KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi telah berkata bahawa sesiapa yang mahu meninggalkan Islam mestilah merujuk kepada pihak berkuasa agama, dan, jika mereka masih memilih untuk murtad, mereka hendaklah dibenarkan berbuat demikian.

Abdullah menjelaskan kemudian bahawa ulasan tersebut adalah merupakan pandangan peribadi beliau sendiri.

“Pegawai agama mestilah bersedia untuk mendengar masalah mereka yang mahu meninggalkan agama. Mereka tidak boleh menekan mereka tetapi haruslah menasihati mereka,” kata Abdullah kepada para wartawan selepas merasmikan persidangan Islam di Putrajaya.

Apabila ditanya tentang jumlah mereka yang begitu ramai yang menguasai muka depan akhbar, Perdana Menteri berkata mana-mana umat Islam yang mahu menukar ke agama lain hendaklah dibenarkan berbuat demikian.

“Ini bukanlah sesuatu yang tidak boleh dilakukan. Bagi mereka yang tidak mahu menjadi Islam lagi, apa yang dapat kita lakukan? Jika mereka mahu meninggalkan agama, apa yang boleh kamu lakukan? Oleh itu lebih baik biarkan sahaja mereka pergi.”

Di bawah undang-undang Islam di Malaysia, ia merupakan tanggungjawab majlis agama untuk menentukan samada mereka boleh meninggalkan Islam atau tidak.

Pada minggu lalu, seorang wanita India yang mahu meninggalkan Islam telah dibebaskan dari pusat pemulihan yang ditadbir oleh pihak berkuasa agama negeri. Revathi Masoosai, yang dikenali sebagai Siti Fatimah , telah berkata ibunya seorang Hindu dan bapanya seorang Kristian, dan kedua-dua mereka telah memeluk Islam. AFP melaporkan. Beliau berkata semasa dalam pusat pemulihan beliau telah dilayan dengan buruk. Beliau telah berpisah selama enam bulan dengan suaminya, seorang yang beragama Hindu dan anak perempuannya yang berusia 18 bulan.

Revathi sedang menunggu kelulusan permohonannya untuk menukar agama kepada hindu selepas tamat tempuh tahannya.

Sumber — Channel NewsAsia - 10 Julai 2007