Pecah Dara Tanda Cinta

Ditulis oleh wan wma pada October 18th, 2008

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Tajuk di atas adalah tajuk perbincangan dalam Wanita Hari Ini di TV3 semalam. Saya tidak mahu berbicara panjang tentang perkara ini sebab saya sendiri pun masih belum menonton sepenuhnya apakah perbincangan yang dihuraikan. Anda boleh terus menonton siri ini di laman web rasmi tv3. Saya nak ulas dengan lebih lanjut pun masih tak sempat buat masa sekarang…kena sambung kerja lagi.

Namun, ingin saya mendapatkan pandangan dan nasihat anda berkaitan perkara di atas. Adakah pecah dara menandakan cinta? Atau menandakan iman seorang perempuan itu begitu lemah?

The Queen’s Classroom

Ditulis oleh wan wma pada June 10th, 2008

Drama Jepun The Queen’s Classroom adalah drama terbaik pernah saya tonton. Cerita ni berjaya membuatkan saya menangis( benci!).

Mengisahkan cerita bagaimana seorang guru yang digelar “oni sensei”(guru dari neraka) mendidik pelajar mereka dengan cara yang pelik dan keras. Para pelajar mendapat tekanan yang hebat setiap kali berhadapan dengan guru ini. Kehebatannya sukar ditandingi. Beliau mendidik dengan menggunakan kekerasan dalam pembentukan psikologi dan persahabatan para pelajar. “Open your eyes!” adalah kata2 azimat yang sering digunakan untuk menasihati pelajarnya.

Bagi saya, cerita ini benar-benar cerita terbaik pernah saya tonton. Samada dari jalan cerita, perwatakan, motivasi dan pengambarannya. Mungkin kerana saya gemar cerita motivasi yang berkaitan dengan sekolah. Seperkara lagi, pendekatan yang dibawa hampir sama dengan apa yang saya lakukan ketika mengajar suatu masa dahulu.

Jika dibandingkan dengan drama Melayu yang ada sekarang, jurangnya sangat jauh. Drama Melayu sering memaparkan kisah hidup golongan kaya/miskin, kisah anak derhaka, kisah cinta dan cerita2 mengarut seperti Puteri, Dunia Anita dan Dunia Baru yang tiada faedahnya melainkan dari merosakkan minda, akhlak dan agama masyarakat kita. Hampir semua drama Melayu mempunyai jalan cerita yang sama dan membosankan. Saya tak kata semua drama Melayu teruk, tetapi majoritinya berada pada tahap yang cukup mengecewakan. Berubahlah…

Berbalik kita kepada drama di atas, saya amat menyarankan anda menonton drama tersebut. Anda boleh klik di sini (video dari crunchyroll) untuk menontonnya. Terdapat 11 episod semuanya dan 2 episod special berkaitan guru tersebut. Anda akan berkenalan dengan pelajar2 yang comel dan tabah. Anda akan berkenalan dengan guru yang cukup menggerikan jika anda seorang pelajar sekolah rendah. Anda akan belajar banyak motivasi kehidupan berkaitan persahabatan, keyakinan, keberanian, kejujuran dalam mengaku kesalahan dan sebagainya. Sekian saja ulasan saya, selamat menonton!

p/s: Jika anda menggunakan talian internet yang perlahan, anda boleh pause dahulu video dalam crunchyroll tu. Tunggu sehingga line berwarna kelabu penuh, barulah anda tonton balik dengan menekan butang play.

Apa Saja Guru Kata

Ditulis oleh wan wma pada May 16th, 2008

Video di atas adalah sedutan anime/drama Gokusen. Sebuah cerita menarik berkisarkan tentang perjalanan hidup seorang guru wanita yang bertanggungjawab mendidik pelajar-pelajarnya yang bermasalah

________________________________________________________

Ketika bersembang dengan rakan2 dirumah, tiba2 saya ternampak sebuah bekas air berwarna biru yang memberikan kenangan manis kepada saya 3 tahun yang lepas. Itulah dia bekas air yang saya terima sewaktu hari guru 2005. Ketika itu saya menjadi seorang guru di sebuah sekolah kebangsaan cina. Saya mengambil bekas itu dan menceritakan kepada rakan2 tentang bekas air itu. Mereka pun menjawab, “Setelah 3 tahun berlalu dan esok hari guru, baru kau ingat balik kat bekas tu!”. Saya agak terperanjat, saya tak ingat langsung 16 Mei adalah hari guru. Dari situ terdetiklah niat dihati saya untuk menulis artikel berkaitan guru. Namun saya membatalkan niat itu kerana kurang sihat.

Sambung baca artikel penuh »

Selamat Hari Ibu

Ditulis oleh wan wma pada May 8th, 2008

Tarikh 11/05/2008 ini adalah hari yang bersejarah buat ibu-ibu yang disayangi sekalian.

Tiada ucapan, coretan, ungkapan, nada atau sebarang seni dapat menandingi kasih sayang dan pengorbananmu wahai ibuku.

Dirimu umpama udara yang menjadi teman hidup seluruh umat manusia.

Mungkin tidak bisa aku lafazkan dengan kata-kata atau rungkaikan sebarang perkataan untuk menzahirkan kasih sayangku kepadamu..

Namun, aku tidak dapat menahan diri ini dari mengambarkan perasaan ini kepadamu. Aku sayang padamu, ibuku…

Maafkanlah segala kesalahan anak kecilmu ini, halalkanlah segala detik yang berlalu ketika aku bersamamu.

Kenakalan, kekurangan dan kedaifan diri ini hanyalah suatu kelemahan untuk menerima teguranmu.

Ia bukan bermaksud anak kecilmu ini tidak berguna, tetapi sekadar kelemahan untuk mendapatkan perlingdungan dan kasih sayang daripadamu..

Ibu….

Kasih sayang ibu menjadi benteng kekuatanku.

Nasihat ibu menjadi noktah keputusanku.

Sentuhan ibu menjadikan aku manusia berguna.

Keikhlasan ibu menjadikan aku insan yang mulia.

Di hari ibu yang mendatang, akan aku hadiahkan titisan air mataku kepadamu..

Tanda kasihku kepadamu…

Tanda doaku yang ikhlas kepada tuhan…

Supaya ibu sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang daripada-Nya..

Supaya ibu bersama dengan orang-orang yang mulia disisi-Nya..

Supaya ibu ditempatkan di SYURGA.

Amin…

Terima kasih

Ampunkanlah segala kesalahanku…

Pandangan Seorang Blogger- Raja Petra

Ditulis oleh wan wma pada April 28th, 2008

P/s: Saya dah siapkan 3 lukisan pemenang potret bulan 3. Tinggal lagi 2 (dah lukis, tinggal nak kemas kini je lagi). Semak gambar anda sekarang! :)

Tangisan Tuanku Sultan Mizan

Ditulis oleh wan wma pada March 29th, 2008

Tuanku Sultan Mizan terharu dengan sambutan rakyat yang diterima sejak ketibaannya di lapangan terbang Kuala Terengganu pagi ini. Kira-kira 10000 orang berhimpun menyambut kepulangan Sultan Mizan di sini. Inilah kali pertama sambutan yang begitu membanggakan ditunjukkan oleh rakyat sejak Tuanku ditabalkan sebagai Sultan Terengganu pada 4 Mac 1999. Daulat Tuanku!!!

Rasulullah

Ditulis oleh wan wma pada March 21st, 2008


Baginda Nabi Muhammad s.a.w adalah pemimpin agung yang maksum daripada segala dosa, menunjukkan jalan kebenaran dan berjuang menegakkan agama Allah. Namun, disaat kematiannya, saidina Ali menyebut, beliau masih ingat wajah pemimpin agung itu yang terkumat kamit membaca doa kepada Allah kerana kesakitan. Baginda meminta Aisyah membawa sejeluk air untuk diusapkan ke wajahnya lalu berdoa “Ya Allah ya tuhanku, tolong ringankan aku daripada berperang dengan azab Sakaratul Maut!Sambung baca artikel penuh »

Jangan Mempermainkan Agama Saya!

Ditulis oleh wan wma pada March 14th, 2008


Walaupun PRU12 sudah tamat, tetapi bukan maksud saya untuk mengetengahkan isu politik di sini. Saya terpanggil untuk memaparkan video ini untuk kita sama2 mengambil iktibar. Sikap kurang ajar mentafsir agama Islam mengikut fikiran dan logik akal ini perlu dijauhi. Anda boleh berkata apa sahaja untuk meraih undi, tetapi jangan sesekali mempermainkan agama Islam. Bukan sahaja agama kita, tetapi kita juga tidak boleh sesekali mempermainkan agama lain. Inikah sikap bakal pemimpin kita? Sekiranya anda mendengar orang mencemuh pemimpin anda, anda meleting, tetapi apa perasaan anda apabila agama anda dipermainkan? Adakah sekadar bersorak dan menjadi bahan tawa?


Copyright © 2007 WanWmaBlog. All rights reserved.