Didik Anak Kita Mulai Sekarang

Ditulis oleh wan wma pada August 4th, 2008

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Ah, jangan salah faham. Saya masih belum punyai anak dan masih bujang. Post kali ini sekadar ingin berkongsi sedikit langkah dan pesanan dari para kekasih Allah tentang cara mendidik anak. Anak-anak adalah zuriat dan pewaris kita di masa hadapan. Meskipun kita telah meninggal dunia, saham yang dilakukan oleh anak-anak masih sampai kepada kita. Saham yang dimaksudkan ialah dosa atau pahala.

Beberapa tahun yang lepas saya pernah mendengar seorang ustaz mengajar. Ustaz itu menceritakan kisah Luqman Al Hakim. Sebagaimana yang kita semua tahu, Luqman adalah seorang hamba yang sangat taat kepada tuhan, beliau juga mempunyai anak yang baik budi perketinya, elok akhlak dan kuat imannya. Bagaimanakah Luqman mengajar anaknya? Soalan ini pernah ditanya oleh sahabat Luqman sendiri. Lalu Luqman menjawab: Sambung baca artikel penuh »

Belajar Menangis

Ditulis oleh wan wma pada July 25th, 2008

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam semua…marilah kita duduk dan merenung sedetik, tanyakan kepada diri…”Wahai diriku yang jahil, berapa kali aku menangis kerana mengharapkan keredhaan Allah? Berapa kali aku menangis kerana bersyukur atas segala nikmat yang tuhan kurniakan kepada ku setiap hari? Berapa kali aku menangis kerana takutkan pembalasan di atas segala dosa-dosa yang pernah aku lakukan?”

Tentu kita semua mempunyai jawapan yang berbeza, biarlah..tak apa. Semua itu adalah perkara yang dah lepas. Apa yang perlu kita buat adalah sekarang. Hari ini adalah anugerah, esok adalah misteri, kelmarin adalah sejarah…ambil cermin dan perhatikan wajah anda. Renungkan dalam-dalam dan cuba keluarkan air mata anda. Menangis, fikirkan sesuatu yang boleh membuatkan anda menangis…usahakan sampai berjaya..apabila sudah berjaya, sebutkan kata2 ini “Ya Allah, tangisan ini adalah latihan untuk aku menghadapmu!” Sambung baca artikel penuh »

Utamakan Yang Utama

Ditulis oleh wan wma pada July 12th, 2008

Assalamualaikum…

Dapatkan sebatang pen, marker atau pensil dan sekeping kertas. Kemudian tulis besar-besar persoalan di bawah:

“Adakah perkara yang aku buat sekarang adalah perkara yang paling perlu aku buat sekarang?”

Tampalkan pada dinding atau mana-mana tempat yang paling mudah anda lihat. Tanyakan kepada diri sendiri soalan yang tertulis. Adakah anda sedang buat perkara yang paling perlu anda buat sekarang? Jika tidak, apa kata selepas anda baca post yang saya tulis ini, anda terus lakukan perkara yang paling utama yang perlu anda lakukan sekarang.

Sebagai seorang individu yang cemerlang, kita seharusnya pandai membezakan perkara utama dan perkara yang terkemudian. Sebagai langkah pertama, sekiranya anda tidak pernah mengasingkan kerja yang perlu dilakukan, adalah lebih baik anda mula menyenaraikan kerja2 anda mengikut keutamaan mulai sekarang. Tuliskan di atas kertas apakah kerja yang perlu anda lakukan hari ini. Kemudian senaraikan perkara utama dan perkara yang kemudian dengan meletakkan huruf A bagi perkara yang teramat penting, B bagi perkara penting dan c bagi perkara yang sederhana penting. Elakkan dari melakukan perkara yang tiada kepentingan langsung dalam hidup anda. Kerana ia tiada gunanya melainkan pembaziran masa yang amat merugikan.

“Demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, melainkan mereka yang berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran.”

Satu contoh membezakan perkara utama dan perkara terkemudian antaranya adalah menyahut panggilan ibubapa. Tiada sebarang kerja yang kita lakukan yang lebih penting dari menyahut panggilan ibubapa kita. Termasuklah ketika sembahyang sunat. Kita diwajibkan berhenti sembahyang sunat sekiranya terdengar ibubapa memanggil kita. Menyahut panggilan ibubapa hukumnya adalah wajib. Dalam sembahyang wajib pun kita perlu memperkuatkan bacaan doa/zikir( perlu niat zikir ketika membaca dengan kuat) untuk menyatakan yang kita sedang sembahyang kepada ibubapa kita. Jangan biarkan hati mereka terguris kerana menganggap kita biadap disebabkan tidak menjawap panggilan mereka.

Rebutlah 5 masa sebelum tiba 5 masa:

Masa mudamu sebelum tua.

Masa sihatmu sebelum sakit.

Masa kayamu sebelum fakir.

Masa hidupmu sebelum mati. 

Maksud hadis- Riwayat Bukhari 

Neraka Juga Untuk Orang Sembahyang

Ditulis oleh wan wma pada June 14th, 2008

Salam semua..

Sebagaimana yang kita semua tahu, Neraka adalah tempat hukuman dan balasan bagi orang-orang yang ingkar kepada tuhan. Kita juga tahu bahawa terdapat tingkat-tingkat tertentu bagi Neraka. Tingkat-tingkat neraka ini diberikan nama-nama tertentu sesuai dengan seksaan yang bakal diterima. Dalam semua tingkat-tingkat neraka ini terdapat satu neraka yang disediakan khas untuk orang yang sembahyang. Neraka ini ialah Neraka Wel (saya tak tau macam mana ejaan yang betul).

Kenapa neraka ini disediakan untuk orang yang sembahyang. Kerana di sinilah tempatnya kita sebagai seorang umat Islam yang menunaikan sembahyang perlu sentiasa menginsafi diri. Jangan menyangka bahawa dengan hanya menunaikan sembahyang kita telah terselamat dari azab api neraka. Sembahyang adalah tiang agama dan amalan pertama yang akan disoal ketika di alam akhirat kelak. Jika sempurna sembahyang seseorang, sempurnalah segala kehidupannya.

Siapakah orang yang sembahyang tetapi tetap dimasukkan di dalam Neraka Wel? Mereka adalah orang-orang yang apabila sembahyang, mereka tidak menjaga tatatertib. Tiada ilmu berkenaan sembahyang. Jangan sekadar berkata, “Aku tak tahu tak apa!” orang yang layak berkata demikian adalah orang yang sedang belajar, tetapi masih belum didedahkan sesetengah perkara yang dia tidak ketahui. Sebaliknya bagi orang yang tidak belajar, mereka akan bergelumang dengan dosa yang mereka sendiri tidak ketahui.

Orang yang sembahyang kerana inginkan pujian dari orang lain. Tiada nilainya sembahyang/solat orang-orang seperti ini. Selain itu orang yang tidak khusyuk dalam solat. Pahala yang dikurniakan dalam solat bergantung kepada berapa lama seseorang itu mengingati tuhan. Jika hanya satu rakaat, maka satu rakaatlah pahala yang diberikan. Adakah nilai ini cukup untuk kita bawa bersama sebagai pelindung kita di akhirat kelak?

Orang yang sentiasa melewat-lewatkan sembahyang sehingga hujung waktu tanpa ada keuzuran. Para ulamat menyatakan bahawa boleh melewat-lewatkan sembahyang jika ada keuzuran seperti sakit tenat kerana susah untuk bangun dan sebagainya. Orang seperti ini dibenarkan solat dihujung waktu, sebagai contoh, sebaik sahaja solat Zohor pada hujung waktu, kemudian dia boleh terus menunaikan solat asar yang baru masuk waktu. Keadaan ini meringankan sedikit bebannya untuk solat. Namun, bagi orang yang tiada keuzuran, melewat-lewatkan solat sehingga hujung waktu adalah haram dan Neraka Wel adalah tempat orang-orang seperti ini.

Sekadar itu sahaja perkongsian saya dengan anda kali ini. Saya bukanlah seorang ustaz yang mahir akan selok-belok agama. Namun, perkongsian, pesanan dan peringatan perlu diberikan walaupun sedikit. Carilah ilmu (agama) kerana kita akan menyesal sekiranya kita melakukan dosa yang kita sendiri tidak tahu. Dosa yang tidak diketahui hanya akan terhapus sekiranya kita sentiasa belajar ilmu agama. Selalulah hadir dalam majlis-majlis agama, kuliah2 di surau dan Masjid. Jadilah orang beriman dan bertaqwa. Insyaallah…kita akan selamat di dunia dan di akhirat.

Saya Adalah Orang Yang Paling Gembira

Ditulis oleh wan wma pada May 19th, 2008

 

Begitulah tegas Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat berikutan keputusan Dr. Mahathir keluar UMNO hari ini. Beliau menyifatkan tindakkan bekas perdana menteri itu adalah langkah bijak dan jelas menunjukkan kelemahan pimpinan UMNO yang ada sekarang. Dr. Mahathir adalah icon kehebatan UMNO yang telah lama diperkatakan dan dikenali di seluruh dunia.

Sebagai seorang bijak pandai dan pemimpin yang begitu dihormati saya juga terkejut dengan jawapan Tuan Guru apabila ditanya adakah PAS sudi menerima Dr. Mahathir menyertai parti itu. Tuan Guru hanya menjawab dengan tenang dan bersahaja, “Saya amat-amat mengalukan kehadiran beliau. Sekiranya Dr. Mahathir menyertai PAS, PAS ibarat menumpang tuah yang besar dari seorang yang berpengalaman dan berpengatahuan luas.” Begitulah jawapan yang diberikan oleh Tuan Guru.

Saya amat kagum dan bangga dengan pendirian Tuan Guru. Beliau jelas sedikit pun tidak menaruh dendam terhadap Dr. Mahathir. Setiap apa yang difikirkannya adalah untuk kebaikan semua pihak. Apa yang diperjuangkan bukanlah untuk menjatuhkan sesiapa tetapi untuk memperbetulkan kesilapan yang telah dilakukan. Tuan Guru hanya mengimpikan negara Islam yang mengikut lunas-lunas Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan membenci atau menentang sesama Islam tanpa sebarang fakta seperti kata sesetengah orang, “Tuan Guru hanya memecah belahkan orang Melayu!” Kini kenyataan ini meleset sama sekali!

PENGAKUAN BEKAS PADERI KRISTIAN.

Ditulis oleh wan wma pada April 26th, 2008

*Petikan daripada email

Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.

Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawantetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara
untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia .

Sambung baca artikel penuh »

Malangnya Orang Islam Malaysia

Ditulis oleh wan wma pada April 16th, 2008

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi telah berkata bahawa sesiapa yang mahu meninggalkan Islam mestilah merujuk kepada pihak berkuasa agama, dan, jika mereka masih memilih untuk murtad, mereka hendaklah dibenarkan berbuat demikian. Sambung baca artikel penuh »

Apa Anda Akan Buat Jika Anda Seorang Pemimpin Negara ?

Ditulis oleh wan wma pada March 26th, 2008

Kali ini saya ingin menjawab tag yang dikata oleh saudara Apisz kepada saya. Tajuknya adalah seperti di atas. Namun, sebelum saya terus menjawab saya ingin membuat sedikit pembetulan kepada entri saya yang lepas tentang ‘memperkenalkan diri’. Sedikit kesalahan tentang 3 prinsip yang saya berikan. 3 Prinsip yang sepatutnya adalah 3P, iaitu: Sambung baca artikel penuh »


Copyright © 2007 WanWmaBlog. All rights reserved.