Blog About

Blog ini dihasilkan adalah untuk penulis berkongsi dengan anda semua mengenai perkara yang boleh meningkatkan motivasi harian kita. Dalam meningkatkan motivasi diri kita, kita bukan sahaja perlu sentiasa mendapatkan ilmu2 yang positif, kita juga perlu kongsikan ilmu positif itu kepada orang lain. Inilah yang cuba penulis lakukan.
Motivasi di dalam diri manusia boleh di umpamakan seperti roda yang sentiasa berputar. Kadang2 motivasi kita berada di bawah, kadang2 ia berada di atas. Perubahan samada cepat atau lambat motivasi kita kembali ke atas atau turun ke bawah bergantung kepada kelajuan putaran roda tersebut. Sesetengah orang boleh mengawal kelajuan roda itu dan sesetengahnya tidak. Tetapi ramai di kalangan kita sebenarnya tergolong dalam kumpulan orang yang tidak dapat mengawal roda itu. Kenapa? Kerana kita tidak tahu kita mempunyai Roda Motivasi.
Orang yang hebat sentiasa menyedari akan kepentingan mengawal motivasi mereka setiap hari. Mereka tahu mereka perlu bukan setakat mengawal, malah meningkatkan keupayaan dan tahap motivasi mereka setiap hari. Roda Motivasi boleh dihentikan. Ianya patut dihentikan pada waktu motivasi kita mencapai kemuncaknya. Pemberhentian roda itu bukan untuk menikmati motivasi pada tahap itu, tetapi ia dihentikan untuk dipertingkatkan. Kita tidak dapat meningkatkan tahap motivasi kita jika Roda Motivasi masih berputar turun naik dan turun naik lagi. Kerana itu menunjukkan kita masih belum dapat mengawal roda itu. Bagaimana mungkin dapat dipertingkatkan?
Insyaallah, dengan terhasilnya blog ini kita semua akan mendapat panduan dan jalan penyelesaian untuk menguruskan Roda Motivasi kita. Ingin mengawal Roda Motivasi bukan seperti mengawal sebuah kenderaan beroda yang boleh dihentikan atau dijalankan bila-bila masa. Ianya memerlukan masa yang agak panjang jika kita baru bermula. Mengawal Roda Motivasi memerlukan pemikiran dan pandangan yang positif dan kreatif. Pemikiran yang positif dan kreatif memerlukan ilmu, pemerhatian dan penilaian yang luas. Sebab itulah pendekatan yang dibawakan oleh penulis di dalam blog ini dipelbagaikan. Dari motivasi, minda, cara berfikir, perniagaan, usahawan, pendidikan, kesenian, sosial dan sebagainya. Walaubagaimanapun penulis tidak akan lari daripada landasan di mana mesej yang ingin disampaikan adalah berkaitan motivasi dan nilai-nilai positif yang perlu difikirkan bersama.
Wassalam..
