Penipuan Cakra Alam

Ditulis oleh wan wma pada December 6th, 2008


Ehem…baru-baru ini hal ini telah didedahkan dalam rancangan 360° di TV3, tetapi sebelum tu saya dah pun tengok pendedahan yang dibuat oleh warga

Korea pasal hal ni dari video Youtube. Namun, kita masih belum pasti samada betul atau tidak Si ‘Ustaz’ tu menipu..tetapi berdasarkan apa yang saya lihat dan perangai si ‘Ustaz’ yang

cuba ‘lari’ dari disiasat seolah-olah telah membenarkan kenyataan itu.
 

Setelah beberapa tahun, setelah beberapa juta orang manusia yang menonton rancangan Asia Hebat yang ditayangkan dalam TV suatu masa dulu dan setelah beberapa ratus atau mungkin ribuan orang telah pergi berubat dengan ‘Ustaz’ itu…kemudian didapati dia sebenarnya menipu…apakah perasaan anda? Saya tak kata perkara ini betul, tetapi seandainya BETUL dia menipu? 

Ya ALLAH….ramainya manusia yang diperdayakannya…..bagaimana masyarakat kita terlalu mudah percaya dengan sesuatu perkara sebelum menganalisanya terlebih dahulu? Seorang bijak pandai berkata: 

“Orang CERDIK tidak akan menerima sesuatu perkara yang dilihat, didengar dan dirasainya dengan meletakkan perkara itu sebagai BETUL atau SALAH sebelum menilai dan mengkajinya terlebih dahulu!” 

Kenyataan di atas jelas menunjukkan orang BODOH pula sebaliknya. Janganlah kita tergolong dikalangan orang-orang yang kurang cerdik. Bermula dari sekarang, marilah kita jadi orang yang lebih cerdik, jangan cepat menerima atau menolak sesuatu fakta, nilai dan kaji kebenarannya terlebih dahulu, barulah membuat keputusan. Tidak kira kita seorang pemengang ijazah, master atau PHD..selagi kita berfikiran kolot, kita bukanlah orang ‘CERDIK’ seperti yang dinyatakan di atas.

Kasih Sayang Manusia Tidak Penting!

Ditulis oleh wan wma pada November 30th, 2008

Ya! Kasih sayang manusia itu tidak penting selagi kita tidak meletakkan kasih sayang kita kepada Allah. Dewasa ini terdapat ramai dikalangan umat Islam lebih-lebih lagi yang berbangsa Melayu di negara kita mengambil tindakan drastik untuk MEMBUNUH DIRI!
Fikiran mereka ringkas…apabila ditinggalkan kekasih, bagi mereka tiada gunanya mereka hidup lagi!
Jangan bertindak keterlaluan! Kita dilahirkan asalnya keseorangan dan kita akan mati juga keseorangan. Kita bakal menanggung dosa sendiri, tiada sesiapa dapat membantu! Apa guna kasih yang didambakan? Apa guna cinta dan sayang yang diharapkan? Apa guna belai kasih yang diinginkan?
SEBENARNYA TIADA GUNANYA!
Tetapi kenapa ramai orang sekarang terlalu mudah membuat keputusan untuk membunuh diri? Malah ada juga yang membunuh teman atau kekasihnya kerana ditinggalkan. Apa dah jadi ni? Apa yang kita belajar dalam agama kita? Apa yang ISLAM ajar kita sejak dilahirkan? Mana perginya nilai murni ajaran agama kita? Mana perginya IMAN kita?Inilah fanomena yang sedang berlaku sekiranya kasih sayang dan CINTA manusia tidak dicurahkan kepada TUHAN YANG MAHA ESA! Tidak salah mendambakan kasih sayang dan cinta manusia tetapi terlebih dahulu tanamkan dulu kasih sayang dan cinta kepada ALLAH! Cintakan seseorang kerana ALLAH, kasihkan seseorang kerana ALLAH, rindukan seseorang kerana ALLAH, pasti kita semua akan terselamat dan tenang di sisi-Nya!Andainya anda seorang lelaki dan mempunyai isteri atau seorang teman wanita,

Ajarkan mereka supaya terlebih dahulu menyayangi dan mencitai ALLAH dan RASULNYA sebelum mencintai anda.

Ajarkan mereka mentaati perintah ALLAH dan RASULNYA dahulu sebelum mentaati perintah anda.

Ajarkan mereka supaya sentiasa mengingati ALLAH setiap detik sebelum mengingati anda.

Ajarkan mereka supaya sentiasa menyayangi anda bukan kerana diri anda tetapi kerana ALLAH.

Pergantungan kepada manusia akan binasa bila-bila masa sahaja, pergantungan kepada ALLAH akan sentiasa dirahmati sehingga ke akhir hayat. Dengan kasih sayang yang dibina kerana ALLAH, anda tidak perlu khuatir jika suatu hari nanti anda terpaksa meninggalkan isteri atau teman wanita anda. Kerana mereka akan sentiasa sedar, samada anda bersamanya atau tidak, ALLAH akan sentiasa mendampingi mereka. Mereka tidak akan melakukan perkara yang tidak elok dibelakang anda, mereka tidak akan merana kerana kehilangan anda, mereka akan sentiasa menghormati anda, mereka akan sentiasa mengarahkan kiblat kepada tuhan yang maha esa.

Begitulah sebaliknya jika anda seorang wanita. Ajar dan didiklah suami atau teman lelaki anda supaya menanamkan cinta dan kasih sayang terlebih dahulu kepada ALLAH dan RASULNYA sebelum mencintai anda.Janganlah terpedaya dengan lelaki yang hanya pandai mengungkapkan kata cinta dan sayang tetapi hakikatnya hanyalah ingin memuaskan nafsu syahwatnya semata-mata. Janganlah menunjukkan rasa kasih sayang anda dengan mengorbankan DARA sebagai bukti CINTA! Kerana ia hanya akan berakhir dengan kehancuran.Jika anda ketemui lelaki sedemikian, tinggalkan mereka, mereka hanya akan menghancur hidup anda. Ketahuilah…jika mereka mengungkapkan kata sayang, SAYA LEBIH MENYAYANGI ANDA DARIPADA MEREKA! KEMBALILAH KEPADA ALLAH!

Mayat Yang Aib..Nauzubillah

Ditulis oleh wan wma pada November 11th, 2008

Diceritakan oleh USTAZ NAHRAWI MARZOKI

PERISTIWA yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu
jenazah yang  bagi saya cukup aneh.. Darah tak putus-putus
keluar daripada seluruh  tubuhnya. Tak tahulah kenapa… tapi
dari sejak Allahyarham meninggal  dunia, darah tak
berhenti-henti keluar.

Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab
kemalangan.  Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang
boleh sebabkan jenazah  berdarah macam itu sekali. Apakah yang
berlaku kepada Allahyarham?

Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah tempat
di  Selangor. Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian
tak dapat  saya ceritakan ialah Allahyarham ini adalah seorang
lelaki, meninggal  ketika berumur 50-an atau 60-an tahun dan
semasa hidupnya,
Allahyarham bolehlah kita golongkan sebagai orang kaya. Dia
pegawai  kerajaan dan pernah menjadi penolong pengarah agensi
tempat dia  bekerja.

Allahyarham ini ada beberapa orang anak. Beliau meninggal dunia
di  rumahnya pada pukul 8.30 malam kerana sakit biasa.Tapi saya
diberitahu doktor pun tak tahu apa penyakit yang dihadapinya.

Tapi yang menimbulkan pertanyaan dan keinsafan ialah apabila
Allahyarham habis saja nazak dan lepas itu menghembuskan
nafasnya  yang terakhir, tiba-tiba saja darah mula keluar
daripada seluruh  tubuhnya, khususnya dari liang-liang dan
rongga-rongga. ..dari mulut,  telinga, hidung, mata, celah-celah
bulu roma dan celah-celah kuku.  Mula-mula sedikit, tapi makin
lama makin banyak sampai mayat itu  dipenuhi darah. Darah itu
pun tak putus-putus keluar. Cukup
mengerikan.. .dan menyedihkan.

Apabila tengok mayat ayahnya itu lain macam, anak Allahyarham
pergi  ke rumah saya. Masa itu kira-kira pukul 11.00 malam.
Kebetulan pula  anak Allahyarham itu murid saya yang memang
saya kenal sangat.

Dalam keadaan yang sedih bercampur panik dia berkata, “Ustaz,
ayah  saya meninggal dunia. Ustaz boleh tolong tak?”

Saya kata, “Boleh, tapi kenapa pula? Ada masalah ke?”

“Mayat ayat saya ni agak lain sikitlah ustaz. Saya minta
sangatlah  ustaz dapat tolong kami,” kata anak Allahyarham
tadi. Bagaimanapun  dia tidak ceritakan pada saya apa yang
terjadi pada mayat ayahnya  itu.

Saya pun pergi ke rumahnya. Apabila sampai di rumahnya baru dia
ceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Saya naik ke atas rumah
dan  terus pergi ke tempat Allahyarham diletakkan dan…
masya-Allah, saya  tengok darah sudah penuh di seluruh badan
Allahyarham. Baunya pun  semakin hanyir. Busuk. Dan busuknya
pun lain dari yang lain…sukar  untuk saya gambarkan hinggakan
kemenyan yang dibakar dan bau-bauan  pun tak boleh mengurangkan
bau busuk mayat itu.

Apabila saya pandang wajah Allahyarham, saya lihat ia seperti
dalam  keadaan cemas, takut… langsung tidak ada tanda-tanda
kejernihan dan  nur di wajahnya. Apa yang sebenarnya dialami
dan dirasai oleh  Allahyarham ketika itu wallahuaklam. Allah
yang lebih mengetahui.

Maha suci Allah, mayat ini cukup pelik sebab baru dua jam lebih
dia  meninggal tapi begitu aib sekali keadaannya. Dalam hati
saya berdoa  dan beristighfar supaya saya dapat uruskannya
dengan cara terbaik dan  tidak berlaku lagi sesuatu yang
mengaibkan Allahyarham.

Saya pelawa beberapa orang kawan untuk uruskan jenazah tadi.
Kami  ambil kapas dan tutup mulut, hidung, mata, telinga dan
rongga-rongga  besar pada mayat. Tapi Allah itu Maha Berkuasa,
kapas itu tidak mampu  menahan darah yang keluar.

Apabila dicabut kapas yang sudah basah dengan darah utuk
diganti  dengan kapas yang lain, darah meleleh keluar dari
rongga-rongga tadi.  Menjejes hingga kain dan tikar tempat kami
baringkan mayat itu  menjadi merah. Tidak tahulah berapa banyak
kapas yang kami gunakan,  tapi tak berkesan.

Allah jua yang menentukan. Tidak cukup dengan darah, tambah
menyedihkan saya ialah muka dan kulit di seluruh tubuh
Allahyarham  tadi tiba-tiba menggerutu. Keluar satu bahan
berlendir, menggerutu  macam cacar yang berbonjol-bonjol di
muka dan badannya.

Bonjol-bonjol kecil itu seperti bernanah dan busuk baunya.
Makin lama  bonjol-bonjol itu makin banyak hingga tidak
keterlaluan kalau saya  katakan di sini iaitu wajah jenazah
tersebut sudah tidak menyerupai  wajah manusia lagi.

Melihat keadaan mayat yang sebegitu rupa, saya pun katakan
kepada  semua kaum keluarga Allahyarham dan pembantu saya,
“Kita mesti  kebumikan jenazah ini malam ini juga.” Mereka
bersetuju. Selain  daripada dua orang pembantu, tiga orang anak
Allahyarham juga  menolong saya menguruskan jenazah bapanya.
Tapi sedih, seorang demi  seorang anak Allahyarham itu pengsan
kerana tidak sanggup melihat  keadaan mayat bapa mereka itu.
Akhirnya tinggallah saya dengan dua  pembantu saya tadi.

Bagi mengelakkan tohmahan orang dan tak mahu kain kapan menjadi
merah, saya ambil keputusan untuk membalut Allahyarham dengan
plastik…plastik alas meja yang berwarna putih. Selepas itu
barulah  kami balut mayat tadi seperti biasa dengan kain putih.
Mengikut  syarak, mayat tidak digalakkan dikebumi malam-malam.
Tapi dalam  keadaan darurat seperti itu saya tidak boleh tunggu
lama-lama.  Kebetulan pula kawasan perkuburan terletak tidak
jauh dari rumah  Allahyarham, kira-kira dua kilometer sahaja,
jadi kami cari lampu dan  spotlight. Dalam waktu dinihari yang
gelap dan sejuk itu kami suluh  jalan dan kawasan kubur
Allahyarham. Kami mula kebumikan Allahyarham  itu kira-kira
pukul 1.30 pagi.

Sampai saja ke kuburnya , berlaku sekali lagi peristiwa aneh,
yang  amat mengharukan. Kuburnya dipenuhi air! Air itu macam
air biasa tapi  tak putus-putus keluar dari celah bumi. Ini
memang aneh sebab hari  itu tidak hujan. Kalau hendak dikatakan
kawasan kubur itu rendah,  lembah.. tak juga sebab sudah banyak
kubur di situ tapi tak pernah  pula terjadi macam ini.
Memandangkan orang ramai sudah mula kecoh,  kami ambil
keputusan mengebumikan juga mayat itu dalam keadaan ia
ditenggelami air.

Menyedihkan. Apabila mayat mencecah saja ke air, maka air itu
bertukar menjadi merah kerana bercampur dengan darah. Hanyir,
busuk…..susah saya nak cakap macam mana baunya ketika itu.
Makin  lama warna air itu makin merah. Mujur waktu itu tengah
dinihari,  orang yang datang ke kubur tak nampak sangat. Kalau
siang…

Kami pun benamkan jenazah tadi, endal betul-betul dan kemudian
tutup  dengan papan. Kami buat betul-betul supaya jenazah tidak
terlungkup.  selepas selesai semuanya. kubur pun dikambus.
Selesai ditalkinkan,  saya dan semua yang menghantar
Allahyarham ke kubur kembali semula ke  rumah masing-masing dan
saya menenangkan keluarga Allahyarham yang  bersedih.

Entah apa kesalahan yang telah Allahyarham lakukan saya tak
tahulah.  Yang tahu cuma Allah dan Allahyarham. Bagaimanapun
saya yakin ia  adalah balasan Allah kepada Allahyarham. Bagi
saya ini satu iktibar.  Saya tidak mengatakan Allahyarham telah
melakukan sesuatu kesalahan  besar tapi bagi saya, darah ini
mempunyai tiga kaitan dan mungkin apa  yang berlaku pada
Allahyarham ada kaitan dengan salah satu
daripadanya. Saya kata mungkin….bukan menuduh.

PERTAMA, janganlah sekali-kali kita membunuh orang.Membunuh
pula  banyak caranya. Saya bukan kata Allahyarham ada membunuh
orang tapi  perlu diingat darah itu mahal harganya.

KEDUA, ia mungkin ada kaitan dengan makanan dan minuman.
Jang anlah  kita memakan makanan dan minuman yang haram sebab ia
menjadi sumber  darah yang mengalir dalam tubuh kita ini.
Jauhkanlah diri daripada  rasuah, makan harta anak yatim atau
duit masjid, harta pusaka dan  sebagainya yang bukan milik
kita.

KETIGA, hormatilah darah. Kalau ada darah di rumah atau di
jalan raya  akibat kemalangan, bersihkanlah dengan air. Bagi
perempuan, ingin  saya ingatkan. Cucilah tuala wanita (semasa
haid dan nifas) selepas  anda menggunakannya. Bersihkan darah
dengan air bersih baru dibuang  tuala itu. Jangan buang begitu
saja selagi masih ada darah kotor yang  melekat pada tuala itu.
Walaupun darah itu kotor, tapi ia juga  makhluk Tuhan yang
perlu dihormati.

Renungkanlah diri kita dan jadikanlah kisah ini sebagai
iktibar.  Ingatlah, suatu hari nanti kita juga kan menghadap
Allah S.W.T.  Berdoalah supaya perkara-perkara aib macam ini
tidak terjadi pada  kita.

Gigi Yang Hilang..

Ditulis oleh wan wma pada October 11th, 2008

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ini rasanya tiada sebarang tips motivasi ingin saya bincangkan di sini, cuma sekadar ingin meluahkan perasaan sedih kerana terpaksa cabut gigi geraham saya yang sudah 25 tahun bersama saya..huhuhu..

Itulah..tiada sebarang perkara yang kekal atas dunia ni. Gigi saya yang sakit ini akhirnya terpaksa dicabut dan dibuang..dah la cabut gigi sendiri, kena bayar mahal pulak tu. Sedangkan gigi lagi kena cabut, apatah lagi hubungan suami isteri yang dah retak..walaupun sudah berpuluh tahun bersama..hehe..ke situ pulak saya ni.

Sekarang kawan2 semua pergi beraya rumah rakan sepejabat..diorang dah call saya ajak pergi sekali..apakan daya, nak bercakap pun tak boleh sebut dengan betul lagi, inikan pula nak makan kuih-muih..darah masih banyak keluar dari mulut ni..terpaksa la saya batalkan niat untuk bersama mereka. Buat rosak majlis jer…

Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat sentiasa…jagalah hubungan anda dengan gigi tersayang dengan baik sebelum mereka buat hal…

Ehem..jika anda ingin mengikuti perkembangan saya setiap hari followlah saya dengan twitter melalui link ini: http://twitter.com/wanwma -tekan butang follow kat bawah gambar saya tu. Kalau korang masih tak ada akaun twitter, korang kenalah register dulu..

Sekian saja dari saya

wan wma

Oral Sex, Prono, xxx, Lucah, Bogel dll

Ditulis oleh wan wma pada September 30th, 2008

 

Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya tajuk yang saya kemukakan kali ini agak sensitif dan lucah. Namun, saya yakin tajuk ini paling sesuai untuk menarik enjin carian untuk memaparkan blog ini pada page hadapan. Mungkin ada di antara anda yang sampai ke blog ini sedang mencari perkataan2 di atas. Suka saya tegaskan di sini supaya anda hentikan pencarian anda dan baca apa yang saya ingin kongsikan di sini. Ilmu ini penting supaya kita semua tidak melakukan kesalahan dan dosa yang kita tidak ketahui. Sahabat semua, ketahuilah bahawa Oral Sex adalah HARAM. Sila baca penerangan di bawah.

Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al`Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi hafizhohullah berkata:

“Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan (maksudnya memancarkan mani, mazi etc). Kalau memancar, maka akan keluar darinya air madzy yang ia najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air madzy itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.

Dan Syaikh Ibnu Baz rahimahullah telah berfatwa tentang haramnya hal tersebut –sebagaimana yang saya dengarkan langsung dari beliau-.”
Dan dalam kitab Masa`il Nisa’iyyah Mukhtarah Min Al-`Allamah Al-Albany karya Ummu Ayyub Nurah bintu Hasan Ghawi hal. 197 (cet. Majalisul Huda AI¬Jaza’ir), Muhadits dan Mujaddid zaman ini, Asy-Syaikh AI-`Allamah Muhammad Nashiruddin AI-Albany rahimahullah ditanya sebagai berikut:

“Apakah boleh seorang perempuan mencumbu batang kemaluan (zakar) suaminya dengan mulutnya, dan seorang lelaki sebaliknya?”

Beliau menjawab:

“Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa nabi Shallallahu `alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan -sebagai penguat yang telah lalu-, apalagi haiwan yang telah dlketahui kejelekan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim –dan keadaannya seperti ini- merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan.”

Dan salah seorang ulama besar kota Madinah, Asy-Syaikh AI-`Allamah `Ubaid bin ‘Abdillah bin Sulaiman AI-Jabiry hafizhahullah dalam sebuah rakaman, beliau ditanya sebagai berikut,

“Apa hukum oral seks’?” Beliau menjawab:

“Ini adalah haram, kerana is termasuk tasyabbuh dengan haiwan-haiwan. Namun ramai di kalangan kaum muslimin yang tertimpa oleh perkara-perkara yang rendah lagi ganjil menurut syari’at, akal dan fitrah seperti ini. Hal tersebut kerana mereka menghabiskan waktunya untuk mengikuti rangkaian film-film porno melalui video atau televisyen yang rosak. Seorang lelaki muslim berkewajipan untuk menghormati isterinya dan jangan dia berhubungan dengannya kecuali sesuai dengan perintah Allah. Kalau dia berhubungan dengannya selain dari tempat yang Allah halalkan baginya maka tergolong melampaui batas dan bermaksiat kepada Allah dan Rasul-Nya shallallahu ‘alahi wa sallam.”

Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.

Dr Ismail Thambi (pakar sakit puan) pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex’ dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.

Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.

Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu pekara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.

“Oral seks” juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.

Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-uhdang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta’zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.

KESIMPULAN

Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-

1) Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perklara khilaf.

2) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia)

3) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah’ kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.

4) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penajara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, “Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua”

Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.

Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membhayakan diri dan masyaarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Laynlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak Fikirkan…

Dikutip dari majalah An-Nashihah Volume 10 1427H/2006M

http://www.darussalaf.org/stories.php?id=276

Mengatasi Musuh Di Pejabat

Ditulis oleh wan wma pada September 13th, 2008


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Berbalik kepada topik yang kita bincangkan sebelum ini, kita telah tahu beberapa perkara yang berkaitan dengan musuh dipejabat yang saya maksudkan. Kali ini mari kita semak balik bagaimanakah cara mengatasi masalah ini. Ehem..sebelum saya lupa, ingin juga saya nyatakan bahawa perkara ini bukan hanya berlaku di pejabat, malah di tempat belajar seperti universiti2 dan pelajar sekolah pun ramai yang menghadapi masalah seperti ini.

Perkara pertama yang perlu kita tahu adalah kenapa wujudnya musuh? Sebabnya adalah kerana wujudnya kita. Kita tidak akan mempunyai musuh sekiranya kita sendiri pun tidak ada pada satu-satu tempat itu. Jelaslah bahawa wujudnya musuh atau saingan atau orang yang benci kepada kita adalah kerana wujudnya kita. Jadi, dapatlah kita tahu di sini bahawa sebenarnya musuh itu bukannya orang lain, tetapi diri kita sendiri. Kita boleh bersikap supaya orang sentiasa menyukai kita, tetapi kenapa kita bersikap sebaliknya? Mungkin anda berkata, “Macam manalah nak buat supaya semua orang suka kepada kita? Itu perkara mustahil!” Ya, benar! Saya setuju, jangankan kita, Nabi kita yang paling mulia di dunia ni pun masih ada orang yang bencikan baginda. Sambung baca artikel penuh »

Musuh Di Pejabat

Ditulis oleh wan wma pada September 7th, 2008

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Masalah di pejabat? Umumnya apabila mendengar persoalan tentang masalah di pejabat biasanya ia dikaitkan dengan kerja atau tugas yang dipertanggungjawabkan. Tetapi sebaliknya masalah yang menjadi suatu fanomena yang hampir tidak boleh dielakkan adalah soal hubungan rakan pejabat. Seringkali berlaku pertelingkahan, umpat-mengumpat, bodek-membodek dan macam-macam karenah lagi yang kita tidak dapat hindari.

“Kita tidak boleh mengubah orang lain, tetapi kita boleh mengubah diri sendiri.”

“Kita tidak boleh mengubah orang lain, tetapi kerana kita orang lain boleh berubah.”

-wan wma

Apa yang ingin saya bicarakan di sini adalah berkaitan rakan pejabat yang kadang-kala menjadi musuh kepada kita. Kalau tidak menjadi musuh pun sekurang-kurangnya ada beberapa orang yang membenci kita atau tidak senang dengan kedudukan kita. Persoalannya kenapa perkara ini berlaku? Jawapan mudahnya adalah kerana kita semua manusia, tidak terlepas dari lumrah seumpama ini. Walau bagaimanapun kita mempunyai pilihan dan peluang untuk memperbaiki keadaan ini. Sebelum itu mari kita semak apakah perkara yang biasa berlaku, Sambung baca artikel penuh »

Air Mata Rasulullah

Ditulis oleh wan wma pada September 3rd, 2008

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu,Rasulullah dengan suara terbatas memberikan Khutbah,
“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.
Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Sambung baca artikel penuh »


Copyright © 2007 WanWmaBlog. All rights reserved.