Pandangan Seorang Blogger- Raja Petra

Ditulis oleh wan wma pada April 28th, 2008

P/s: Saya dah siapkan 3 lukisan pemenang potret bulan 3. Tinggal lagi 2 (dah lukis, tinggal nak kemas kini je lagi). Semak gambar anda sekarang! :)

PENGAKUAN BEKAS PADERI KRISTIAN.

Ditulis oleh wan wma pada April 26th, 2008

*Petikan daripada email

Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.

Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawantetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara
untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia .

Sambung baca artikel penuh »

Menjadi Insan Yang Dikasihi

Ditulis oleh wan wma pada April 19th, 2008

Setiap manusia memiliki naluri semulajadi untuk dikasihi dan disayangi. Namun untuk mendapatkan kasih sayang yang sempurna bukanlah suatu perkara yang mudah, tetapi tidak juga sukar. Post kali ini saya akan berkongsi dengan anda tip untuk menjadi seorang insan yang dikasihi dan mudah didekati oleh sesiapa sahaja. Terdapat 10 langkah mudah yang agak sukar dilakukan tanpa azam yang kuat. Hari ini saya akan kongsikan dengan anda 2 langkah pertama dahulu. Anda boleh mempraktikannya bermula dari sekarang. Sambung baca artikel penuh »

Malangnya Orang Islam Malaysia

Ditulis oleh wan wma pada April 16th, 2008

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi telah berkata bahawa sesiapa yang mahu meninggalkan Islam mestilah merujuk kepada pihak berkuasa agama, dan, jika mereka masih memilih untuk murtad, mereka hendaklah dibenarkan berbuat demikian. Sambung baca artikel penuh »

Anda Tidak Kenal Siapa Saya!

Ditulis oleh wan wma pada April 12th, 2008

Beberapa minggu yang lepas saya ada membaca beberapa komen dalam sebuah blog yang agak popular di kalangan peniaga internet. Saya yakin selain saya, masih ada ramai pembaca lain yang pernah membaca komen seperti tajuk di atas. Sambung baca artikel penuh »

How I Turned $1000 Into Five Million In Real Estate

Ditulis oleh wan wma pada April 9th, 2008

Kelmarin saya telah pergi ke sebuah kedai untuk photostat buku How I Turned $1000 Into Five Million In Real Estate yang ditulis oleh William Nickerson. Buku ini adalah sebuah buku lama (1980) berkaitan cara-cara penulis menghasilkan wang langkah demi langkah dalam hartanah. Kat tempat saya memang dah tak ada jual buku ni. Ni pun saya pinjam kat Perpustakaan Awam Kuala Terengganu. Tu pasallah saya pergi photostat. Sambung baca artikel penuh »

Kini Tibalah Masanya..

Ditulis oleh wan wma pada April 4th, 2008

Setelah beberapa tahun belajar dan beberapa bulan mempraktikkan sistem yang ada dalam perniagaan internet, kini tibalah masanya untuk saya bermula. Bermula melakukan perniagaan ini dengan serius. Saya akan berhenti menulis dalam blog ini buat sementara waktu untuk memberi laluan kepada projek-projek yang telah saya rancang sekian lama. Jika dulu, untuk menjalankan projek2 perniagaan internet bagi saya adalah sesuatu perkara yang mustahil (kerana tiada ilmu) tetapi kini tidak lagi. Saya telah pun melengkapkan diri dengan ilmu2 yang diperlukan dan pengalaman2 yang membina. Alhamdulillah… Sambung baca artikel penuh »

Pelajaran 2- Formula Mengingati Nama

Ditulis oleh wan wma pada April 1st, 2008

Pentingkah mengingati nama? Ehem? Jangan tanya orang lain! Cuba tanya diri anda sendiri, apakah perasaan anda apabila orang yang baru anda kenali beberapa minit yang lepas sudah mengingati dan mengulang sebut nama anda setiap kali bercakap dengan anda? Gembira bukan! Sebagaimana mana pentingnya mengingati nama, sebegitulah pentingnya nama seseorang itu dikenali. Apa maksudnya? Contohnya, baru2 ini anda telah pun selesai pergi menunaikan tanggungjawab anda, pergi mengundi. Dari mana agaknya anda mengenali calon2 yang anda undi itu? Dari pengalamannyakah? Dari percakapannyakah? Dari perwatakannyakah? Atau dari namanya? Tentu sahaja namanya, kan! Sambung baca artikel penuh »


Copyright © 2007 WanWmaBlog. All rights reserved.