Setelah mengalami deman yang agak teruk selama 1 minggu, kini saya sndiri pun tidak tahu apa telah terjadi kepada diri saya. terasa lain sangat…semangat yg dulunya berkobar-kobar untuk mencapai matlamat saya dalam perniagaan internet terasa seolah-olah semakin berkurangan.
Kenapa ya? mungkin kerana pemusatan tenaga saya telah banyak hilang kerana deman yang agak panjang dan saya memerlukan penambahan tenaga baru untuk mengaktifkan kembali fikiran dan semangat saya sebelum ini. oh, rasanya sangat sukar untuk menghuraikan apa yang terkandung dalam fikiran ini…
Tak sangka, ini lah tujuan saya menghasilkan blog ini dan kini masalah ini melanda diri saya sendiri. masalah kekurangan cas tenaga positif. nasib baik adanya blog ini untuk saya mengembalikan tenaga minda yang telah berkurangan.
Blog ini dihasilkan untuk saya melakarkan perkara2 bermakna yang dapat memberikan panduan kepada kita semua dikala diri menghadapi masalah kekurangan semangat, kebuntuan, berfikiran negatif dan lain2 masalah yang boleh mengganggu minda kita daripada berfikiran aktif dan sentiasa bersemangat untuk mencapai matlamat kita.
Walau siapa pun kita, sebagai manusia biasa kita akan mengalami masalah di mana kadang2 kita terasa sangat letih dengan kerja kita. Terasa lesu dengan kegagalan yg sentiasa mendampingi kita setiap kali usaha yang kita lakukan. Sangat penat dengan rancangan yang tiada kesudahannya….namun, kita mempunyai pilihan untuk meneruskan perjuagan atau pun memilih untuk hidup dalam zon selesa.
Memilihan untuk hidup dalam zon selesa bermakna perjuangan kita berakhir di sini. Tetapi sekiranya kita memilih untuk meneruskan cita2 kita, maka kita perlu terus cas minda kita dengan perkara2 positif yang boleh membantu kita mencapai matlamat. Walau betapa sukar halangan yang bakal kita tempuhi…kita harus tabah..kita mesti bersabar dan kita perlu yakin…KITA AKAN BERJAYA!!! YES!!! KITA AKAN BERJAYA!!!





Recent Comments