Jangan Hanya Menghina..
Pandangan, Nasihat, Pesanan, Agama January 25th, 2008
Mereka ini adalah anak2 orang Islam Terengganu. Mereka mempamerkan ‘gaya’mereka ketika sambutan Pengisytiharan Terengganu sebagai Bandaraya Persisir Air 1 Januari 2008 yang lepas. Banyak paparan gambar mereka yang saya dapat lihat dari akhar2 atau blog2 di internet. Dan feedback yang diterima hampir sama. Ramai yang mengutuk dan menghina dengan pelbagai kata2 yang tidak sedap didengar…
Cukuplah sahabat2 sekalian, pintu hati mereka telah ditutup oleh Allah. Kenapa pula kita perlu menghina dan mengutuk mereka dengan kata2 yang kesat. Kasihanilah mereka kerana mereka sendiri pun tidak tahu untuk menyayangi diri sendiri. Kita harus bersyukur kerana bukan kita yang dipilih oleh Allah untuk menjalani ujian seperti mereka. Sama2lah kita berdoa supaya mereka kembali kepada Allah..
Ya Allah. Selamatkanlah iman dan agama mereka. Janganlah Engkau menyesatkan mereka yang hina ini. Kembalikanlah mereka ke jalan-Mu. Semoga Islam mekar dengan golongan muda yang kuat beribadah. Bukan bersifat seperti orang2 kafir laknatullah.
Mereka anak2 orang Islam, mereka saudara mara kita, mereka hanya terpedaya dengan ajaran pemimpin yg sesat. Doakanlah mereka supaya kembali ke jalan Allah. Kehadiran kita untuk membantu, membentuk, mendidik, menanam nilai2 mulia yang ada dalam Islam. Bukan untuk mencemuh, bukan untuk mengutuk, bukan untuk menghina dan bukan untuk menghukum!!
Biarlah Allah yang tentukan segalanya, kita cuma perlu berusaha dan berdoa supaya mereka diberi hidayah…Insyaallah..




January 25th, 2008 at 10:58 pm
cantik rambut diorg… cam burung kakak tua pon ada… heheh
January 25th, 2008 at 11:09 pm
Yang tu memang tak leh nafi la..hehehe
January 26th, 2008 at 11:35 pm
Hahahaha.. Tupai atas kepala!
January 27th, 2008 at 1:23 am
Alangkah bangganya Malaysia…
Jika dapat ku ubah wajah-wajah bangsaku ini
Menjadi wajah-wajah juara
Membina dan memajukan negara…
Bersamalah berikan bantuan…
January 28th, 2008 at 12:09 am
ya allah. gini ker orang ganung kiter. deris deris. pak lah pak lah..:P
January 30th, 2008 at 2:43 am
assalamualaikum….Semoga Allah memberi ‘hidayah’ kepada mereka untuk ‘berhijrah’….Insyaallah..
Tak semestinya ‘wajah luaran’ melambangkan ‘keperibadian’ seseorang…Cuma kita perlu…’bersangka baik setiap masa’
January 30th, 2008 at 7:27 am
Terima kasih aunty..kadang2 kita terasa seolah2 kita ini baik sangat sehingga sering mengutuk manusia lain. Islam mengajar kita supaya berdoa untuk kebaikn bersama, tetapi sayang…kutukan dan hinaan yg diterima. Walaupn sedih dan sakit hati tengok wajah luaran ‘budak2′ tu..tp terimalah hakikat yg diorang perlukn doa daripada kita untuk berubah…insyallah…sekurang2nya Allah tidak memasukkan anak2 kita dalam golongan seperti itu..
February 7th, 2008 at 12:22 pm
ya Allah, kau bawalah angin perubahan yang turut sama merubah bangsaku dari kesesatan. Kau gantilah pemerintah yang dapat mendekatkan dan memautkan hati mereka dan hati kami ke arah Islam yang sebenar…Amin
February 8th, 2008 at 3:39 am
Err..Gosh..
I dun Never ever think that Terengganu people should be like this..i very2 respected them coz that state hv strong Islamic culture..but..
Maybe..
August 30th, 2008 at 11:18 pm
[…] Alhamdulillah..malam ini kita akan menyambut ketibaan detik bersejarah ulangtahun merdeka yang ke-51. Namun sayangnya, sambutan hari kemerdekaan ini sering diiringi dengan hiburan dan aktiviti yang melalaikan, pergaulan bebas, budaya memekik, lepak dan juga merupakan malam yang penuh keghairahan dikalangan mat rempit. Selain itu, muncul juga golongan extreme yang cuba mempamerkan diri dengan citarasa yang berlainan sehingga melanggar budaya, adat dan agama. Ini antara gambar remajaTerengganu ketika menyambut malam pengisytiharan Terengganu sebagai Bandaraya Persisir Air 1 Januari 2008 yang lepas. Gambar ini pernah saya siarkan dalam blog ini pada artikel terdahulu. […]