Gigi Yang Hilang..

Ditulis oleh wan wma pada October 11th, 2008

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ini rasanya tiada sebarang tips motivasi ingin saya bincangkan di sini, cuma sekadar ingin meluahkan perasaan sedih kerana terpaksa cabut gigi geraham saya yang sudah 25 tahun bersama saya..huhuhu..

Itulah..tiada sebarang perkara yang kekal atas dunia ni. Gigi saya yang sakit ini akhirnya terpaksa dicabut dan dibuang..dah la cabut gigi sendiri, kena bayar mahal pulak tu. Sedangkan gigi lagi kena cabut, apatah lagi hubungan suami isteri yang dah retak..walaupun sudah berpuluh tahun bersama..hehe..ke situ pulak saya ni.

Sekarang kawan2 semua pergi beraya rumah rakan sepejabat..diorang dah call saya ajak pergi sekali..apakan daya, nak bercakap pun tak boleh sebut dengan betul lagi, inikan pula nak makan kuih-muih..darah masih banyak keluar dari mulut ni..terpaksa la saya batalkan niat untuk bersama mereka. Buat rosak majlis jer…

Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat sentiasa…jagalah hubungan anda dengan gigi tersayang dengan baik sebelum mereka buat hal…

Ehem..jika anda ingin mengikuti perkembangan saya setiap hari followlah saya dengan twitter melalui link ini: http://twitter.com/wanwma -tekan butang follow kat bawah gambar saya tu. Kalau korang masih tak ada akaun twitter, korang kenalah register dulu..

Sekian saja dari saya

wan wma

Ziarah & Prasangka

Ditulis oleh wan wma pada October 4th, 2008

Alhamdulillah..semua umat islam telah selamat menyambut hari raya dengan penuh rasa gembira dan bahagia. Pada musim perayaan ini, ziarah menziarahi telah menjadi suatu kewajipan bagi kita. Namun, kita tidak mungkin mampu untuk menziarahi semua saudara-mara dan rakan taulan yang begitu ramai. Oh, mungkin anda masih begitu letih sekarang setelah penat menziarahi rumah rakan2 anda. Ya, itulah perkara sama yang saya rasa sekarang. Penat tetapi rasanya cukup gembira dapat berjumpa saudara mara dan rakan2 yang dah lama tidak berjumpa…macam2 cerita dan aktiviti umpat-mengumpat kita bicarakan (sebulan buat ibadat, sekarang dah kering balik..huhuhu).

Walau bagaimanapun, ada juga orang yang ‘kurang cerdik’ dalam mengamalkan kewajipan ziarah ini. Mereka lebih utamakan orang2 yang tinggal jauh berbanding saudara mara terdekat dan jiran tetangga. Perbuatan ini kadang-kadang telah menyebabkan perasaan saudara mara atau jiran tetangga kita terguris. Apalah salahnya menziarahi jiran sebelah rumah dahulu sebelum keluar ke tempat lain? Atau kita terlalu hebat sehingga tidak layak rasanya untuk menjejaki rumah jiran yang buruk lagi berdebu. Ehem…entahlah, perhatikan orang disekeliling kita, atau perhatikan diri kita sendiri, adakah kita tergolong dalam kumpulan ini? Ah..sedihnya…

Sifat semulajadi yang terdapat dalam diri setiap manusia antaranya adalah suka berprasangka buruk. Jarang sekali orang akan berfikiran positif terhadap tindakan orang lain walaupun Islam menuntut kita berfikiran positif atau berprasangka baik. Inilah perkara yang cuba dielakkan dalam agama kita, menziarahi saudara terdekat dan jiran tetangga terlebih dahulu dapat mengelakkan mereka daripada bersangka buruk terhadap kita. Agaknya apa kata mereka jika kita tidak menziarahi mereka? Adakah mereka akan berkata seperti ini: “Bagusnya jiran kita tu, diorang tak datang pun rumah kita sebab dah tahu kita sibuk!” atau “Jiran kita tu tak datang pun rumah kita, tentu mereka ada urusan penting di tempat yang lebih jauh!”

Pada pandangan saya mereka akan berkata begini: “Boleh harap punya jiran, rumah kita langsung tak nak diziarahinya, apa salah kita? Kenapa Sombong sangat!” atau “Rumah orang jauh boleh pergi, rumah kita yang dekat ni dia buat tak nampak jer..!” Apa pendapat anda pula? Setujukah anda dengan apa yang saya nyatakan di atas? Perkara ini bukan rekaan atau imaginasi saya, tetapi ia berlaku depan mata saya sendiri…sedihnya…

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Ditulis oleh wan wma pada September 28th, 2008

 

Salam aidilfitri buat anda semua pembaca blog WanWmaBlog. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tersayang. Bagi mereka yang balik kampung, saya doakan anda semua selamat sampai ke destinasi yang ditujui dan berbahagia dengan saudara mara yang dikasihi. Di kesempatan ini, ingin saya memohon maaf zahir dan batin di atas segala kesalahan dan salah silap saya sama ada sengaja mahu pun tidak. Saya masih terlalu lemah untuk terlepas dari melakukan kesilapan. Semoga anda semua berbahagia sentiasa! Jazakalahukhairankasira..Wallahualam..

Kenapa Google No. 1

Ditulis oleh wan wma pada September 19th, 2008

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Di atas ialah gambar pejabat Google

Tahukah anda, pada tahun 2007, 100 syarikat telah diiktiraf sebagai yang terbaik dan paling menjadi tumpuan pekerja seperti yang dikeluarkan oleh majalah terkemuka antarabangsa, Fortune. Google mendapat tempat pertama dalam senarai ini. Apakah yang menyebabkan Google mendapat tempat pertama sebagai syarikat paling menjadi tumpuan pekerja? Anda pasti akan cemburu mendengarnya:

1- Merupakan syarikat gergasi sebagai menyedia enjin carian no.1 paling feymes di dunia.

2- Makanan disediakan secara percuma kepada semua staf. Di sediakan juga makanan untuk golongan vegetarian dan juga makanan2 popular dari Asia Pasifik seperti sushi yang berasal dari Jepun.

3- Perkhidmatan Spa dan kolam renang percuma.

4- Perkhidmatan perubatan dan rawatan kesihatan secara percuma.

5- Perkhidmatan bas transit dari stesen keretapi awam percuma.

6- Perkhidmatan mencuci kereta dan menukar minyak kereta kepada semua staf.

7- Perkhidmatan subsidi untuk staf yang berminat membeli kereta hibrid

8- Perkhidmatan gunting rambut ditempat kerja.

9- Ganjaran sebanyak USD 2,000 apabila staf membawa rakan masuk bekerja di Google.

10- Subsidi diberikan kepada staf yg ingin belajar bahasa asing seperti Mandarin, Latin dan Perancis.

11- Perkhidmatan dobi dan cucian disediakan secara percuma

12- Jurutera boleh menghabiskan masa sebanyak 20% dari jumlah keseluruhan masa kerja bagi menjalankan projek2 bebas.

Suasana kerja di Google tidak sama dengan suasana kerja ditempat kita.  Pekerja dibudayakan melakukan kerja seperti suasana kampus. Pekerja bebas melakukan sebarang aktiviti dan bebas berpakaian yang tidak melampaui batas. Staf sentiasa diterapkan dengan suasana ceria dan kerja yang menyeronokkan. Pelbagai  aktiviti santai disediakan seperti:

-Bermain bola tampar, pingpong, video game dan hoki luncur di lokasi kerja.

-Kerusi urut untuk kemudahan staf berehat setelah penat bekerja

-Dibenarkan membawa binatang peliharaan di pejabat.

-Kemudahan gimnasium di tempat kerja

-Akitiviti kebajikan seperti berlari beramai-ramai untuk meningkatkan kecergasan staf dan mengeratkan hubungan -mereka.

Goolge sentiasa menghormati idea staf.  Di sebabkan semua tawaran menarik ini, Google menerima 1300 permohonan kerja setiap hari dan 1.15 juta permohonan setahun.

Berlagak - Bukan Cara Hidup

Ditulis oleh wan wma pada September 17th, 2008

Semalam, selepas balik dari meeting kat Kemaman, pengurus saya cakap, “Susah nak cari Director yang bagus kat KL. Mereka kalau dah pandai sombong, kalau tak pandai lagi la sombong!”. Saya menyampuk, “Apa boleh buat, mereka dah anggap perkara itu seolah-olah merupakan cara hidup yang perlu mereka lakukan!”

Kitaorang sebenarnya sedang menghasilkan drama sains fiksyen yang akan ditayangkan kat Astro sekiranya berjaya tak lama lagi. Untuk itu kami memerlukan director yang bagus dan boleh bekerjasama dengan baik. Tapi mengikut pengalaman pengurus saya, dia sudah bosan bekerjasama dengan director yang ada kat KL, mereka majoritinya sombong dan berlagak.

Sombong dan berlagak sebenarnya tidak diperlukan langsung untuk menunjukkan kemahiran, kewibawaan dan karisma kita. Bukan lagak kita seperti seorang director yang diambil kira oleh orang sebaliknya hasil kerja kita. Dalam situasi atau posisi mana pun kita berada, kita tidak perlu berlagak untuk melahirkan rasa hormat orang kepada kita, sebaliknya tunjukkan sifat humble atau rendah diri.

Lebih parah lagi pada zaman sekarang ada orang telah menganggap berlagak itu adalah suatu cara hidup. Mereka seolah-olah berkata, “Kalau kita orang bandar, tunjukkan yang kita ni orang bandar, kalau kita bos, berlagak la macam bos, kalau kita pandai, tunjukkan yang kita ni pandai, kalau kita hebat, tunjukkan kehebatan kita kepada orang ramai!” Menunjukkan kemahiran, menjalankan tanggungjawab sebagai bos tidak salah, yang salah adalah menunjuk-nunjuk dan berlagak seolah-olah hanya kita seorang yang pandai, hebat dan tahu semua perkara

Sombong, berlagak, angkuh dan sebagainya bukanlah cara hidup, ia adalah sikap yang membentuk diri kita. Berhati-hatilah dengan situasi ini…anda mungkin sedang berada dalam persekitaran orang-orang yang demikian…

Banduan Yang Insaf

Ditulis oleh wan wma pada September 15th, 2008

Malam tadi bertempat di Surau Jenaris aku telah menghadiri satu forum
perdana sempena Maulidur Rasul. Ahli panel terdiri dari Uts Halim Din,
Ust.
Raihan &
Utszh Dr. Sharifah Noor Hayati. Memang menarik kupasan ketiga3 ahli
panel yg bijaksana tu. Ttg keperibadian rasulullah yg mulia itu yg
menjadi ikutan kita semua.

Di penghujung rancangan tersebut salah seorang utz kalau tak silap aku
utz halim din telah menceritakan sebuah kisah yg berlaku di penjara sg.
buluh.
Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi
ceramah agama pd banduan2 di sana, Pengarah Penjara telah berjumpa dgn
beliau dan menceritakan pd beliau ttg seorang banduan yg bernama AMIN
iaitu ketua kumpulan Al-Mau’una yg didapati bersalah kerana melancarkan
perang kepada Yg Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai
mati. Sambung baca artikel penuh »

Mengatasi Musuh Di Pejabat

Ditulis oleh wan wma pada September 13th, 2008


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Berbalik kepada topik yang kita bincangkan sebelum ini, kita telah tahu beberapa perkara yang berkaitan dengan musuh dipejabat yang saya maksudkan. Kali ini mari kita semak balik bagaimanakah cara mengatasi masalah ini. Ehem..sebelum saya lupa, ingin juga saya nyatakan bahawa perkara ini bukan hanya berlaku di pejabat, malah di tempat belajar seperti universiti2 dan pelajar sekolah pun ramai yang menghadapi masalah seperti ini.

Perkara pertama yang perlu kita tahu adalah kenapa wujudnya musuh? Sebabnya adalah kerana wujudnya kita. Kita tidak akan mempunyai musuh sekiranya kita sendiri pun tidak ada pada satu-satu tempat itu. Jelaslah bahawa wujudnya musuh atau saingan atau orang yang benci kepada kita adalah kerana wujudnya kita. Jadi, dapatlah kita tahu di sini bahawa sebenarnya musuh itu bukannya orang lain, tetapi diri kita sendiri. Kita boleh bersikap supaya orang sentiasa menyukai kita, tetapi kenapa kita bersikap sebaliknya? Mungkin anda berkata, “Macam manalah nak buat supaya semua orang suka kepada kita? Itu perkara mustahil!” Ya, benar! Saya setuju, jangankan kita, Nabi kita yang paling mulia di dunia ni pun masih ada orang yang bencikan baginda. Sambung baca artikel penuh »

Musuh Di Pejabat

Ditulis oleh wan wma pada September 7th, 2008

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Masalah di pejabat? Umumnya apabila mendengar persoalan tentang masalah di pejabat biasanya ia dikaitkan dengan kerja atau tugas yang dipertanggungjawabkan. Tetapi sebaliknya masalah yang menjadi suatu fanomena yang hampir tidak boleh dielakkan adalah soal hubungan rakan pejabat. Seringkali berlaku pertelingkahan, umpat-mengumpat, bodek-membodek dan macam-macam karenah lagi yang kita tidak dapat hindari.

“Kita tidak boleh mengubah orang lain, tetapi kita boleh mengubah diri sendiri.”

“Kita tidak boleh mengubah orang lain, tetapi kerana kita orang lain boleh berubah.”

-wan wma

Apa yang ingin saya bicarakan di sini adalah berkaitan rakan pejabat yang kadang-kala menjadi musuh kepada kita. Kalau tidak menjadi musuh pun sekurang-kurangnya ada beberapa orang yang membenci kita atau tidak senang dengan kedudukan kita. Persoalannya kenapa perkara ini berlaku? Jawapan mudahnya adalah kerana kita semua manusia, tidak terlepas dari lumrah seumpama ini. Walau bagaimanapun kita mempunyai pilihan dan peluang untuk memperbaiki keadaan ini. Sebelum itu mari kita semak apakah perkara yang biasa berlaku, Sambung baca artikel penuh »


Copyright © 2007 WanWmaBlog. All rights reserved.