Pilihanraya Umum kali ke-12 telah pun berlangsung semalam dan keputusan telah pun diumumkan. Berdasarkan keputusan PRU kali ini jelas kepada kita bahawa rakyat kini mahukan perubahan, lebih berani dan lebih bermotivasi. Dari segenap sudut di negara kita, purata mengundian untuk BN telah menurun secara drastik. Dan telah pun kalah di 5 buah negeri iaitu Kelantan, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.
DAP menunjukkan prestasi yang begitu baik dalam meraih undi dan berjaya menawan Pulau Pinang dan Perak. PAS pula telah berjaya mengekalkan kedudukannya di negeri Kelantan dengan kemenangan yang begitu cemerlang dan berjaya menawan negeri KEDAH! Manakala PKR telah pun memenangi hati rakyat dan telah berjaya meraih 31 kerusiParlimen dan 40 Dun. Selangor juga telah ditawan oleh BA.
Kawasan-kawasan lain yang dimenangi BN juga jelas menunjukkan penurunan undi dan kemenangan yang agak tipis berbanding Pilihanraya Umum ke 11 pada tahun 2004. Apakah sebenarnya fanomena yang telah berlaku? Adakah tidak cukup hebat ’serangan minda’ yang dilancarkan oleh Barisan Nasional menerusi media-media seperti television, akhbar dan radio? Atau pun benar sekali kenyataan yang dikeluarkan oleh Penganalisis Politik Prof Madya Dr Mohd Agus Yusof?Sambung baca artikel penuh »
Kepada sesiapa yang sedang mencari kerja kosong mungkin boleh membuat permohonan di sini. Hehehehe…ini sekadar gurauan. Gambar ni saya ambik dari forum Mesra.net. Kerana rasa begitu kelakar dan tertarik dengan gambar ini saya postkan dalam blog saya untuk tontonan kita bersama.
Em..saya masih ingat, ada seorang cina bukan Islam memberi ucapan pada perasmian Masjid Kristal dahulu. Saya tak pasti masa mana, dan siapa yang memberikan ucapan itu kerana saya dengar cerita ni pun dari kawan saya. Katanya dalam ucapan itu, rakyat Terengganu seharusnya bersyukur dengan terbinanya Masjid Kristal yang begitu cantik dan membaggakan ini. Adakah orang yang bercakap itu ialah Dato’ Patrick Lim yang dinyatakan di atas?
Hehehe…saya betul-betul tak sangka blog saya tersenarai pada kedudukan no. 2 dalam enjin carian Google sekiranya anda menaip ‘blog politik’. Tahukah anda bahawa terdapat lebih daripada 200 blog politik yang aktif di Malaysia? Saya dapat tahu perkara ini setelah menonton rancangan bicara PRU 12 di TV1 malam semalam. Saya tak pasti apakah tajuk yang dibincangkan tetapi yang saya tahu mereka membincangkan tentang penggunaan media yang dianggap tidak adil di Malaysia.
Sepanjang waktu saya menonton rancangan tersebut, terdapat 3 orang pemanggil yang bertanyakan beberapa soalan dan menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap media yang berat sebelah. Bagaimanapun, pihak yang menjawab menyatakan kita tidak boleh salahkan kerajaan yang ada sekarang, kerana perkara itu bergantung kepada pihak media itu sendiri. Samada akhbar, radio dan television, penyiaran sesuatu bahan adalah bergantung kepada pemilik sendiri.
Dalam siri perbincangan semalam juga ada dinyatakan tentang kehadiran media baru daripada internet seperti youtube, blog dan sebagainya. Dan berdasarkan kajian yang dijalankan, masyarakat kini lebih percayakan media baru ini berbanding tv, radio dan akhbar yang ada sekarang. Bagaimana pula pendapat anda?
Jika anda tanya saya, ini jawapan saya “Kalau dalam tv, radio dan akhbar, saya hanya percaya berita2 berkaitan dengan hiburan, luar negara, sukan, isu semasa seperti perculikan, kemalangan, nilai saham dan lain2 perkara yang tiada kaitan langsung dengan politik. Yang ada kaitan dengan politik, 85% daripadanya saya tidak percaya langsung kerana hanya 1 pihak sahaja yang bercakap. Saya tidak boleh buat penilaian tentang kebenaranya sama sekali.”
(ehem..sejak saya postkan artikel ini kedudukan blog saya tidak ada lagi dalam page pertama enjin carian google..hehehe..tak tau dah dok no.berapa sekarang)
Dalam musim pilihanraya yang sedang berlangsung ini saya agak suka menonton video2 yang berkaitan dengan ceramah2 politik, maklumlah…sebagai rakyat Malaysia kita perlu mengundi dan memilih pihak mana yang bakal memerintah negara kesayangan kita ini. Jadi kita seharusnya membuat kajian dan mencari pengatahuan tentang kebaikan dan keburukan setiap parti yang ingin dipilih. Di sini ingin sekali saya kongsikan dengan anda sebuah video tentang Pengakuan Tun Dr. Mahathir bahawa dia menzalimi Anwar IbrahimdanAnwar Ibrahim sebenarnya tidak bersalah!!!
Betul, ini bukan blog politik. Cuma saya ingin kongsikan dengan anda sebuah video yang saya sangat suka tengok. Bukan nak suruh undi sesiapa, cuma suka tengok sebab iklan ini tak ada dalam TV. Lagipun saya dah pening tengok TV asyik dok tunjuk Iklan dan pesanan yang sama sahaja.
Recent Comments