The Queen’s Classroom

Ditulis oleh wan wma pada June 10th, 2008

Drama Jepun The Queen’s Classroom adalah drama terbaik pernah saya tonton. Cerita ni berjaya membuatkan saya menangis( benci!).

Mengisahkan cerita bagaimana seorang guru yang digelar “oni sensei”(guru dari neraka) mendidik pelajar mereka dengan cara yang pelik dan keras. Para pelajar mendapat tekanan yang hebat setiap kali berhadapan dengan guru ini. Kehebatannya sukar ditandingi. Beliau mendidik dengan menggunakan kekerasan dalam pembentukan psikologi dan persahabatan para pelajar. “Open your eyes!” adalah kata2 azimat yang sering digunakan untuk menasihati pelajarnya.

Bagi saya, cerita ini benar-benar cerita terbaik pernah saya tonton. Samada dari jalan cerita, perwatakan, motivasi dan pengambarannya. Mungkin kerana saya gemar cerita motivasi yang berkaitan dengan sekolah. Seperkara lagi, pendekatan yang dibawa hampir sama dengan apa yang saya lakukan ketika mengajar suatu masa dahulu.

Jika dibandingkan dengan drama Melayu yang ada sekarang, jurangnya sangat jauh. Drama Melayu sering memaparkan kisah hidup golongan kaya/miskin, kisah anak derhaka, kisah cinta dan cerita2 mengarut seperti Puteri, Dunia Anita dan Dunia Baru yang tiada faedahnya melainkan dari merosakkan minda, akhlak dan agama masyarakat kita. Hampir semua drama Melayu mempunyai jalan cerita yang sama dan membosankan. Saya tak kata semua drama Melayu teruk, tetapi majoritinya berada pada tahap yang cukup mengecewakan. Berubahlah…

Berbalik kita kepada drama di atas, saya amat menyarankan anda menonton drama tersebut. Anda boleh klik di sini (video dari crunchyroll) untuk menontonnya. Terdapat 11 episod semuanya dan 2 episod special berkaitan guru tersebut. Anda akan berkenalan dengan pelajar2 yang comel dan tabah. Anda akan berkenalan dengan guru yang cukup menggerikan jika anda seorang pelajar sekolah rendah. Anda akan belajar banyak motivasi kehidupan berkaitan persahabatan, keyakinan, keberanian, kejujuran dalam mengaku kesalahan dan sebagainya. Sekian saja ulasan saya, selamat menonton!

p/s: Jika anda menggunakan talian internet yang perlahan, anda boleh pause dahulu video dalam crunchyroll tu. Tunggu sehingga line berwarna kelabu penuh, barulah anda tonton balik dengan menekan butang play.

Saya Adalah Orang Yang Paling Gembira

Ditulis oleh wan wma pada May 19th, 2008

 

Begitulah tegas Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat berikutan keputusan Dr. Mahathir keluar UMNO hari ini. Beliau menyifatkan tindakkan bekas perdana menteri itu adalah langkah bijak dan jelas menunjukkan kelemahan pimpinan UMNO yang ada sekarang. Dr. Mahathir adalah icon kehebatan UMNO yang telah lama diperkatakan dan dikenali di seluruh dunia.

Sebagai seorang bijak pandai dan pemimpin yang begitu dihormati saya juga terkejut dengan jawapan Tuan Guru apabila ditanya adakah PAS sudi menerima Dr. Mahathir menyertai parti itu. Tuan Guru hanya menjawab dengan tenang dan bersahaja, “Saya amat-amat mengalukan kehadiran beliau. Sekiranya Dr. Mahathir menyertai PAS, PAS ibarat menumpang tuah yang besar dari seorang yang berpengalaman dan berpengatahuan luas.” Begitulah jawapan yang diberikan oleh Tuan Guru.

Saya amat kagum dan bangga dengan pendirian Tuan Guru. Beliau jelas sedikit pun tidak menaruh dendam terhadap Dr. Mahathir. Setiap apa yang difikirkannya adalah untuk kebaikan semua pihak. Apa yang diperjuangkan bukanlah untuk menjatuhkan sesiapa tetapi untuk memperbetulkan kesilapan yang telah dilakukan. Tuan Guru hanya mengimpikan negara Islam yang mengikut lunas-lunas Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan membenci atau menentang sesama Islam tanpa sebarang fakta seperti kata sesetengah orang, “Tuan Guru hanya memecah belahkan orang Melayu!” Kini kenyataan ini meleset sama sekali!

Apa Saja Guru Kata

Ditulis oleh wan wma pada May 16th, 2008

Video di atas adalah sedutan anime/drama Gokusen. Sebuah cerita menarik berkisarkan tentang perjalanan hidup seorang guru wanita yang bertanggungjawab mendidik pelajar-pelajarnya yang bermasalah

________________________________________________________

Ketika bersembang dengan rakan2 dirumah, tiba2 saya ternampak sebuah bekas air berwarna biru yang memberikan kenangan manis kepada saya 3 tahun yang lepas. Itulah dia bekas air yang saya terima sewaktu hari guru 2005. Ketika itu saya menjadi seorang guru di sebuah sekolah kebangsaan cina. Saya mengambil bekas itu dan menceritakan kepada rakan2 tentang bekas air itu. Mereka pun menjawab, “Setelah 3 tahun berlalu dan esok hari guru, baru kau ingat balik kat bekas tu!”. Saya agak terperanjat, saya tak ingat langsung 16 Mei adalah hari guru. Dari situ terdetiklah niat dihati saya untuk menulis artikel berkaitan guru. Namun saya membatalkan niat itu kerana kurang sihat.

Sambung baca artikel penuh »

Menjadi Insan Yang Dikasihi 2

Ditulis oleh wan wma pada May 10th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blog sekalian..

Kali ini saya akan menyambung kupasan artikel berkaitan tip-tip menjadi insan yang dikasihi. Sebagaimana yang anda sedia maklum, ada 10 langkah yang diperkenalkan untuk dituruti. Kita telah pun membincangkan 2 daripadanya pada artikel yang lepas. Hari ini kita akan sambung lagi 2 langkah.

Baik, langkah seterusnya ialah:

Sambung baca artikel penuh »

Kuasa Blogger

Ditulis oleh wan wma pada May 6th, 2008

Saya baru sahaja sebentar tadi menonton rancangan Hujah di TV9. Isu Hujah kali ini adalah berkaitan perkembangan blog dan bagaimana ia dapat mempengaruhi minda masyarakat Malaysia. Kuasa blog yang yang dimiliki oleh blogger2 tempatan telah berjaya mencetuskan perubahan pada PRU 12 baru-baru ini. Perkara ini telah menyebabkan blog dan blogger kini dipandang berat dan menjadi isu yang sedang hangat diperkatakan.

Ada dikalangan ahli politik atau sesiapa sahaja yang tidak senang dengan keadaan ini terasa terancam dengan kehadiran blog yang boleh menggugatkan kedudukan mereka. Bukan itu sahaja, mereka lebih bimbang jika blogger bertindak menfitnah dan menulis artikel yang tidak bertanggungjawab. Ini kerana kebebasan menulis/menyampaikan maklumat dalam media baru ini (blog) tidak ada sekatan, peraturan atau undang2 yang spesifik. Inilah yang dikatakan ‘zaman maklumat’. Maksud ‘zaman maklumat’ bukan bermakna semua maklumat itu betul, tetapi sesiapa pun bebas menyampaikan maklumat samada betul atau salah selagi mereka tidak diambil tindakan oleh undang2 yang mungkin masih belum wujud. Sambung baca artikel penuh »

Masa Untuk Jawab TAG!

Ditulis oleh wan wma pada May 5th, 2008

Setakat ini telah 3 kali saya di TAG oleh rakan2 blogger dan saya masih belum menjawab 1 TAG pun lagi. Kali ini saya akan menjawab semuanya dalam 1 post. Bolehkan? Hehehe…

Baik, TAG pertama yang saya terima, adalah datangnya daripada saudara emmet, kemudian daripada saudara AbdFatah dan yang ketiga datangnya juga daripada saudara emmet. TAG pertama berbunyi begini:

5 Perkara Pertama Dalam Hidup Anda!

Jawapan saya ialah: Sambung baca artikel penuh »

Malangnya Orang Islam Malaysia

Ditulis oleh wan wma pada April 16th, 2008

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi telah berkata bahawa sesiapa yang mahu meninggalkan Islam mestilah merujuk kepada pihak berkuasa agama, dan, jika mereka masih memilih untuk murtad, mereka hendaklah dibenarkan berbuat demikian. Sambung baca artikel penuh »

Anda Tidak Kenal Siapa Saya!

Ditulis oleh wan wma pada April 12th, 2008

Beberapa minggu yang lepas saya ada membaca beberapa komen dalam sebuah blog yang agak popular di kalangan peniaga internet. Saya yakin selain saya, masih ada ramai pembaca lain yang pernah membaca komen seperti tajuk di atas. Sambung baca artikel penuh »


Copyright © 2007 WanWmaBlog. All rights reserved.