Jumpa Lagi Gambar2 Camni…

Ditulis oleh wan wma pada February 16th, 2008

Sambung baca artikel penuh »

No Comment…….Jumpa Gambar Ni Dalam Forum Mesra.net

Ditulis oleh wan wma pada February 14th, 2008

Kini Pertaruhan Bermula Lagi!

Ditulis oleh wan wma pada February 13th, 2008

‘KUALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembubaran Parlimen di bawah peruntukan Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan yang berkuatkuasa serta-merta hari ini.’

Ini bermakna, tangungjawab seterusnya terletak pada tangan kita bagi menentukan siapakah yang layak mentadbir negara dan bangsa yang kita cintai ini. Berbagai rintangan, masalah, perkelahian, pembangunan, perkembangan ekonomi, kenaikan harga barang, perubahan sistem pentadbiran telah berlaku selama ini. Bagaimanakah anda menilai semua perkara itu? Siapakah yang layak diberi kuasa untuk mentadbir Malaysia? Apakah yang diperjuangkannya? Selaraskah ideologinya dengan budaya, pembangunan dan agama kita? Semuanya akan terjawab tidak lama lagi. Keputusan terletak pada tangan kita semua! Hukum mengundi adalah WAJIB! Kerana kita bersaing dengan pelbagai pihak daripada pelbagai bangsa dan agama. Dan kewajipan kita sebagai orang Islam semestinya memperjuangankan perundangan agama kita untuk terus dijadikan panduan dalam melaksanakan undang-undang di negara ini.

Bagaimana pendapat anda? Sudah tentu anda semua mempunyai idea yang berbeza-beza dengan pegangan dan pandangan anda sendiri tentang siapakah yang layak diberikan kuasa untuk mentadbir negara kita. Bagi saya segala perkara berkaitan perundangan dan pemerintahan negara haruslah berlandaskan Al-Quran dan Hadist. Dan hanya itulah pengangan saya sampai bila-bila. Tiada tolak ansur lagi dan tanpa kompromi! Anda mungkin berpendapat sama dengan saya. Tetapi anda sudah tentu mempunyai pandangan2 dan hujah2 lain yang mungkin boleh anda kongsikan di sini! Berikan pendapat anda. Kerana anda mungkin boleh menarik beberapa orang individu lain untuk menyertai anda dengan hujah dan penerangan yang kukuh dan berasas!

Bagaimana Mengetahui Minat & Kemahiran Anda? (sambungan2)

Ditulis oleh wan wma pada February 12th, 2008

Ehem…post ini disambungkan lagi. Kali ini saya akan mengukuhkan lagi pandangan dan pendapat saya tentang kepentingan KEMAHUAN berbanding MINAT dan KEMAHIRAN. Dalam post saya sebelum ini saya telah nyatakan bahawa pokok pangkal dalam mencapai kejayaan sebenar bukanlah bergantung kepada minat dan kemahiran tetapi kemahuan. Ramai di antara kita sibuk dengan menyatakan “Buat apa yang anda suka!” Kenyataan ini sebenarnya lebih bermaksud “Buat apa yang anda minati!”

Sekiranya benar saya cabar anda sekarang, buat sahaja apa yang anda suka! Adakah anda suka bangun pagi-pagi dan pergi ke pejabat? Tak suka? So, jangan buat! Adakah anda suka dengan kerja anda? Kalau suka teruskan. Tapi sekiranya tidak, berhentilah berbohong sekarang sekiranya anda memegang prinsip “Buat apa yang anda suka!” Tolong beritahu saya berapa orang dalam 100 orang pelajar yang sambung belajar dalam bidang yang betul-betul mereka minati. Beritahu saya dalam 100 orang pelajar IPT yang tamat belajar dalam bidang Multimedia bekerja dalam bidang yang sama. Beritahu saya dalam 100 orang pelajar IT berapa orang yang menggunakan kemahirannya untuk berniaga sekiranya kemahiran itu begitu penting seperti yang diperkatakan,”Buat apa yang anda mahir!” Sambung baca artikel penuh »

Pelajar Sekolah Semakin HEBAT!

Ditulis oleh wan wma pada February 10th, 2008


Inilah tingkahlaku pelajar sekarang yang tiada sikap bertanggungjawap atas sebarang perkara yang berlaku. Adalah perkara yang buruk dan amat memalukan dengan tindakan pelajar perempuan yang bergaduh itu. Tetapi lebih parah lagi sorakan, pekikan dan arahan yang dilaungkan oleh pelajar-pelajar yang menonton seolah-olah sedang menyaksikan sebuah pertangdingan yang hebat.Adakah mereka ini ‘GILA’? Suka melihat keganasan dan perkelahian? Fikirkan sendiri…inilah pelajar di dalam Bandar Raya Kuala Terengganu yang disifatkan sebagai Terpantas, Tercantik dan Terhebat yang begitu banyak terpapar pada Bunting, Bannel dan iklan-iklan di sepanjang jalan. Sungguh HEBAT! Pelajar perempuan pun dah pandai Kung Fu sekarang ni! Suatu peningkatan yang membanggakan! Mungkin mereka inilah yang bakal bertanding dalam perlawanan SUKMA tahun ni…

Kekayaan dan 5 Golongan Masyarakat (episod akhir)

Ditulis oleh wan wma pada February 9th, 2008

Ehem..telah agak lama saya tidak sambung post ni, maafkan saya. Ini semua kerana saya terpaksa fokus kepada program Potret Percuma yang dilancarkan pada hari khamis 07/02/2008 baru-baru ini. Dan kini program itu masih berlangsung dengan hangatnya. Terima kasih kepada semua orang yang telah menempah. Bagi anda yang belum membuat tempahan, bolehlah membuat tempahan dengan segera. Semuanya Percuma untuk anda. Klik di sini untuk menempah.

Golongan Ke-5: Kekayaan Dan Kerja Smart (episod 5 dan terakhir) Sambung baca artikel penuh »

Potret PERCUMA Kini Dibuka Untuk Tempahan!!!

Ditulis oleh wan wma pada February 7th, 2008

Setelah lama menuggu, akhirnya tibalah masanya bermula hari ini, Khamis 07 Feb 2008 program untuk memberikan anda semua, pembaca budiman lukisan potret secara percuma!

Tempah Percuma sekarang sebelum terlambat! Hadiah ini hanya diberikan kepada beberapa orang sahaja. Tak semua yang akan dapat. Orang terawal yang membuat tempahan berkemungkinan besar akan dapat hadiah ini jika memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan!

Apakah syarat-syaratnya? atau pada gambar di atas untuk maklumat lanjut sekaligus untuk membuat tempahan percuma! Semoga Berjaya!! Hohoho..

Terima Kasih

Ditulis oleh wan wma pada February 6th, 2008

Terima kasih di atas kesudian anda melawati dan melayari blog ini. Post kali ini sekadar untuk menyatakan rasa penghargaan yang tidak terhingga di atas keperihatinan dan sokongan anda terhadap kelahiran blog saya yang serba kekurangan ini. Di samping itu juga suka sekali saya mengingatkan bahawa ini adalah blog motivasi dan bukannya blog untuk saya melakarkan karya seni dan sebagainya. Sambung baca artikel penuh »


Copyright © 2007 WanWmaBlog. All rights reserved.