Kuasa Keputusan

Ditulis oleh wan wma pada November 8th, 2008

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Pertama sekali saya ingin minta maaf kerana telah lama tidak menulis dalam blog ini, bukan sibuk yang menjadi penghalang, tetapi line internet yang tak ada. Baik, apa agaknya yang ada pada sebuah keputusan? 

Seorang bos memanggil seorang pekerjanya yang baru dilantik menjadi leader, beliau memberikan pesanan ringkas yang cukup membina untuk seorang leader. Beliau berkata,

“As a Leader, you have made a decision! Don’t worry about true or false, it can be fix after you see the result!”

“Sebagai seorang ketua, awak perlu membuat keputusan! Jangan bimbang samada keputusan itu betul atau salah, ianya boleh dibaiki selepas melihat hasil dari keputusan yang dibuat!”

Sesiapa pun kita, samada menjadi ketua atau tidak, kita tetap perlu mengetuai atau memimpin diri sendiri. Jika kita tidak boleh membuat keputusan untuk menetapkan sesuatu langkah, bagaimana kita boleh surveys dalam hidup ini?

Memang kadang-kadang kita mengalami keadaan sukar untuk menetapkan sesuatu keputusan, kita takut keputusan yang kita buat itu silap, kita takut kita dipertanggungjawabkan di atas keputusan yang dibuat dan macam-macam lagi. Namun, kita perlu tahu, Kuasa Keputusan bukan terletak pada keputusan yang dibuat, tetapi terletak pada hasil yang terjadi. Dengan hasil itulah kita boleh bertindak dengan lebih bijak samada meneruskan keputusan yang dibuat atau pun membaiki keputusan yang tersilap.

Tetapi sayang, ramai orang takut hendak membuat keputusan kerana takut akan hasil yang bakal mereka tempuhi. Sedangkan di situlah sebenarnya terletaknya kuasa keputusan. Di situlah persimpangan untuk kita meningkatkan prestasi diri dan di situlah lahirnya seorang pemimpin, jutawan, pakar motivasi dan sebagainya. 

Disebabkan itu, jangan sesekali takut hendak membuat keputusan. Betul atau salah bukan bukti untuk menunjukkan kita seorang yang gagal, tetapi ia bermaksud kita seorang yang berani dan sanggup belajar untuk membaiki kesilapan yang dibuat.

“Buatlah keputusan! Tidak kira apa hasilnya, berani dan bertanggungjawablah atas keputusan yang ditetapkan. Kerana di sinilah lahirnya seorang pemimpin!”

wanwma

Kenapa Bekerja Begitu Tekun?

Ditulis oleh wan wma pada October 24th, 2008

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Seorang kawan saya bertanya, “Mat, kenapa engkau kerja kuat sangat? Aku tengok hidup kau tak de benda lain kecuali kerja dan mengadap tuhan jer. Siang hari kerja, malam hari kerja, hari cuti pun kau kerja!” lebih kurang macam tu la bunyinya soalan dia. Em..betul jugak apa yang dikatakannya. Tapi dia sebenarnya dah salah faham. Saya sebenarnya tak bekerja, saya sedang bermain dan melakukan perkara berfaedah, hobi dan cita-cita saya.

Ramai sebenarnya orang silap faham, mereka nampak seolah-olah saya begitu tekun bekerja dan kuat berusaha. Adakah anda rasa jika anda suka melukis dan melukis setiap hari dikira sebagai bekerja? Atau anda rasa jika anda suka lepak, kemudian anda lepak setiap hari dikira sebagai bekerja keras? Ehem, tak tak? Pelik bunyinya, betul tak?

Sama saja seperti apa yang saya sedang lakukan sekarang. Saya cuma lakukan apa yang saya suka. Saya cuma bermain-main dengan hobi saya, saya tak rasa pun apa yang saya buat ini adalah bekerja. Itulah sebenarnya perkara yang sama anda perlu terapkan dalam diri anda untuk mencintai kerja anda. Saya sebenarnya ada membaca satu ungkapan dari seorang yang agak terkenal, tetapi saya lupa siapa orang itu. Dah lama saya sematkan kata-katanya. Dulu saya kurang faham apa maksud sebenar kata-katanya, namun kini saya rasa amat memahaminya. Kata-kata itu berbunyi begini:

“Buatlah kerja yang anda suka, nescaya anda tak perlu bekerja walaupun sehari!”

Percaya atau tidak itulah apa yang saya rasa sekarang. Walau bagaimanapun, saya boleh beri penuh tumpuan kepada apa yang saya lakukan ketika ini kerana masih belum ada komitmen terhadap keluarga. Masa dan keadaan boleh berubah, kita pun akan berubah. Timbang-timbangkanlah masa untuk keluarga, ibadat, kesihatan dan sebagainya mengikut keperluan. Tapi pastikan anda turut sama dalam mencari atau melakukan kerja yang anda suka, tentu anda akan sangat gembira walaupun kadang2 penat dalam menyiapkan kerja anda.

Satu lagi nasihat saya, janganlah terlalu merungut dengan kerja yang anda ada sekarang, tetapi jangan juga rasa terlalu selesa. Kita mesti sentiasa meningkatkan kejayaan diri. Namun, jika anda dari kalangan orang yang suka merungut, cubalah lihat gambar-gambar di bawah..

 

Pecah Dara Tanda Cinta

Ditulis oleh wan wma pada October 18th, 2008

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Tajuk di atas adalah tajuk perbincangan dalam Wanita Hari Ini di TV3 semalam. Saya tidak mahu berbicara panjang tentang perkara ini sebab saya sendiri pun masih belum menonton sepenuhnya apakah perbincangan yang dihuraikan. Anda boleh terus menonton siri ini di laman web rasmi tv3. Saya nak ulas dengan lebih lanjut pun masih tak sempat buat masa sekarang…kena sambung kerja lagi.

Namun, ingin saya mendapatkan pandangan dan nasihat anda berkaitan perkara di atas. Adakah pecah dara menandakan cinta? Atau menandakan iman seorang perempuan itu begitu lemah?

Berlagak - Bukan Cara Hidup

Ditulis oleh wan wma pada September 17th, 2008

Semalam, selepas balik dari meeting kat Kemaman, pengurus saya cakap, “Susah nak cari Director yang bagus kat KL. Mereka kalau dah pandai sombong, kalau tak pandai lagi la sombong!”. Saya menyampuk, “Apa boleh buat, mereka dah anggap perkara itu seolah-olah merupakan cara hidup yang perlu mereka lakukan!”

Kitaorang sebenarnya sedang menghasilkan drama sains fiksyen yang akan ditayangkan kat Astro sekiranya berjaya tak lama lagi. Untuk itu kami memerlukan director yang bagus dan boleh bekerjasama dengan baik. Tapi mengikut pengalaman pengurus saya, dia sudah bosan bekerjasama dengan director yang ada kat KL, mereka majoritinya sombong dan berlagak.

Sombong dan berlagak sebenarnya tidak diperlukan langsung untuk menunjukkan kemahiran, kewibawaan dan karisma kita. Bukan lagak kita seperti seorang director yang diambil kira oleh orang sebaliknya hasil kerja kita. Dalam situasi atau posisi mana pun kita berada, kita tidak perlu berlagak untuk melahirkan rasa hormat orang kepada kita, sebaliknya tunjukkan sifat humble atau rendah diri.

Lebih parah lagi pada zaman sekarang ada orang telah menganggap berlagak itu adalah suatu cara hidup. Mereka seolah-olah berkata, “Kalau kita orang bandar, tunjukkan yang kita ni orang bandar, kalau kita bos, berlagak la macam bos, kalau kita pandai, tunjukkan yang kita ni pandai, kalau kita hebat, tunjukkan kehebatan kita kepada orang ramai!” Menunjukkan kemahiran, menjalankan tanggungjawab sebagai bos tidak salah, yang salah adalah menunjuk-nunjuk dan berlagak seolah-olah hanya kita seorang yang pandai, hebat dan tahu semua perkara

Sombong, berlagak, angkuh dan sebagainya bukanlah cara hidup, ia adalah sikap yang membentuk diri kita. Berhati-hatilah dengan situasi ini…anda mungkin sedang berada dalam persekitaran orang-orang yang demikian…

Mengatasi Musuh Di Pejabat

Ditulis oleh wan wma pada September 13th, 2008


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Berbalik kepada topik yang kita bincangkan sebelum ini, kita telah tahu beberapa perkara yang berkaitan dengan musuh dipejabat yang saya maksudkan. Kali ini mari kita semak balik bagaimanakah cara mengatasi masalah ini. Ehem..sebelum saya lupa, ingin juga saya nyatakan bahawa perkara ini bukan hanya berlaku di pejabat, malah di tempat belajar seperti universiti2 dan pelajar sekolah pun ramai yang menghadapi masalah seperti ini.

Perkara pertama yang perlu kita tahu adalah kenapa wujudnya musuh? Sebabnya adalah kerana wujudnya kita. Kita tidak akan mempunyai musuh sekiranya kita sendiri pun tidak ada pada satu-satu tempat itu. Jelaslah bahawa wujudnya musuh atau saingan atau orang yang benci kepada kita adalah kerana wujudnya kita. Jadi, dapatlah kita tahu di sini bahawa sebenarnya musuh itu bukannya orang lain, tetapi diri kita sendiri. Kita boleh bersikap supaya orang sentiasa menyukai kita, tetapi kenapa kita bersikap sebaliknya? Mungkin anda berkata, “Macam manalah nak buat supaya semua orang suka kepada kita? Itu perkara mustahil!” Ya, benar! Saya setuju, jangankan kita, Nabi kita yang paling mulia di dunia ni pun masih ada orang yang bencikan baginda. Sambung baca artikel penuh »

Musuh Di Pejabat

Ditulis oleh wan wma pada September 7th, 2008

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Masalah di pejabat? Umumnya apabila mendengar persoalan tentang masalah di pejabat biasanya ia dikaitkan dengan kerja atau tugas yang dipertanggungjawabkan. Tetapi sebaliknya masalah yang menjadi suatu fanomena yang hampir tidak boleh dielakkan adalah soal hubungan rakan pejabat. Seringkali berlaku pertelingkahan, umpat-mengumpat, bodek-membodek dan macam-macam karenah lagi yang kita tidak dapat hindari.

“Kita tidak boleh mengubah orang lain, tetapi kita boleh mengubah diri sendiri.”

“Kita tidak boleh mengubah orang lain, tetapi kerana kita orang lain boleh berubah.”

-wan wma

Apa yang ingin saya bicarakan di sini adalah berkaitan rakan pejabat yang kadang-kala menjadi musuh kepada kita. Kalau tidak menjadi musuh pun sekurang-kurangnya ada beberapa orang yang membenci kita atau tidak senang dengan kedudukan kita. Persoalannya kenapa perkara ini berlaku? Jawapan mudahnya adalah kerana kita semua manusia, tidak terlepas dari lumrah seumpama ini. Walau bagaimanapun kita mempunyai pilihan dan peluang untuk memperbaiki keadaan ini. Sebelum itu mari kita semak apakah perkara yang biasa berlaku, Sambung baca artikel penuh »

Didik Anak Kita Mulai Sekarang

Ditulis oleh wan wma pada August 4th, 2008

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Ah, jangan salah faham. Saya masih belum punyai anak dan masih bujang. Post kali ini sekadar ingin berkongsi sedikit langkah dan pesanan dari para kekasih Allah tentang cara mendidik anak. Anak-anak adalah zuriat dan pewaris kita di masa hadapan. Meskipun kita telah meninggal dunia, saham yang dilakukan oleh anak-anak masih sampai kepada kita. Saham yang dimaksudkan ialah dosa atau pahala.

Beberapa tahun yang lepas saya pernah mendengar seorang ustaz mengajar. Ustaz itu menceritakan kisah Luqman Al Hakim. Sebagaimana yang kita semua tahu, Luqman adalah seorang hamba yang sangat taat kepada tuhan, beliau juga mempunyai anak yang baik budi perketinya, elok akhlak dan kuat imannya. Bagaimanakah Luqman mengajar anaknya? Soalan ini pernah ditanya oleh sahabat Luqman sendiri. Lalu Luqman menjawab: Sambung baca artikel penuh »

Belajar Senyum

Ditulis oleh wan wma pada August 1st, 2008

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Suatu masa dahulu saya sering mengalami masalah yang bagi saya ianya merupakan masalah teruk dan kritikal. Saya tiada tempat mengadu, saya tidak suka ceritakan masalah saya kepada orang lain termasuk keluarga saya sendiri. Perbuatan ini memberikan tekanan yang kuat kepada saya. Saya terpaksa berhadapan dengan pemikiran yang tidak menentu setiap kali masalah datang, sehingga kepala menjadi pening bagaikan nak gila..(huhuhu)

Saya berdoa kepada tuhan untuk membukakan pintu hati ini supaya tabah menghadapi sebarang masalah dan boleh menyelesaikannya. Namun, ada juga masalah yang kadangkala saya tidak dapat selesaikannya kecuali terus berhadapan dengan tenang dan sabar. Lalu, dalam kebingungan saya menemui satu sinar. Alhamdulillah..Allah telah menunjukkan saya satu langkah mudah untuk bertenang. Sambung baca artikel penuh »


Copyright © 2007 WanWmaBlog. All rights reserved.