KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi telah berkata bahawa sesiapa yang mahu meninggalkan Islam mestilah merujuk kepada pihak berkuasa agama, dan, jika mereka masih memilih untuk murtad, mereka hendaklah dibenarkan berbuat demikian. Sambung baca artikel penuh »
Kali ini saya ingin menjawab tag yang dikata oleh saudara Apisz kepada saya. Tajuknya adalah seperti di atas. Namun, sebelum saya terus menjawab saya ingin membuat sedikit pembetulan kepada entri saya yang lepas tentang ‘memperkenalkan diri’. Sedikit kesalahan tentang 3 prinsip yang saya berikan. 3 Prinsip yang sepatutnya adalah 3P, iaitu: Sambung baca artikel penuh »
Baginda Nabi Muhammad s.a.w adalah pemimpin agung yang maksum daripada segala dosa, menunjukkan jalan kebenaran dan berjuang menegakkan agama Allah. Namun, disaat kematiannya, saidina Ali menyebut, beliau masih ingat wajah pemimpin agung itu yang terkumat kamit membaca doa kepada Allah kerana kesakitan. Baginda meminta Aisyah membawa sejeluk air untuk diusapkan ke wajahnya lalu berdoa “Ya Allah ya tuhanku, tolong ringankan aku daripada berperang dengan azab Sakaratul Maut!” Sambung baca artikel penuh »
Walaupun PRU12 sudah tamat, tetapi bukan maksud saya untuk mengetengahkan isu politik di sini. Saya terpanggil untuk memaparkan video ini untuk kita sama2 mengambil iktibar. Sikap kurang ajar mentafsir agama Islam mengikut fikiran dan logik akal ini perlu dijauhi. Anda boleh berkata apa sahaja untuk meraih undi, tetapi jangan sesekali mempermainkan agama Islam. Bukan sahaja agama kita, tetapi kita juga tidak boleh sesekali mempermainkan agama lain. Inikah sikap bakal pemimpin kita? Sekiranya anda mendengar orang mencemuh pemimpin anda, anda meleting, tetapi apa perasaan anda apabila agama anda dipermainkan? Adakah sekadar bersorak dan menjadi bahan tawa?
Dalam musim pilihanraya yang sedang berlangsung ini saya agak suka menonton video2 yang berkaitan dengan ceramah2 politik, maklumlah…sebagai rakyat Malaysia kita perlu mengundi dan memilih pihak mana yang bakal memerintah negara kesayangan kita ini. Jadi kita seharusnya membuat kajian dan mencari pengatahuan tentang kebaikan dan keburukan setiap parti yang ingin dipilih. Di sini ingin sekali saya kongsikan dengan anda sebuah video tentang Pengakuan Tun Dr. Mahathir bahawa dia menzalimi Anwar IbrahimdanAnwar Ibrahim sebenarnya tidak bersalah!!!
Jika benar ianya kebetulan, maka kebetulan ini sungguh dahsyat. Bagaimana sebuah masjid boleh kelihatan seperti sebuah tokong? Ini adalah gambar yang diambil daripada sebuah klip video yang dirakamkan oleh seorang pengunjung ketika menaiki bot. Masjid yang anda lihat sekarang adalah Masjid Kristal yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Saya sendiri hairan kenapa Masjid yang kita tidak boleh mendirikan sembahyang Jumaat ini dipanggil Masjid. Malah setahu saya, anda perlu bayar untuk masuk kedalam Masjid ini. Betulkan saya jika saya tersilap!
Kini, video atau paparan ini sedang hangat diperkatakan dan diperbualkan oleh masyarakat negeri ini. Gambar ini adalah gambar sebenar dan bukannya ditokok -tambah atau pun diubah dengan menggunakan sebarang perisian, melainkan tulisan dan line merah. Sahabat…fikirkan, kenapa sebuah Masjid yang mulia kelihatan seperti sebuah tokong walaupun hanya secara kebetulan? Adakah tempat yang mulia lagi suci ini layak untuk menerima kebetulan yang sama dengan tokong? Mungkin tuhan mahu kita berfikir….
Recent Comments