Ditulis oleh wan wma pada April 1st, 2008

Pentingkah mengingati nama? Ehem? Jangan tanya orang lain! Cuba tanya diri anda sendiri, apakah perasaan anda apabila orang yang baru anda kenali beberapa minit yang lepas sudah mengingati dan mengulang sebut nama anda setiap kali bercakap dengan anda? Gembira bukan! Sebagaimana mana pentingnya mengingati nama, sebegitulah pentingnya nama seseorang itu dikenali. Apa maksudnya? Contohnya, baru2 ini anda telah pun selesai pergi menunaikan tanggungjawab anda, pergi mengundi. Dari mana agaknya anda mengenali calon2 yang anda undi itu? Dari pengalamannyakah? Dari percakapannyakah? Dari perwatakannyakah? Atau dari namanya? Tentu sahaja namanya, kan! Sambung baca artikel penuh »
Ditulis oleh wan wma pada March 21st, 2008

Memperkenalkan diri adalah suatu perkara asas dalam kehidupan kita dan ianya tidaklah menjadi masalah untuk dilakukan dalam keadaan biasa. Tetapi bagaimana pula keadaannya sekiranya anda berada di atas pentas yang dikelilingi oleh ratusan orang pendengar? Anda dijemput secara mengejut untuk memberikan ucapan. Mungkin anda akan terketar-ketar jika tidak biasa memberikan ucapan di khalayak ramai. Walau bagaimanapun anda tetap perlu bersuara dan memperkenalkan diri anda. Saya tidak akan bincangkan cara-cara nak hilangkan perasaan gemuruh di sini tetapi teknik bagaimana memperkenalkan diri anda semasa memberikan ucapan. Teknik memperkenalkan diri ini juga sesuai digunakan semasa anda bercakap secara one on one.
Baik, pertama sekali anda perlulah mengucapkan salam tanda penghargaan anda kepada hadirin atau orang dihadapan anda. Mengucapkan salam juga adalah satu langkah yang amat baik untuk menghilangkan perasaan gemuruh. Sebaik sahaja anda ingin menyebut nama anda, anda mungkin akan berkata begini: Sambung baca artikel penuh »
Recent Comments