Selamat Hari Raya Aidilfitri

Ditulis oleh wan wma pada September 28th, 2008

 

Salam aidilfitri buat anda semua pembaca blog WanWmaBlog. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tersayang. Bagi mereka yang balik kampung, saya doakan anda semua selamat sampai ke destinasi yang ditujui dan berbahagia dengan saudara mara yang dikasihi. Di kesempatan ini, ingin saya memohon maaf zahir dan batin di atas segala kesalahan dan salah silap saya sama ada sengaja mahu pun tidak. Saya masih terlalu lemah untuk terlepas dari melakukan kesilapan. Semoga anda semua berbahagia sentiasa! Jazakalahukhairankasira..Wallahualam..

Theme Terbaru

Ditulis oleh wan wma pada May 25th, 2008

Blog ini sedang bertukar kepada theme terbaru dan masih di dalam peringkat kemaskini, diharap para pembaca dapat menyesuaikan diri dengan keadaan blog ini buat sementara waktu..terima kasih!

Kini Tibalah Masanya..

Ditulis oleh wan wma pada April 4th, 2008

Setelah beberapa tahun belajar dan beberapa bulan mempraktikkan sistem yang ada dalam perniagaan internet, kini tibalah masanya untuk saya bermula. Bermula melakukan perniagaan ini dengan serius. Saya akan berhenti menulis dalam blog ini buat sementara waktu untuk memberi laluan kepada projek-projek yang telah saya rancang sekian lama. Jika dulu, untuk menjalankan projek2 perniagaan internet bagi saya adalah sesuatu perkara yang mustahil (kerana tiada ilmu) tetapi kini tidak lagi. Saya telah pun melengkapkan diri dengan ilmu2 yang diperlukan dan pengalaman2 yang membina. Alhamdulillah… Sambung baca artikel penuh »

Dale Carnegie Training For Young Adults

Ditulis oleh wan wma pada March 17th, 2008

16/03/2008 adalah tarikh permulaan saya mengikuti program Dale Carnegie yang akan berlangsung selama 8 minggu. Program Dale Carnegie Training For Young Adult adalah sebuah program motivasi yang diasaskan oleh Dale Carnegie dan telah beroperasi hampir satu abad. Program ini telah banyak membantu meningkatkan keyakinan diri dan kepercayaan seseorang. Daripada 500 syarikat yang tersenarai dalam fortune (500 syarikat terbesar dunia. Petronas satu-satunya syarikat dari Malaysia) 400 daripadanya adalah pelanggan program ini termasuklah Petronas dari Malaysia. Untuk mengikuti program ini anda perlu membayar RM2000 ke atas dan akan menjalani program ini selama 12 minggu. Bagi orang seusia saya hanya 8 minggu diperlukan kerana menggunakan pendekatan yang lebih mudah dan ringkas. Sebab itulah program yang saya sedang ikuti ini diberi nama Dale Carnegie Training For Young Adult.

Saya akan kongsikan kepada anda apa yang saya pelajari dalam program ini. Tetapi saya akan menceritakannya kepada anda satu persatu. Dengan mengikuti program ini saya telah diberikan beberapa buah buku iaitu: Sambung baca artikel penuh »

Jawatan Kosong?

Ditulis oleh wan wma pada March 6th, 2008

Kepada sesiapa yang sedang mencari kerja kosong mungkin boleh membuat permohonan di sini. Hehehehe…ini sekadar gurauan. Gambar ni saya ambik dari forum Mesra.net. Kerana rasa begitu kelakar dan tertarik dengan gambar ini saya postkan dalam blog saya untuk tontonan kita bersama.

Em..saya masih ingat, ada seorang cina bukan Islam memberi ucapan pada perasmian Masjid Kristal dahulu. Saya tak pasti masa mana, dan siapa yang memberikan ucapan itu kerana saya dengar cerita ni pun dari kawan saya. Katanya dalam ucapan itu, rakyat Terengganu seharusnya bersyukur dengan terbinanya Masjid Kristal yang begitu cantik dan membaggakan ini. Adakah orang yang bercakap itu ialah Dato’ Patrick Lim yang dinyatakan di atas?

5 Peserta BERTUAH Telah Dipilih!

Ditulis oleh wan wma pada February 20th, 2008

Assalamualaikum, hari ini 20/ 02/ 2008 adalah hari pertama untuk pemilihan peserta yang bertuah untuk mendapatkan lukisan potret percuma! Tahniah kepada anda yang bertuah! Kepada mereka-mereka yang tidak terpilih, jangan bimbang. Anda masih layak untuk menerima hadiah ini pada bulan akan datang. Nantikannya, siapa tahu bulan depan nama anda akan tersenarai. Lagipun tiada apa yang perlu anda lakukan kecuali hanya terus kekal sebagai Subscribe saya!

Bagi mereka yang bertuah, sekali lagi saya ucapkan tahniah dan terima kasih atas penyertaan anda. Tahukah anda lukisan yang bakal anda dapat ini boleh dijual pada harga RM50-RM80 (bergantung kepada tahap ketelitian lukisan) tidak termasuk bayaran pos dan pembungkusan! Kenapa harga RM50-RM80? Saiz kertas lukisan potret yang saya akan berikan pada anda bukan A4, tapi A3! Satu perkara lagi, saya juga akan menghadiahkan anda video semasa saya melukis wajah anda! Dengan ini anda boleh lihat bagaimana saya melukis wajah anda! Hohohoho…kalau anda bertanya lagi kenapa harganya RM50-RM80, biarlah saya beritahu anda, saya pernah menjual 1 lukisan potret berwarna dengan harga RM800 dengan hanya melukis dalam masa 3-4 jam! Maafkan saya, bukan nak berlagak, sekadar ingin menyatakan nilai seni ini memang agak mahal… :)

Jadi, siapakah mereka yang bertuah itu? Inilah senarai namanya: Sambung baca artikel penuh »

Kini Pertaruhan Bermula Lagi!

Ditulis oleh wan wma pada February 13th, 2008

‘KUALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembubaran Parlimen di bawah peruntukan Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan yang berkuatkuasa serta-merta hari ini.’

Ini bermakna, tangungjawab seterusnya terletak pada tangan kita bagi menentukan siapakah yang layak mentadbir negara dan bangsa yang kita cintai ini. Berbagai rintangan, masalah, perkelahian, pembangunan, perkembangan ekonomi, kenaikan harga barang, perubahan sistem pentadbiran telah berlaku selama ini. Bagaimanakah anda menilai semua perkara itu? Siapakah yang layak diberi kuasa untuk mentadbir Malaysia? Apakah yang diperjuangkannya? Selaraskah ideologinya dengan budaya, pembangunan dan agama kita? Semuanya akan terjawab tidak lama lagi. Keputusan terletak pada tangan kita semua! Hukum mengundi adalah WAJIB! Kerana kita bersaing dengan pelbagai pihak daripada pelbagai bangsa dan agama. Dan kewajipan kita sebagai orang Islam semestinya memperjuangankan perundangan agama kita untuk terus dijadikan panduan dalam melaksanakan undang-undang di negara ini.

Bagaimana pendapat anda? Sudah tentu anda semua mempunyai idea yang berbeza-beza dengan pegangan dan pandangan anda sendiri tentang siapakah yang layak diberikan kuasa untuk mentadbir negara kita. Bagi saya segala perkara berkaitan perundangan dan pemerintahan negara haruslah berlandaskan Al-Quran dan Hadist. Dan hanya itulah pengangan saya sampai bila-bila. Tiada tolak ansur lagi dan tanpa kompromi! Anda mungkin berpendapat sama dengan saya. Tetapi anda sudah tentu mempunyai pandangan2 dan hujah2 lain yang mungkin boleh anda kongsikan di sini! Berikan pendapat anda. Kerana anda mungkin boleh menarik beberapa orang individu lain untuk menyertai anda dengan hujah dan penerangan yang kukuh dan berasas!

Potret PERCUMA Kini Dibuka Untuk Tempahan!!!

Ditulis oleh wan wma pada February 7th, 2008

Setelah lama menuggu, akhirnya tibalah masanya bermula hari ini, Khamis 07 Feb 2008 program untuk memberikan anda semua, pembaca budiman lukisan potret secara percuma!

Tempah Percuma sekarang sebelum terlambat! Hadiah ini hanya diberikan kepada beberapa orang sahaja. Tak semua yang akan dapat. Orang terawal yang membuat tempahan berkemungkinan besar akan dapat hadiah ini jika memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan!

Apakah syarat-syaratnya? atau pada gambar di atas untuk maklumat lanjut sekaligus untuk membuat tempahan percuma! Semoga Berjaya!! Hohoho..


Copyright © 2007 WanWmaBlog. All rights reserved.