Bagaimana Mengetahui Minat & Kemahiran Anda? (sambungan1)
Ditulis oleh wan wma pada January 29th, 2008
Baik, sekarang kita telah pun tahu bahawa untuk mengetahui minat dan kemahiran kita dalam perniagaan yang utama bukanlah minat dan kemahiran itu sendiri, tetapi kemahuan kita. Sebenarnya kita ada kemahuan terpendam yang kita sendiri pun kadang-kadang terlupa kerana terlalu fokus dengan minat dan kemahiran kita. Minat ialah suatu perkara yang sangat penting untuk mencapai kejayaan, tetapi untuk mencapai kejayaan minat bukanlah perkara utama. Sekiranya anda minat dalam bidang rekabentuk kraf, anda belum tentu boleh berjaya dalam perkara yang sama. Yang membezakan orang yang boleh berjaya dengan minatnya dengan orang yang tidak, ialah apa? Adakah kemahiran?Tidak sama sekali.
Sahabat saya, langsung tidak tahu menghasilkan rekabentuk iklan menggunakan grafik komputer, komputer pun tak tahu nak guna. Tapi mengikut perkiraan saya dia sekarang telah pun menjadi jutawan dengan membuka perniagaan iklan berkomputer. Lebih hebat lagi, sampai sekarang dia masih tidak pandai menggunakan komputer!! Dia tidak berminat pun untuk belajar menggunakan komputer, dia tidak minat pun grafik, dia langsung tiada kemahiran dalam menghasilkan grafik berkomputer. Tetapi dia berjaya menjadi jutawan dalam bidang itu. Dan dia begitu gembira dengan kejayaannya. Apa maksudnya di sini? KEMAHUANNYA TELAH MENGATASI SEGALA-GALANYA! Sambung baca artikel penuh »






Recent Comments