Air Mata Rasulullah

Ditulis oleh wan wma pada September 3rd, 2008

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu,Rasulullah dengan suara terbatas memberikan Khutbah,
“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.
Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Sambung baca artikel penuh »

Alhamdulillah…

Ditulis oleh wan wma pada August 30th, 2008

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Setelah menghabiskan wang kurang lebih RM700, akhirnya saya telah berjaya memasuki kembali dunia online yang sudah hampir 1 bulan terpaksa saya tinggalkan. Pelbagai masalah timbul dari komputer, line dan router internet saya, semuanya rosak dalam masa yang sama. Pening saya dibuatnya..

Alhamdulillah..malam ini kita akan menyambut ketibaan detik bersejarah ulangtahun merdeka yang ke-51. Namun sayangnya, sambutan hari kemerdekaan ini sering diiringi dengan hiburan dan aktiviti yang melalaikan, pergaulan bebas, budaya memekik, lepak dan juga merupakan malam yang penuh keghairahan dikalangan mat rempit. Selain itu, muncul juga golongan extreme yang cuba mempamerkan diri dengan citarasa yang berlainan sehingga melanggar budaya, adat dan agama. Ini antara gambar remajaTerengganu ketika menyambut malam pengisytiharan Terengganu sebagai Bandaraya Persisir Air 1 Januari 2008 yang lepas. Gambar ini pernah saya siarkan dalam blog ini pada artikel terdahulu. Sambung baca artikel penuh »

Didik Anak Kita Mulai Sekarang

Ditulis oleh wan wma pada August 4th, 2008

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Ah, jangan salah faham. Saya masih belum punyai anak dan masih bujang. Post kali ini sekadar ingin berkongsi sedikit langkah dan pesanan dari para kekasih Allah tentang cara mendidik anak. Anak-anak adalah zuriat dan pewaris kita di masa hadapan. Meskipun kita telah meninggal dunia, saham yang dilakukan oleh anak-anak masih sampai kepada kita. Saham yang dimaksudkan ialah dosa atau pahala.

Beberapa tahun yang lepas saya pernah mendengar seorang ustaz mengajar. Ustaz itu menceritakan kisah Luqman Al Hakim. Sebagaimana yang kita semua tahu, Luqman adalah seorang hamba yang sangat taat kepada tuhan, beliau juga mempunyai anak yang baik budi perketinya, elok akhlak dan kuat imannya. Bagaimanakah Luqman mengajar anaknya? Soalan ini pernah ditanya oleh sahabat Luqman sendiri. Lalu Luqman menjawab: Sambung baca artikel penuh »

Belajar Senyum

Ditulis oleh wan wma pada August 1st, 2008

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Suatu masa dahulu saya sering mengalami masalah yang bagi saya ianya merupakan masalah teruk dan kritikal. Saya tiada tempat mengadu, saya tidak suka ceritakan masalah saya kepada orang lain termasuk keluarga saya sendiri. Perbuatan ini memberikan tekanan yang kuat kepada saya. Saya terpaksa berhadapan dengan pemikiran yang tidak menentu setiap kali masalah datang, sehingga kepala menjadi pening bagaikan nak gila..(huhuhu)

Saya berdoa kepada tuhan untuk membukakan pintu hati ini supaya tabah menghadapi sebarang masalah dan boleh menyelesaikannya. Namun, ada juga masalah yang kadangkala saya tidak dapat selesaikannya kecuali terus berhadapan dengan tenang dan sabar. Lalu, dalam kebingungan saya menemui satu sinar. Alhamdulillah..Allah telah menunjukkan saya satu langkah mudah untuk bertenang. Sambung baca artikel penuh »

Belajar Menangis

Ditulis oleh wan wma pada July 25th, 2008

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam semua…marilah kita duduk dan merenung sedetik, tanyakan kepada diri…”Wahai diriku yang jahil, berapa kali aku menangis kerana mengharapkan keredhaan Allah? Berapa kali aku menangis kerana bersyukur atas segala nikmat yang tuhan kurniakan kepada ku setiap hari? Berapa kali aku menangis kerana takutkan pembalasan di atas segala dosa-dosa yang pernah aku lakukan?”

Tentu kita semua mempunyai jawapan yang berbeza, biarlah..tak apa. Semua itu adalah perkara yang dah lepas. Apa yang perlu kita buat adalah sekarang. Hari ini adalah anugerah, esok adalah misteri, kelmarin adalah sejarah…ambil cermin dan perhatikan wajah anda. Renungkan dalam-dalam dan cuba keluarkan air mata anda. Menangis, fikirkan sesuatu yang boleh membuatkan anda menangis…usahakan sampai berjaya..apabila sudah berjaya, sebutkan kata2 ini “Ya Allah, tangisan ini adalah latihan untuk aku menghadapmu!” Sambung baca artikel penuh »

Nasihat Mok Wan…

Ditulis oleh wan wma pada July 21st, 2008

Bacala nasihat Mok Wan nii….

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Renungkanlah Sedalam-dalamnya

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan..

Hanya belum sampai masanya.

Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang.

Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita.

Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat solat.

Allah mendengar. Sambung baca artikel penuh »

Neraka Juga Untuk Orang Sembahyang

Ditulis oleh wan wma pada June 14th, 2008

Salam semua..

Sebagaimana yang kita semua tahu, Neraka adalah tempat hukuman dan balasan bagi orang-orang yang ingkar kepada tuhan. Kita juga tahu bahawa terdapat tingkat-tingkat tertentu bagi Neraka. Tingkat-tingkat neraka ini diberikan nama-nama tertentu sesuai dengan seksaan yang bakal diterima. Dalam semua tingkat-tingkat neraka ini terdapat satu neraka yang disediakan khas untuk orang yang sembahyang. Neraka ini ialah Neraka Wel (saya tak tau macam mana ejaan yang betul).

Kenapa neraka ini disediakan untuk orang yang sembahyang. Kerana di sinilah tempatnya kita sebagai seorang umat Islam yang menunaikan sembahyang perlu sentiasa menginsafi diri. Jangan menyangka bahawa dengan hanya menunaikan sembahyang kita telah terselamat dari azab api neraka. Sembahyang adalah tiang agama dan amalan pertama yang akan disoal ketika di alam akhirat kelak. Jika sempurna sembahyang seseorang, sempurnalah segala kehidupannya.

Siapakah orang yang sembahyang tetapi tetap dimasukkan di dalam Neraka Wel? Mereka adalah orang-orang yang apabila sembahyang, mereka tidak menjaga tatatertib. Tiada ilmu berkenaan sembahyang. Jangan sekadar berkata, “Aku tak tahu tak apa!” orang yang layak berkata demikian adalah orang yang sedang belajar, tetapi masih belum didedahkan sesetengah perkara yang dia tidak ketahui. Sebaliknya bagi orang yang tidak belajar, mereka akan bergelumang dengan dosa yang mereka sendiri tidak ketahui.

Orang yang sembahyang kerana inginkan pujian dari orang lain. Tiada nilainya sembahyang/solat orang-orang seperti ini. Selain itu orang yang tidak khusyuk dalam solat. Pahala yang dikurniakan dalam solat bergantung kepada berapa lama seseorang itu mengingati tuhan. Jika hanya satu rakaat, maka satu rakaatlah pahala yang diberikan. Adakah nilai ini cukup untuk kita bawa bersama sebagai pelindung kita di akhirat kelak?

Orang yang sentiasa melewat-lewatkan sembahyang sehingga hujung waktu tanpa ada keuzuran. Para ulamat menyatakan bahawa boleh melewat-lewatkan sembahyang jika ada keuzuran seperti sakit tenat kerana susah untuk bangun dan sebagainya. Orang seperti ini dibenarkan solat dihujung waktu, sebagai contoh, sebaik sahaja solat Zohor pada hujung waktu, kemudian dia boleh terus menunaikan solat asar yang baru masuk waktu. Keadaan ini meringankan sedikit bebannya untuk solat. Namun, bagi orang yang tiada keuzuran, melewat-lewatkan solat sehingga hujung waktu adalah haram dan Neraka Wel adalah tempat orang-orang seperti ini.

Sekadar itu sahaja perkongsian saya dengan anda kali ini. Saya bukanlah seorang ustaz yang mahir akan selok-belok agama. Namun, perkongsian, pesanan dan peringatan perlu diberikan walaupun sedikit. Carilah ilmu (agama) kerana kita akan menyesal sekiranya kita melakukan dosa yang kita sendiri tidak tahu. Dosa yang tidak diketahui hanya akan terhapus sekiranya kita sentiasa belajar ilmu agama. Selalulah hadir dalam majlis-majlis agama, kuliah2 di surau dan Masjid. Jadilah orang beriman dan bertaqwa. Insyaallah…kita akan selamat di dunia dan di akhirat.

Perasaan Gemuruh

Ditulis oleh wan wma pada June 2nd, 2008

Blog ini selalu dikunjungi daripada perkataan di atas yang di cari melalui search engine. Mungkin ramai orang tercari-cari bagaimana caranya mengatasi perasaan gemuruh. Perasaan gemuruh ni tidak jauh bezanya dengan perasaan takut yang kita bincangkan dalam post yang lepas. Bagaimanapun ia memang ada kelainannya.

Perkara pertama yang perlu anda ketahui adalah kenapa anda sering mengalami perasaan gemuruh? Mungkin ada sesetengah orang merasa gementar apabila diberi peluang untuk bercakap depan orang ramai atau semasa melakukan presentation. Ada juga yang rasa gemuruh apabila bertemu dengan polis sedangkan dia mempunyai dokumen yang lengkap dan tidak melakukan sebarang kesalahan. Ada juga yang lagi pelik, dia duduk sorang2 pun dia boleh rasa takut, sedih dan gementar…

Mungkin pelbagai tip-tip motivasi telah anda pelajari namun masih juga tidak berkesan. Kali ini saya bagi tip yang sedikit berbeza. Tahukah anda bahawa perasaan gemuruh berpunca dari debaran jantung yang berdenyut kencang semasa anda merasa takut? Kelajuan denyutan jantung yang tidak stabil ini memerlukan oksigen yang banyak dan lancar untuk diproses. Jantung kita berdenyut untuk mengepam oksigen dan darah. Jika perjalanan oksigen dan darah ini kurang lancar, anda akan terasa nafas seolah-olah tersekat-sekat dan menyebabkan anda bernafas dengan lebih laju. Keadaan ini menjadikan badan anda mengigil dan terketar-ketar.

Akibatnya, jantung yang berdenyut kencang dan  badan yang kuat mengigil menjadikan anda kaku tidak mampu untuk berkata-kata dengan sempurna (penoton pun mula memerhatikan anda sambil senyum sinis membuatkan anda semakin tidak keruan). Anda berkata dalam hati, ‘Arghhh!!! Kenapa dengan aku ni! Relaks la! Relask la!!!

Kejadian di atas memang merupakan mimpi ngeri yang anda sesekali tidak mahu lalui. Sebab itulah anda search internet dan cari artikel tentang perasaan gemuruh. Jadi apakah jalan penyelesaiannya? Jawapannya mudah! Anda memerlukan VITAMIN B COMPLEX! Betul, walaupun anda dah banyak belajar motivasi yang berkaitan, tetapi anda mungkin tidak dapat mengawal denyutan jantung anda yang kencang. Anda sebenarnya kekurangan vitamin B dalam badan. Lengkapkan ia supaya badan anda boleh berfungsi dengan stabil dan sempurna. Jika anda mengikut saranan saya, saya tidak jamin perasaan takut anda boleh hilang, tetapi anda boleh mengawal perasaan itu jika badan anda tidak mengigil dan berada dalam keadaan selesa. Anda akan menjadi lebih yakin dan berani. Lama-kelamaan perasaan takut anda akan hilang begitu saja.

Tip ini adalah pengalaman saya sendiri dan saya tahu ia amat berkesan. Semoga berjaya!


Copyright © 2007 WanWmaBlog. All rights reserved.