Celotehku Di Awal Tahun 2009

Ditulis oleh wan wma pada January 4th, 2009

Assalamualaikum….

Tahun baru muncul lagi. Tahun lalu telah meninggalkanku tanpa sebarang penangguhan atau sesaat lewat pun. Masa telah berlalu pergi meninggalkan kenangan pahit manis, suka dan duka. Meninggalkan sejarah yang mungkin boleh membentuk corak baru dalam liku perjalanan masa depanku.

Ruginya jika aku telah menghabiskan masa sepanjang hidup ini tanpa membawa apa2 manfaat di masa depan. “Umat Islam hari ini perlulah menjadi lebih baik dari semalam dan memastikan esok lebih baik dari hari ini!” Ah, kenyataan ini membelenggu diriku untuk sentiasa meningkatkan kejayaan diri. Zalim rasanya jika terus membiarkan jasad kurniaan tuhan ini terus terleka dalam dunia yang penuh dengan tipu muslihat ini.

MEMIMPIN DIRI SENDIRI! Itulah matlamatnya! Itulah rancanganku! Setiap tahun aku perlu menetapkan matlamat diri. Jika tahun lepas adalah TAHUN UNTUK BELAJAR CARA BELAJAR, matlamat tahun ini ialah untuk MEMIMPIN DIRI SENDIRI! YA! Memimpin Diri Sendiri dan Menerobos Sempadan Kejayaan DIri! Aku akan tulis besar2 matlamat tahun ini dan menampalnya di dinding rumahku supaya mudah bagiku melihatnya! Matlamat yang berbunyi:

“Year To Lead Myself And Make Breakthrough Achievements!”
“Tahun Memimpin Diri Sendiri Dan Menerobos Sempadan Kejayaan!”

Ah! Bunyinya sungguh menggetarkan jiwa. Namun, aku yakin aku pasti dapat melakukannya!

“Other people may not have had high expectations for me…but I had high expectations for myself!”
-Shannon Miller
Olympic Gymnast

Ya! Orang lain mungkin tidak mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap diriku, tetapi aku mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri! Kenapa aku perlu memimpin diri sendiri? Demi menerobos kejayaan diri aku perlukan satu anjakan paradigma untuk berubah. Aku tahu, untuk berjaya, aku perlu memimpin diri sendiri supaya:

1- Pandai menguruskan Masa
2- Pandai menguruskan diri
3- Pandai untuk belajar
4- Sentiasa bermotivasi dan boleh memberi motivasi kepada orang lain.
5- Bertindak
6- Percaya pada diri
7- Yakin dan dapat memberikan komitmen.
8- Tabah dan sabar
9- Beriman dan bertawakkal.
10- Mempunyai SIKAP yang betul
11- Mempunyai TABIAT yang betul

“You are the CAPTAIN of your own Ship and MASTER of your own Destiny!”

Ah! Aku akan pastikan kejayaan adalah dipihakku kali ini.

Salam…jika anda rasa ‘AKU’ itu ialah anda, saya ucapkan TAHNIAH DAN SELAMAT BERUSAHA!

Selamat Tahun Baru Dari saya,

Wan WMA!

Jumpa lagi dalam post yang akan datang!

Bagaimana Memikat Hati Seseorang?

Ditulis oleh wan wma pada December 10th, 2008

Artikel kali ini agak jiwang sikit kot bunyinya. Tetapi sebenarnya tidak! Maksud memikat hati seseorang yang ingin saya bincangkan ini sebenarnya luas. Ia lebih bermaksud cara-cara membuatkan orang suka pada anda.

Pastinya anda semua telah tahu, cara untuk memikat hati orang lain pertamanya bermula dengan diri anda dahulu, anda perlulah berkelakuan baik, sopan, berpakaian kemas dan sebagainya. Namun apa yang ingin saya bincangkan dalam artikel ini bukan tentang perkara itu, tetapi tentang bagaimana menambat hati seseorang dengan mengetahui kelemahannya! Ehem…bunyi macam menarik bukan?

Kelemahan yang saya maksudkan ialah titik rasa atau point penting yang terdapat pada seseorang. Anda perlu mengetahui ciri-ciri orang yang anda kenali, apa yang membuatkan titik rasa mereka terbuka untuk dipikat oleh anda. Apa maksud ayat yang berbelit ini? Maksudnya anda perlu tahu apakah ciri seseorang yang ingin anda pikat berdasarkan titik rasa mereka. Adakah mereka seorang yang suka mendengar? Seorang yang suka melihat atau seorang yang suka merasa?

Orang yang suka mendengar, orang ini suka mendengar perkataan yang indah-indah, cerita yang menarik, gaya percakapan anda yang meyakinkan dan apa jua perkara yang mereka dengar seperti percakapan orang, mendengar muzik dan sebagainya. Mereka boleh mempercayai anda dengan hanya mendengar apa yang anda ceritakan.

Orang yang suka melihat. Mereka ini ialah orang yang boleh dipengaruhi dengan melihat sesuai yang menarik perhatian mereka. Dalam psikologi, seandainya anda seorang yang suka melihat, anda akan menampal gambar-gambar yang anda suka seperti kereta, artis dan sebagainya. Orang seperti ini mudah dipikat apabila kita mempertunjukkan sesuatu perkara, gambar dan imej yang menarik kepada mereka. Mereka tidak perlu mendengar penjelasan yang panjang2 tentang sesuatu perkara. Cukup sekadar menunjukkan gambar kepada mereka untuk menerangkan sesuatu.

Orang yang suka merasa. Golongan ini mudah mempercayai apa yang mereka rasa. Mereka tidak perlu bukti seperti gambar, atau penerangan yang jelas, cukup sekadar dapat merasai sesuatu yang mereka yakin ianya benar. Golongan ini suka disentuh dan dibelai. Mereka mudah tertarik dengan orang yang boleh melahirkan perasaan kasih sayang kepada mereka. Anda perlu melakukan sesuatu yang boleh membuatkan mereka terasa yang anda begitu mengambil berat tentang mereka. Dengan itu, mudah bagi anda untuk memikat hati mereka.

Anda boleh mengenali orang-orang ini dengan pelbagai cara. Antaranya adalah dengan melihat kecenderungan perangai mereka. Terdapat banyak lagi cara dari sudut psikologi sebenarnya. Seperti mengenalpasti mereka dengan cara melihat pergerakan mata hitam mereka. Tetapi kaedah ini memerlukan pembelajaran dan latihan yang berterusan. Anda boleh mendapatkan ilmu berkaitan perkara ini dalam buku-buku psikologi. Saya tidak akan bincangkan perkara itu dalam artikel ini.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan ilmu dan pengalaman baru dalam cara hidup anda. Kenalpasti sahabat dan orang2 yang terdekat dengan anda, ketahui ciri-ciri psikologi mereka, nescaya anda bakal dapat menambat hati mereka untuk lebih menyayangi, menghormati dan mempercayai anda. Sekian dari saya,

Wan WMA

Penipuan Cakra Alam

Ditulis oleh wan wma pada December 6th, 2008


Ehem…baru-baru ini hal ini telah didedahkan dalam rancangan 360° di TV3, tetapi sebelum tu saya dah pun tengok pendedahan yang dibuat oleh warga

Korea pasal hal ni dari video Youtube. Namun, kita masih belum pasti samada betul atau tidak Si ‘Ustaz’ tu menipu..tetapi berdasarkan apa yang saya lihat dan perangai si ‘Ustaz’ yang

cuba ‘lari’ dari disiasat seolah-olah telah membenarkan kenyataan itu.
 

Setelah beberapa tahun, setelah beberapa juta orang manusia yang menonton rancangan Asia Hebat yang ditayangkan dalam TV suatu masa dulu dan setelah beberapa ratus atau mungkin ribuan orang telah pergi berubat dengan ‘Ustaz’ itu…kemudian didapati dia sebenarnya menipu…apakah perasaan anda? Saya tak kata perkara ini betul, tetapi seandainya BETUL dia menipu? 

Ya ALLAH….ramainya manusia yang diperdayakannya…..bagaimana masyarakat kita terlalu mudah percaya dengan sesuatu perkara sebelum menganalisanya terlebih dahulu? Seorang bijak pandai berkata: 

“Orang CERDIK tidak akan menerima sesuatu perkara yang dilihat, didengar dan dirasainya dengan meletakkan perkara itu sebagai BETUL atau SALAH sebelum menilai dan mengkajinya terlebih dahulu!” 

Kenyataan di atas jelas menunjukkan orang BODOH pula sebaliknya. Janganlah kita tergolong dikalangan orang-orang yang kurang cerdik. Bermula dari sekarang, marilah kita jadi orang yang lebih cerdik, jangan cepat menerima atau menolak sesuatu fakta, nilai dan kaji kebenarannya terlebih dahulu, barulah membuat keputusan. Tidak kira kita seorang pemengang ijazah, master atau PHD..selagi kita berfikiran kolot, kita bukanlah orang ‘CERDIK’ seperti yang dinyatakan di atas.

Kasih Sayang Manusia Tidak Penting!

Ditulis oleh wan wma pada November 30th, 2008

Ya! Kasih sayang manusia itu tidak penting selagi kita tidak meletakkan kasih sayang kita kepada Allah. Dewasa ini terdapat ramai dikalangan umat Islam lebih-lebih lagi yang berbangsa Melayu di negara kita mengambil tindakan drastik untuk MEMBUNUH DIRI!
Fikiran mereka ringkas…apabila ditinggalkan kekasih, bagi mereka tiada gunanya mereka hidup lagi!
Jangan bertindak keterlaluan! Kita dilahirkan asalnya keseorangan dan kita akan mati juga keseorangan. Kita bakal menanggung dosa sendiri, tiada sesiapa dapat membantu! Apa guna kasih yang didambakan? Apa guna cinta dan sayang yang diharapkan? Apa guna belai kasih yang diinginkan?
SEBENARNYA TIADA GUNANYA!
Tetapi kenapa ramai orang sekarang terlalu mudah membuat keputusan untuk membunuh diri? Malah ada juga yang membunuh teman atau kekasihnya kerana ditinggalkan. Apa dah jadi ni? Apa yang kita belajar dalam agama kita? Apa yang ISLAM ajar kita sejak dilahirkan? Mana perginya nilai murni ajaran agama kita? Mana perginya IMAN kita?Inilah fanomena yang sedang berlaku sekiranya kasih sayang dan CINTA manusia tidak dicurahkan kepada TUHAN YANG MAHA ESA! Tidak salah mendambakan kasih sayang dan cinta manusia tetapi terlebih dahulu tanamkan dulu kasih sayang dan cinta kepada ALLAH! Cintakan seseorang kerana ALLAH, kasihkan seseorang kerana ALLAH, rindukan seseorang kerana ALLAH, pasti kita semua akan terselamat dan tenang di sisi-Nya!Andainya anda seorang lelaki dan mempunyai isteri atau seorang teman wanita,

Ajarkan mereka supaya terlebih dahulu menyayangi dan mencitai ALLAH dan RASULNYA sebelum mencintai anda.

Ajarkan mereka mentaati perintah ALLAH dan RASULNYA dahulu sebelum mentaati perintah anda.

Ajarkan mereka supaya sentiasa mengingati ALLAH setiap detik sebelum mengingati anda.

Ajarkan mereka supaya sentiasa menyayangi anda bukan kerana diri anda tetapi kerana ALLAH.

Pergantungan kepada manusia akan binasa bila-bila masa sahaja, pergantungan kepada ALLAH akan sentiasa dirahmati sehingga ke akhir hayat. Dengan kasih sayang yang dibina kerana ALLAH, anda tidak perlu khuatir jika suatu hari nanti anda terpaksa meninggalkan isteri atau teman wanita anda. Kerana mereka akan sentiasa sedar, samada anda bersamanya atau tidak, ALLAH akan sentiasa mendampingi mereka. Mereka tidak akan melakukan perkara yang tidak elok dibelakang anda, mereka tidak akan merana kerana kehilangan anda, mereka akan sentiasa menghormati anda, mereka akan sentiasa mengarahkan kiblat kepada tuhan yang maha esa.

Begitulah sebaliknya jika anda seorang wanita. Ajar dan didiklah suami atau teman lelaki anda supaya menanamkan cinta dan kasih sayang terlebih dahulu kepada ALLAH dan RASULNYA sebelum mencintai anda.Janganlah terpedaya dengan lelaki yang hanya pandai mengungkapkan kata cinta dan sayang tetapi hakikatnya hanyalah ingin memuaskan nafsu syahwatnya semata-mata. Janganlah menunjukkan rasa kasih sayang anda dengan mengorbankan DARA sebagai bukti CINTA! Kerana ia hanya akan berakhir dengan kehancuran.Jika anda ketemui lelaki sedemikian, tinggalkan mereka, mereka hanya akan menghancur hidup anda. Ketahuilah…jika mereka mengungkapkan kata sayang, SAYA LEBIH MENYAYANGI ANDA DARIPADA MEREKA! KEMBALILAH KEPADA ALLAH!

Mayat Yang Aib..Nauzubillah

Ditulis oleh wan wma pada November 11th, 2008

Diceritakan oleh USTAZ NAHRAWI MARZOKI

PERISTIWA yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu
jenazah yang  bagi saya cukup aneh.. Darah tak putus-putus
keluar daripada seluruh  tubuhnya. Tak tahulah kenapa… tapi
dari sejak Allahyarham meninggal  dunia, darah tak
berhenti-henti keluar.

Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab
kemalangan.  Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang
boleh sebabkan jenazah  berdarah macam itu sekali. Apakah yang
berlaku kepada Allahyarham?

Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah tempat
di  Selangor. Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian
tak dapat  saya ceritakan ialah Allahyarham ini adalah seorang
lelaki, meninggal  ketika berumur 50-an atau 60-an tahun dan
semasa hidupnya,
Allahyarham bolehlah kita golongkan sebagai orang kaya. Dia
pegawai  kerajaan dan pernah menjadi penolong pengarah agensi
tempat dia  bekerja.

Allahyarham ini ada beberapa orang anak. Beliau meninggal dunia
di  rumahnya pada pukul 8.30 malam kerana sakit biasa.Tapi saya
diberitahu doktor pun tak tahu apa penyakit yang dihadapinya.

Tapi yang menimbulkan pertanyaan dan keinsafan ialah apabila
Allahyarham habis saja nazak dan lepas itu menghembuskan
nafasnya  yang terakhir, tiba-tiba saja darah mula keluar
daripada seluruh  tubuhnya, khususnya dari liang-liang dan
rongga-rongga. ..dari mulut,  telinga, hidung, mata, celah-celah
bulu roma dan celah-celah kuku.  Mula-mula sedikit, tapi makin
lama makin banyak sampai mayat itu  dipenuhi darah. Darah itu
pun tak putus-putus keluar. Cukup
mengerikan.. .dan menyedihkan.

Apabila tengok mayat ayahnya itu lain macam, anak Allahyarham
pergi  ke rumah saya. Masa itu kira-kira pukul 11.00 malam.
Kebetulan pula  anak Allahyarham itu murid saya yang memang
saya kenal sangat.

Dalam keadaan yang sedih bercampur panik dia berkata, “Ustaz,
ayah  saya meninggal dunia. Ustaz boleh tolong tak?”

Saya kata, “Boleh, tapi kenapa pula? Ada masalah ke?”

“Mayat ayat saya ni agak lain sikitlah ustaz. Saya minta
sangatlah  ustaz dapat tolong kami,” kata anak Allahyarham
tadi. Bagaimanapun  dia tidak ceritakan pada saya apa yang
terjadi pada mayat ayahnya  itu.

Saya pun pergi ke rumahnya. Apabila sampai di rumahnya baru dia
ceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Saya naik ke atas rumah
dan  terus pergi ke tempat Allahyarham diletakkan dan…
masya-Allah, saya  tengok darah sudah penuh di seluruh badan
Allahyarham. Baunya pun  semakin hanyir. Busuk. Dan busuknya
pun lain dari yang lain…sukar  untuk saya gambarkan hinggakan
kemenyan yang dibakar dan bau-bauan  pun tak boleh mengurangkan
bau busuk mayat itu.

Apabila saya pandang wajah Allahyarham, saya lihat ia seperti
dalam  keadaan cemas, takut… langsung tidak ada tanda-tanda
kejernihan dan  nur di wajahnya. Apa yang sebenarnya dialami
dan dirasai oleh  Allahyarham ketika itu wallahuaklam. Allah
yang lebih mengetahui.

Maha suci Allah, mayat ini cukup pelik sebab baru dua jam lebih
dia  meninggal tapi begitu aib sekali keadaannya. Dalam hati
saya berdoa  dan beristighfar supaya saya dapat uruskannya
dengan cara terbaik dan  tidak berlaku lagi sesuatu yang
mengaibkan Allahyarham.

Saya pelawa beberapa orang kawan untuk uruskan jenazah tadi.
Kami  ambil kapas dan tutup mulut, hidung, mata, telinga dan
rongga-rongga  besar pada mayat. Tapi Allah itu Maha Berkuasa,
kapas itu tidak mampu  menahan darah yang keluar.

Apabila dicabut kapas yang sudah basah dengan darah utuk
diganti  dengan kapas yang lain, darah meleleh keluar dari
rongga-rongga tadi.  Menjejes hingga kain dan tikar tempat kami
baringkan mayat itu  menjadi merah. Tidak tahulah berapa banyak
kapas yang kami gunakan,  tapi tak berkesan.

Allah jua yang menentukan. Tidak cukup dengan darah, tambah
menyedihkan saya ialah muka dan kulit di seluruh tubuh
Allahyarham  tadi tiba-tiba menggerutu. Keluar satu bahan
berlendir, menggerutu  macam cacar yang berbonjol-bonjol di
muka dan badannya.

Bonjol-bonjol kecil itu seperti bernanah dan busuk baunya.
Makin lama  bonjol-bonjol itu makin banyak hingga tidak
keterlaluan kalau saya  katakan di sini iaitu wajah jenazah
tersebut sudah tidak menyerupai  wajah manusia lagi.

Melihat keadaan mayat yang sebegitu rupa, saya pun katakan
kepada  semua kaum keluarga Allahyarham dan pembantu saya,
“Kita mesti  kebumikan jenazah ini malam ini juga.” Mereka
bersetuju. Selain  daripada dua orang pembantu, tiga orang anak
Allahyarham juga  menolong saya menguruskan jenazah bapanya.
Tapi sedih, seorang demi  seorang anak Allahyarham itu pengsan
kerana tidak sanggup melihat  keadaan mayat bapa mereka itu.
Akhirnya tinggallah saya dengan dua  pembantu saya tadi.

Bagi mengelakkan tohmahan orang dan tak mahu kain kapan menjadi
merah, saya ambil keputusan untuk membalut Allahyarham dengan
plastik…plastik alas meja yang berwarna putih. Selepas itu
barulah  kami balut mayat tadi seperti biasa dengan kain putih.
Mengikut  syarak, mayat tidak digalakkan dikebumi malam-malam.
Tapi dalam  keadaan darurat seperti itu saya tidak boleh tunggu
lama-lama.  Kebetulan pula kawasan perkuburan terletak tidak
jauh dari rumah  Allahyarham, kira-kira dua kilometer sahaja,
jadi kami cari lampu dan  spotlight. Dalam waktu dinihari yang
gelap dan sejuk itu kami suluh  jalan dan kawasan kubur
Allahyarham. Kami mula kebumikan Allahyarham  itu kira-kira
pukul 1.30 pagi.

Sampai saja ke kuburnya , berlaku sekali lagi peristiwa aneh,
yang  amat mengharukan. Kuburnya dipenuhi air! Air itu macam
air biasa tapi  tak putus-putus keluar dari celah bumi. Ini
memang aneh sebab hari  itu tidak hujan. Kalau hendak dikatakan
kawasan kubur itu rendah,  lembah.. tak juga sebab sudah banyak
kubur di situ tapi tak pernah  pula terjadi macam ini.
Memandangkan orang ramai sudah mula kecoh,  kami ambil
keputusan mengebumikan juga mayat itu dalam keadaan ia
ditenggelami air.

Menyedihkan. Apabila mayat mencecah saja ke air, maka air itu
bertukar menjadi merah kerana bercampur dengan darah. Hanyir,
busuk…..susah saya nak cakap macam mana baunya ketika itu.
Makin  lama warna air itu makin merah. Mujur waktu itu tengah
dinihari,  orang yang datang ke kubur tak nampak sangat. Kalau
siang…

Kami pun benamkan jenazah tadi, endal betul-betul dan kemudian
tutup  dengan papan. Kami buat betul-betul supaya jenazah tidak
terlungkup.  selepas selesai semuanya. kubur pun dikambus.
Selesai ditalkinkan,  saya dan semua yang menghantar
Allahyarham ke kubur kembali semula ke  rumah masing-masing dan
saya menenangkan keluarga Allahyarham yang  bersedih.

Entah apa kesalahan yang telah Allahyarham lakukan saya tak
tahulah.  Yang tahu cuma Allah dan Allahyarham. Bagaimanapun
saya yakin ia  adalah balasan Allah kepada Allahyarham. Bagi
saya ini satu iktibar.  Saya tidak mengatakan Allahyarham telah
melakukan sesuatu kesalahan  besar tapi bagi saya, darah ini
mempunyai tiga kaitan dan mungkin apa  yang berlaku pada
Allahyarham ada kaitan dengan salah satu
daripadanya. Saya kata mungkin….bukan menuduh.

PERTAMA, janganlah sekali-kali kita membunuh orang.Membunuh
pula  banyak caranya. Saya bukan kata Allahyarham ada membunuh
orang tapi  perlu diingat darah itu mahal harganya.

KEDUA, ia mungkin ada kaitan dengan makanan dan minuman.
Jang anlah  kita memakan makanan dan minuman yang haram sebab ia
menjadi sumber  darah yang mengalir dalam tubuh kita ini.
Jauhkanlah diri daripada  rasuah, makan harta anak yatim atau
duit masjid, harta pusaka dan  sebagainya yang bukan milik
kita.

KETIGA, hormatilah darah. Kalau ada darah di rumah atau di
jalan raya  akibat kemalangan, bersihkanlah dengan air. Bagi
perempuan, ingin  saya ingatkan. Cucilah tuala wanita (semasa
haid dan nifas) selepas  anda menggunakannya. Bersihkan darah
dengan air bersih baru dibuang  tuala itu. Jangan buang begitu
saja selagi masih ada darah kotor yang  melekat pada tuala itu.
Walaupun darah itu kotor, tapi ia juga  makhluk Tuhan yang
perlu dihormati.

Renungkanlah diri kita dan jadikanlah kisah ini sebagai
iktibar.  Ingatlah, suatu hari nanti kita juga kan menghadap
Allah S.W.T.  Berdoalah supaya perkara-perkara aib macam ini
tidak terjadi pada  kita.

Kuasa Keputusan

Ditulis oleh wan wma pada November 8th, 2008

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Pertama sekali saya ingin minta maaf kerana telah lama tidak menulis dalam blog ini, bukan sibuk yang menjadi penghalang, tetapi line internet yang tak ada. Baik, apa agaknya yang ada pada sebuah keputusan? 

Seorang bos memanggil seorang pekerjanya yang baru dilantik menjadi leader, beliau memberikan pesanan ringkas yang cukup membina untuk seorang leader. Beliau berkata,

“As a Leader, you have made a decision! Don’t worry about true or false, it can be fix after you see the result!”

“Sebagai seorang ketua, awak perlu membuat keputusan! Jangan bimbang samada keputusan itu betul atau salah, ianya boleh dibaiki selepas melihat hasil dari keputusan yang dibuat!”

Sesiapa pun kita, samada menjadi ketua atau tidak, kita tetap perlu mengetuai atau memimpin diri sendiri. Jika kita tidak boleh membuat keputusan untuk menetapkan sesuatu langkah, bagaimana kita boleh surveys dalam hidup ini?

Memang kadang-kadang kita mengalami keadaan sukar untuk menetapkan sesuatu keputusan, kita takut keputusan yang kita buat itu silap, kita takut kita dipertanggungjawabkan di atas keputusan yang dibuat dan macam-macam lagi. Namun, kita perlu tahu, Kuasa Keputusan bukan terletak pada keputusan yang dibuat, tetapi terletak pada hasil yang terjadi. Dengan hasil itulah kita boleh bertindak dengan lebih bijak samada meneruskan keputusan yang dibuat atau pun membaiki keputusan yang tersilap.

Tetapi sayang, ramai orang takut hendak membuat keputusan kerana takut akan hasil yang bakal mereka tempuhi. Sedangkan di situlah sebenarnya terletaknya kuasa keputusan. Di situlah persimpangan untuk kita meningkatkan prestasi diri dan di situlah lahirnya seorang pemimpin, jutawan, pakar motivasi dan sebagainya. 

Disebabkan itu, jangan sesekali takut hendak membuat keputusan. Betul atau salah bukan bukti untuk menunjukkan kita seorang yang gagal, tetapi ia bermaksud kita seorang yang berani dan sanggup belajar untuk membaiki kesilapan yang dibuat.

“Buatlah keputusan! Tidak kira apa hasilnya, berani dan bertanggungjawablah atas keputusan yang ditetapkan. Kerana di sinilah lahirnya seorang pemimpin!”

wanwma

Kenapa Bekerja Begitu Tekun?

Ditulis oleh wan wma pada October 24th, 2008

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Seorang kawan saya bertanya, “Mat, kenapa engkau kerja kuat sangat? Aku tengok hidup kau tak de benda lain kecuali kerja dan mengadap tuhan jer. Siang hari kerja, malam hari kerja, hari cuti pun kau kerja!” lebih kurang macam tu la bunyinya soalan dia. Em..betul jugak apa yang dikatakannya. Tapi dia sebenarnya dah salah faham. Saya sebenarnya tak bekerja, saya sedang bermain dan melakukan perkara berfaedah, hobi dan cita-cita saya.

Ramai sebenarnya orang silap faham, mereka nampak seolah-olah saya begitu tekun bekerja dan kuat berusaha. Adakah anda rasa jika anda suka melukis dan melukis setiap hari dikira sebagai bekerja? Atau anda rasa jika anda suka lepak, kemudian anda lepak setiap hari dikira sebagai bekerja keras? Ehem, tak tak? Pelik bunyinya, betul tak?

Sama saja seperti apa yang saya sedang lakukan sekarang. Saya cuma lakukan apa yang saya suka. Saya cuma bermain-main dengan hobi saya, saya tak rasa pun apa yang saya buat ini adalah bekerja. Itulah sebenarnya perkara yang sama anda perlu terapkan dalam diri anda untuk mencintai kerja anda. Saya sebenarnya ada membaca satu ungkapan dari seorang yang agak terkenal, tetapi saya lupa siapa orang itu. Dah lama saya sematkan kata-katanya. Dulu saya kurang faham apa maksud sebenar kata-katanya, namun kini saya rasa amat memahaminya. Kata-kata itu berbunyi begini:

“Buatlah kerja yang anda suka, nescaya anda tak perlu bekerja walaupun sehari!”

Percaya atau tidak itulah apa yang saya rasa sekarang. Walau bagaimanapun, saya boleh beri penuh tumpuan kepada apa yang saya lakukan ketika ini kerana masih belum ada komitmen terhadap keluarga. Masa dan keadaan boleh berubah, kita pun akan berubah. Timbang-timbangkanlah masa untuk keluarga, ibadat, kesihatan dan sebagainya mengikut keperluan. Tapi pastikan anda turut sama dalam mencari atau melakukan kerja yang anda suka, tentu anda akan sangat gembira walaupun kadang2 penat dalam menyiapkan kerja anda.

Satu lagi nasihat saya, janganlah terlalu merungut dengan kerja yang anda ada sekarang, tetapi jangan juga rasa terlalu selesa. Kita mesti sentiasa meningkatkan kejayaan diri. Namun, jika anda dari kalangan orang yang suka merungut, cubalah lihat gambar-gambar di bawah..

 

Pecah Dara Tanda Cinta

Ditulis oleh wan wma pada October 18th, 2008

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Tajuk di atas adalah tajuk perbincangan dalam Wanita Hari Ini di TV3 semalam. Saya tidak mahu berbicara panjang tentang perkara ini sebab saya sendiri pun masih belum menonton sepenuhnya apakah perbincangan yang dihuraikan. Anda boleh terus menonton siri ini di laman web rasmi tv3. Saya nak ulas dengan lebih lanjut pun masih tak sempat buat masa sekarang…kena sambung kerja lagi.

Namun, ingin saya mendapatkan pandangan dan nasihat anda berkaitan perkara di atas. Adakah pecah dara menandakan cinta? Atau menandakan iman seorang perempuan itu begitu lemah?


Copyright © 2007 WanWmaBlog. All rights reserved.