Apa Yang Sering Kita Lupa Setiap Hari?
Agama September 6th, 2008السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sudah beberapa hari kita menjalani ibadah puasa. Semoga amalan kita sentiasa mendapat timbangan yang baik diakhirat kelak. Dalam kehidupan harian kita, kita sering kali terlupa amalan-amalan kecil yang besar maknanya dalam membina hubungan kita dengan tuhan yang maha esa. Apakah yang sering kita terlupa? Saya cuba senaraikan di bawah perkara-perkara yang perlu kita amalkan balik sekiranya tertinggal. Walau bagaimana pun, apa yang saya senaraikan di bawah bukanlah amalan lengkap, tetapi cukuplah sekadar perkongsian kita untuk hari ini.
Apa yang perlu kita amalkan setiap hari?
Baca doa selepas bangun tidur
Baca doa masuk tandas
Masuk tandas dimulakan dengan kaki kiri
Tutup kepala ketika di dalam tandas
Baca doa selepas wuduk
Baca doa memakai pakaian
Mulakan memakai pakaian dari sebelah kanan
Baca doa melihat cermin
Baca doa keluar rumah
Baca doa naik kenderaan
Baca doa sebelum makan
Baca doa selepas makan
Baca doa masuk masjid
Baca doa keluar masjid
Menyebut Alhamdulillah selepas bersin
Menyebut A’uzubillahiminasyaitanirajim selepas menguap
Diam ketika azan
Baca doa selepas azan
Baca doa sebelum tidur
Dan pelbagai perkara lain lagi yang tidak saya senaraikan di sini. Apa kata anda tolong senaraikan lagi perkara-perkara yang saya tertinggal. Apa pun, sebelum itu sama-samalah kita semak balik perkara di atas, adakah kita melakukan semua perkara yang telah tersenarai di atas? Renung-renungkanlah…




September 8th, 2008 at 10:12 am
insyaAllah tak lupa… terima kasih atas peringatan ni..
winkwink
love-n-hate’s menulis tentang..55: ….welcome Ramadhan Al-Mubarak