tetapi bukan maksud saya untuk mengetengahkan isu politik di sini. Saya terpanggil untuk memaparkan video ini untuk kita sama2 mengambil iktibar. Sikap kurang ajar mentafsir agama Islam mengikut fikiran dan logik akal ini perlu dijauhi. Anda boleh berkata apa sahaja untuk meraih undi, tetapi jangan sesekali mempermainkan agama Islam. Bukan sahaja agama kita, tetapi kita juga tidak boleh sesekali mempermainkan agama lain. Inikah sikap bakal pemimpin kita? Sekiranya anda mendengar orang mencemuh pemimpin anda, anda meleting, tetapi apa perasaan anda apabila agama anda dipermainkan? Adakah sekadar bersorak dan menjadi bahan tawa?
Post kali ni tiada kaitan dengan motivasi, tapi saya postkan juga kerana ingin berpesan kepada anda semua supaya berhati-hati. Hantu dah menjelma jadi manusia sekarang! Mereka masih berkeliaran entah ke mana. So, berhati-hati…
Dalam musim pilihanraya yang sedang berlangsung ini saya agak suka menonton video2 yang berkaitan dengan ceramah2 politik, maklumlah…sebagai rakyat Malaysia kita perlu mengundi dan memilih pihak mana yang bakal memerintah negara kesayangan kita ini. Jadi kita seharusnya membuat kajian dan mencari pengatahuan tentang kebaikan dan keburukan setiap parti yang ingin dipilih. Di sini ingin sekali saya kongsikan dengan anda sebuah video tentang Pengakuan Tun Dr. Mahathir bahawa dia menzalimi Anwar IbrahimdanAnwar Ibrahim sebenarnya tidak bersalah!!!
Betul, ini bukan blog politik. Cuma saya ingin kongsikan dengan anda sebuah video yang saya sangat suka tengok. Bukan nak suruh undi sesiapa, cuma suka tengok sebab iklan ini tak ada dalam TV. Lagipun saya dah pening tengok TV asyik dok tunjuk Iklan dan pesanan yang sama sahaja.
Recent Comments