Saturday , 21 October 2017
Terbaru

Tips Awal Sebelum Bertudung Labuh

“…Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu….” [surah 24; an-Nur; ayat 35]
“Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti); dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus.”[surah 24; an-Nur; ayat 46]

Saya percaya… ramai sahabat-sahabat, adik-adik mahupun kakak-kakak diluar sana yang hatinya telah lunak & lembut disapa bayu Hidayah Allah swt.

Hidayah ini menyapa tanpa disedari melembutkan hati untuk merapatkan diri kepada Ilahi. Hati terasa teruja melakukan kebaikan, langkah laju diatur ke denai-denai majlis Ilmu, bibir pula tak henti melafazkan zikrullah mahupun doa agar Allah menguatkan hati untuk terus ada di jalan yang benar ini.

Apabila meneliti keadaan penampilan diri yang agak tidak sempurna penutupan auratnya, hati tiba-tiba terasa malu kepada Allah. Mengenangkan kejahilan diri melanggar perintah & garis panduan yang telah ditetapkannya. Namun, di saat diri mahu berubah. Di celah-celah semangat itu dilunturkan pula dengan tohmahan orang sekeliling. Lantas lantaran dek mengenangkan kata-kata perlian & kejian yang bakal dilalui. Tambahan pula diri dilahirkan dalam keluarga yang ‘biasa-biasa’ sahaja penerapan & pelaksanaan agamanya, diri terkenang pula apa kata keluarga jika tiba-tiba berubah penampilan kelak.

Situasi ini kerap kali melanda hati, diri yang baru ‘dipanggil’ pulang oleh Allah. Respon bagi panggilan tersebut ada 3:

  1. Ramai di antara hamba-hamba yang diuji Allah ini berjaya melalui liku-liku tersebut dengan sabar & tabah sebelum istiqomah menyarungkan tudung labuh. Alhamdulillah.
  2. Namun, ramai juga yang cuma separuh jalan menyahut panggilan Hidayah Allah lantaran memikirkan kata-kata orang & keluarga. Ramai juga meninggalkan penampilan tudung labuh kerana kembali ‘terpikat’ dengan keduniaan seperti terpengaruh dengan fesyen, takut tidak bertemu jodoh ataupun kerana menggunakan alasan susah mencari pekerjaan dengan pakaian tersebut.
  3. Ramai juga yang langsung tidak mengendahkan ketukan Hidayah Allah yang dibiarkan berlalu sepi. Mereka ini terlepas peluang keemasan apabila menyangka Hidayah itu boleh dibeli dan akan tiba hanya dengan menanti.
Kepada sahabat-sahabat, adik-adik serta kakak-kakak yang dikasihi Allah, pilihlah untuk menjadi hamba-hambaNya seperti respon yang pertama,
Renungilah firman Allah;
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.”  [surah 2; al-Baqarah; ayat 45-46]
Kuatkanlah hati. Kuatkan semangat. Berbanyaklah berdoa kepada Allah agar ditetapkan hati untuk melalui jalanNya ini. Bukan calang-calang orang yang terpilih untuk memiliki HidayahNya. Bersyukurlah jika kita di antara insan-insan yang terpilih untuk kembali kepadaNya.
Sesungguhnya, biar kita hilang ‘seseorang’ atau ‘sesuatu’ demi Allah. Daripada demi ‘seseorang’ & ‘sesuatu’ kita kehilangan Allah. Nauzubillah.
Apabila hati tiba-tiba terasa insaf dan ingin kembali, namun, masih keliru apa yang perlu dilakukan. Mungkin TIPS-TIPS AWAL di bawah ini dapat membantu untuk memulakan langkah:

1. Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2. Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. Yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. InsyaAllah…

3. Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4. Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh semua ini seiring).

5. Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.

6. Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7. Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

Contoh 1: Tudung Akel bidang 50.
..
Contoh 2: Pashmina (selendang menutupi dada & tidak jarang)

8. Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudungTudung Turki/ Mesir/ Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung.Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

Contoh Tudung Turki jenama Akel bidang 60.

9. Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10. Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. 🙂

Contoh tudung labuh berjahit. Kain jenis koshibo.

CUBALAH dahulu. InsyaAllah, sekali cuba… masyaAllah, perasaan kali pertama itu terasa sangat indah sekali. Terasa sangat selamat, terasa Allah berasa sangat dekat. Subhanallah! Jika kita ikhlas berhijrah & memakai tudung labuh dengan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah, insyaAllah Dia akan membantu mempermudahi jalan kita.

Secara tidak langsung, akhlak kita juga seakan terpelihara sebagaimana terpeliharanya maruah kita dilindungi kelabuhan tudung yang dipakai. Kita akan jadi segan untuk berakhlak buruk & melakukan kemungkaran.

Sebenarnya, boleh sahaja kalau hendak terus memakai tudung labuh. Namun, seeloknya, kita mulakan secara perlahan-lahan agar diri lebih yakin & bersedia. Tidaklah nanti perubahan itu terlalu drastik & takut diri tidak dapat mengadaptasi dengan penampilan baru itu. Cepat atau lambat, yang penting, perubahan itu ikhlas & istiqomah. Jadi, banyak-banyakkan berdoa agar Allah mempermudahi jalan kita untuk meraih redhaNya.

Firman Allah swt; “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka….” [surah 24, an-Nur; ayat 31]
Kuatkan semangat, kuatkan semangat, kuatkan semangat serta mohonlah kekuatan daripada Allah. Sesungguhnya tidak salah berubah jika perubahan itu ke arah kebaikan & mendekatkan jarak kita dengan Allah. Yakinlah bahawa Allah akan menganjarkan kebaikan kepada kita di atas pengorbanan kita.

Firman Allah swt; “Dan barangsiapa yang berjihad (melakukan kebaikan),maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sungguh, Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam.” [surah 29; al-ankabut; ayat 6]

“Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan & seindah hiasan dunia adalah wanita yang solehah.” [HR Bukhari & Muslim]

Teruskan mencari, belajar & berusaha untuk memperbaiki diri. 🙂 Sesungguhnya, anda bukanlah keseorangan kerana Allah sentiasa ada di sisi kita.

Semoga bermanfaat, insyaAllah.

p/s: Melalui pengalaman saya sendiri, saya mencintai penghijrahan saya. Malah, tips-tips di atas ditulis berdasarkan pengalaman saya sendiri. Alhamdulillah, saya bersyukur Allah kuatkan hati saya untuk tetap di jalan ini. Malah, sejak penghijrahan saya, saya berasa lebih tenang & gembira. Tak dinafikan memang banyak ujian & cabaran. Namun, Alhamdulillah, Allah mempermudahi semua kesukaran yang saya hadapi.

Saya berdoa semoga Allah menggerak & menguatkan hati sahabat2, adik2 serta kakak2 yang saya kasihi kerana Allah semua untuk turut berhijrah kembali kepadaNya & merasai keindahan rasa menutup aurat dengan sempurna. InsyaAllah…

Nota: Baca Kisah Perubahan Yang Berlaku Kepada Seorang Sahabat Kita Setelah Bertudung Labuh Di Sini: Dilindungi Allah Setelah Bertudung Labuh

Ditulis oleh Syauqahwardah & diubahsuai oleh WanWMA. Dipetik dari: http://syauqahwardah1209.blogspot.com.
.

43 comments

  1. juga dari pengalaman dan sikp prejudis mengenai pemakaian tudung labuh akan dikaitkan dengan orang yang tidak pandai buat kerja atau lembap kerana tidak mahu bersosial.

    Kesilapan ini mesti ditepis..

  2. saya mohon share di blog saya..saya pernah merasai benda yang sama..terasa kemanisan tu…
    biarkan apa sj org nak kata asalkan niat kita berjihad ke arah kebaikan..semoga kita mendapat manfaat darinya…

  3. Terus bertudung labuh akan menyebabkan kita akan terus meninggalkannya. Biarlah perubahan itu dilakukan secara perlahan-lahan dan terus beristiqamah. Moga Allah memelihara kita daripada segala kemudharatan di luar rumah. Aminnn!

  4. macam mane ngan orang yang pakai tudung labuh, tapi kadang-kadang pakai tudung biasa mengikut keperluan sesuatu..?
    apa pandangan anta?

  5. SITI NORHIDAYAH

    aslm wan…nor ske entri ni…mkin bt nor ase yakn utk mulakn ssuatu hjrh…trm ksh utk sume email2 yg b’mnfaat…:-)…

  6. ana nor aisha

    alhmdulillh..bnyk kebaikkan kta bertudung labuh..sy sndri mgalaminya…

  7. Saya bertudung labuh..Tapi tu semua tak pernah membataskan saya dengan khidupan aktif saya….saya masih mampu sertai wataniah yg sejak dr dulu sya minat, saye msih mampu beriadah badminton pd waktu ptang, walaupun skrang dh bertudung labuh, kehidupan harian saya tak pernah terbatas dengan cara pemakaian saya…Dulu, mak saya alami kejutan budaya dengan perubahan saya..Hanya abang saya yg sentiasa memuji saya cantik bertudung labuh..Tapi, saya tidak pernah pandang rendah pd mak saya, saya sentiasa doakan mak saya dikurniakan hidayah untuk menutup aurat dengan baik…Kadang2 saya lemah menghadapi tanggapan manusia, namun, abang kandung saye yg tak pernah berhenti untuk mendorong saya….

  8. terima kasih ats tips ini …
    sy cuma harap mak sy blh terima kputusn sy utk btudung labuh ..

  9. memang tak dapat dinafikan tak mudah mana nak bertudung labuh bulat zaman sekarang.. lagi2 persepsi ramai org yg pandang org bertudung bulat labuh ni biasanya ustazah atau pgg jawatan kecik2 sahaja. Sy datang interview di satu hospital di bandar tun razak untuk position medical physicist dgn tudung labuh.. dalam hati kene cukup cukup yakin, rezeki kita Allah yang pegang. Hati org yg interview, Allah yang gerakkan. Alhamdulillah, sy dapat that position. Janganlah ragu2..yakinlah dengan janji Allah. Camne pun org pandang sinis, pandangan Allah lebih jauhhhh perlu dijaga.

  10. sembilanpuluhsatu

    alhamdulillah saya mula bertudung labuh selepas saya berkahwin. di atas dorongan suami tercinta yang saya kahwini pada usia 20 tahun, saya lebih selesa dgn penampilan skrg. saya dan suami bukanlah dari keturunan kuat agama tetapi kesedaran untuk dapatkan hidup yang baik mmbuatkan kita memilih sesuatu yang terbaik. suami saya akui walaupun dulu dia seorang ‘play-boy’ ,wanita bertudung labuh tetap menjadi tumpuannya dan yang dapat melunturkan hatinya walaupun hidupnya dulu dikelilingi perempuan2 seksi. Jangan risau jodoh, jodoh yg baik datang dr Allah. Jgn risau pekerjaan krn rezeki yang baik dan berkat juga dtg dari Allah. walau x kaya yang penting hidup sejahtera 🙂

  11. Assalamualaikum wbt..
    alhamdulillah saya sudah berjinak dgn tdung bidang 60.
    dlm hati ada niat untuk pakai tudung labuh bulat yg xde pin sbb terasa lebih sempurna dan selamat, lebih2 lagi time blaja kat campus ni.
    tapi kalau ibu kate tak payah maknanya kena ikut cakap ibu ye?
    lagi 1 nak tanya pada sahabat, bawah dagu kena tutup sampai mana ye?
    tq,mohon respon..

  12. Assalamualaikum wbt,
    saya nak tanya kalau ibu saya kata pakai tdung bidang 50 dah cukup, maknanye saya kena ikut?sbb kalau boleh nak pakai tdung lbuh bulat yang takde pin..
    lagi 1 nak tanya bawah dagu kena tutup sampai mana ye?
    mohon respon, syukran..

  13. assalamualaikum. sy ingin berkongsi 🙂 dulu, sy xpakai tudung. masuk form 3 bru pakai, sbb nk pegi tuition. tp sy pakai pon kdg2 on off. bila kt kwsn rumah/kampung mmg xpakai trus. kiranya nk keluar je pakai. slalunya pon pakai selempang je. pakai ketat. baju lengan pendek kekadang. dlm usia 18 tahun, kt tmpt bru sy blajar, alhamdulillah sy kenal ramai org yg byk memberi kesedaran pd sy. berkawan dgn org bertudung labuh, tp xlama lepas tu dy study kt oversea. rasa mcm kehilangan. xde org tlg bimbing. tp sy still cari kwn yg baik2. smpai satu saat, ad kes budak pompuan kena usha bhg dada time tgh bersukan. wk2 kes tu heboh diperkatakan, sy rasa mcm tersentak. ya allah, malunya klu lelaki tgok. mslhnya yg kena bukan budak free-hair je, budak pakai tudung (xcover habis) pon kena gak. walaupun sy xkena, tp budak pompuan of course la kena tempias. so, hati sy tergerak nk ubah cara pakai. bila fikir balik, buruknya pompuan pakai ketat2. so, sy brubah sedikit demi sedikit. alhamdulillah, smpai skrg sy pakai tudung bawal/shawl tutup bhgn dada 🙂 bj pon semua longgar. cuma sy masih pakai jeans. sy pon berdoa suatu hari nanti sy akan pakai tdg labuh. dgn info2 islamic yang dikongsi di facebook. orang2 yg baik di sekeliling. ceramah2 agama. semoga sy dan kalian mendapat perubahan yg semakin baik. amin 🙂

    • 🙂
      walau dtg dri kluarga y islamik, mard agk bega nak pki tudung lbuh bulat. Kdg2 pkai. Kdg2 pki shawl pashmina n jeans. Mard jnis y minat nk stylo. Sebab, apa y mard pakai, boleh influence keyakinan diri mard. Doakan mard suatu hari nnti istiqamah bertudung labuh bulat:) Bangga dengan muslimah y bertudung labuh bulat.

  14. terkesan d hti….insyaAllah,demi islam apa slahnya kalau kta brubah…:)

  15. Salam… suka baca pasal tudung labuh…Alhamdulillah dah pakai sejak form 4 dan sampai sekarang dah ada anak pun ALLAH beri kekuatan istiqamah untuk mengekalkannya..hanya yang dah pakai tudung labuh je tau kemanisannya… walaupun bukan dari aliran sekolah agama, saya percaya jika kita memang ikhlas nak jaga penampilan kita kerana ALLAH, ALLAH akan bantu kita …tudung labuh dulu , kini dan selamanya…

  16. Teringin rasanya bertudung labuh…..harap sgt suatu hri nnty dpt kekuatan tok jd slah sowg muslimah brtudung lbuh… Insyaallah…

  17. Assalamualaikum….alhamdulillah,…inilah yang ana lakukan dulu sblm ana bertudung labuh…sehinggalah kini ana berniqab………. entri anta meluahkan apa yg ingin ana luahkan kpd muslimah lain selama ni…terima kasih…=)

  18. Assalamualaikum…

    Terima kasih atas perkongsian ilmu..semoga sama-sama mendapat Rahmat dari Allah s.w.t..sentiasa. Kira-kira 16-18 tahun yang lalu, saya bertudung labuh….rasanya dalam 2 tahun gitu..perubahan yang mendadak dibuat bukan dengan sedikit2..disebabkan kebetulan masa study di itm…dalam group usrah dan dikalangan kawan2 ramai yang beralih pakai tudung labuh nih…so main ikut2.. Kebetulah pulak pada masa itu hati saya terpaut pada seorang rakan sekuliah ..seorang tabligh…jadi atas niat untuk memikat hatinya ..saya bertudung labuh… Ternyata ..sesungguhnya..niat yang kurang ikhlas..bukan kerana Allah s.w.t …bukan untuk mencari keredhaannya..tidak akan bertahan lama…selepas diterima bekerja…saya sekadar bertudung biasa aje..namun alhamdulillah..tudung tetap menutupi bahagian dada…

    Syukur atas hidayah yang Allah berikan yang tidak terhitung banyaknya… setelah semakin mendekatkan diri padaNya ..Allah buka semula pintu hati ini untuk bertudung labuh..dan saya suarakan pada suami niat tersebut..kini..masih dalam proses ..memakai sarung tangan dan sarung kaki ..baru jer sebulan….dan niat serta azam ingin secepat mungkin untuk bertudung labuh tuh…pagi tadi baru terperasan tudung bawal yang saya pakai selama ini biarpun dilabuhkan dan menutup dada..tapi kainnya jarang dan mungkin nampak batang leher… Ya Allah..ampunkan dosa hambamu ini…

    Saya perlukan bantuan ,…dimana ye boleh beli tudung labuh jenis biasa (kain jenis baju melayu lelaki)..berjahit..lereng 60 tuh..dulu masa study buat sendiri ..jer jahit tangan..dan guna lilin(kawan ajar) ..saya di Melaka.. Saya telah beli 2 helai di Mydin Melaka..tapi jenis kainnya bukan seperti yg saya mahukan…Jasa baik kalian dihargai..

    Wassalam…

    • assalamualaikum…
      cuba saudari cuba Tudung Nur..saya pon dah lama cari tudung labuh yg kainnya selesa dipakai dan mudah dibentuk..Alhamdulillah, kwn saya cdgkan Tudung Nur…saudari boleh buka laman web http://www.tudungnur.com...(n_n)..

    • Assalamualaikum…

      Alhamdulillah mama dah bertudung labuh kini.. sejak 3 bulan lalu. Terasa lebih tenang dan selamat. Dorongan dan motivasi dari suami, blog ini, siaran TV Astro Oasis 106 , Rancangan TV Solehah -Alhijrah 114 , Rancangan TV 30 minit ustaz Don, Reflections dan Majalah SOLUSI memang banyak membantu.

      Sekarang dari segi penampilan dah berubah dan dari segi akhlak serta amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t diusahakan untuk ditingkatkan. Insyaallah mama yakin jika kita sentiasa berlapang dada dan muhasabah diri dan sentiasa meletakkan Allah s.w.t sebagai tempat utama memohon pertolongan , Allah akan permudahkan urusan kita.

      Mama sekarang sedang mencari-cari kumpulan usrah /rakan2 seperjuangan di Negeri Melaka untuk mama jalinkan ukhuwah dan turut serta bertukar-tukar pendapat@ilmu dll. Kalau ada sesiapa yang boleh beri cadangan amat-amat dialu-alukan. Terima Kasih. Semoga Allah s.w.t memberi taufiq dan hidayahNya sentiasa kepada kita semua….

  19. Stelah mbace artikel ni,hati sy lagi trase utk mperbaiki lg pnampilan sy…Alhamdullilah…

  20. salam.. saya ingin sekali memakai tudung labuh.. bagi saya..saya rasa selamat.. tapi pelbagai dugaan.. saya betul2 mahu. memakai tudung labuh,menutup aurat.. terutama saya sekarang masih belajar di sebuah ipta,, begitu banyak sekali ujian.. lebih2 lagi keinginan saya ini di tentang kawan2 seagama saya sendiri.. saya ingin minta izin untuk copy artikel ini di note fb sy supaya di kongsi dengan semua yg memnpunyai masalah seperti saya ini.. 🙂

  21. saya memang bertdung sejak kecik..mak saya pon ajr saya pakai tdung labuh n saya sekolah pon dgn tdung labuh (only in school) dekat luar saya pakai tdung biasa( ikut syariat)…bukan saya nak kata apa…kalau kita nak pakai tdung labuh boleh..tapi kena pastikan sahsiah kita ni seiring dengan cara pemakaian kita…
    ini berdasarkan pemerhatian saya kat kwn saya2 masa sekolah dlu..diorang tdung mmg labuh…kalah dr tdung saya….tapi perangai langsung x tunjuk sifat orang bertudng labuh.suka mengumpat.cari gado..kutuk org yg pakai tdung pendek, selekeh, pengotor..
    dah le saya ni jnis x suka paki tdung labuh and dgn perangai diorg cam2 lagi menambahkan x minat saya dgn tdung labuh..bg saya islam dah letak syart tdung tutup dada..so…
    bukan saya nak hina or kutuk org tdung labuh..x semua yg mcm tu.saya pon ade kwn yg pakai purdah..bertrus trang saya ckp..kadng2 saya rasa diri saya lagi baik dari org yg bertudung labuh n berpurdah..saya x pernah bercinta dgn lelaki yg bukan muhrim.x pernah msj dengan lelaki bukan muhrim saja2.x menyakitkan hati org lain..
    saya tau pemakaian saya agak lain skit dr diorg n saya agak lebih kepada rock style tp saya x pernah pon buat bnda2 ygb diorg buat except mengumpat..because sye kwn dgn prng mcmtu sye trus jd suka ngumpat pdhal sebelum saya kenal diorg saya x tau pon mengumpat tu mcm mne..
    parents selalu sruh pakai tdung labuh.hri2 kena tegur n perli.Bagi saya kalau saya x mampu nak bawk sahsiah yg baik dgn tdung labuh lebih baik saya x pakai tdung labuh dr saya menambahkan lagi fitnah org yg bertdung labuh..
    moralnya dekat sni kalau kita nak berhijrah ke arah kebaikan jgn hanya berhijrah melalui pemakaian sahaja tp dr segi sahsiah.itu yang lebih penting.kalau keluar bertudng labuh n berjubah tapi buat maksiat, bg sya buang lah cara pemakaian tu.menambahkan fitnah org lagi dekat org yg betudung labuh yg baik…

    • betul komen nti..tp kpd sesiapa yg memang bertudung besau2 ni dengan bersahsiah yang baik, saya memang cukup respect. tahniah! 🙂

    • saya pernah pegi dgr ceramah seorg ustaz ni. Dia tidaklah menghalang untuk bertudung labuh dan berjubah, tapi dia rasa jika kita mahu mendekati masyarakat, kita pakai biasa-biasa, yang mencukupi syariat tapi pada masa yang sama mahu mendekati pada orang yang biasa-biasa. Logik jugak. Jadi pada saya, terpulang. janganlah rasa rendah diri kalau tidak bertudung labuh pun. Cuma pastikan pakaiann kita boleh dibawa solat. Bertudung labuh itu mempermudahkan kita untuk beribadah padanya, iyala. bila2 dan di mana2 saja boleh bersolat tanpa was-was. Jadi ambil jalan tengah. Selalu kalu berjalan-jalan, sentiasa minta doa, ya allah semoga orang memandang saya terasa tenang dan bukan terasa sesuatu yang buruk. amin, amin. Buat demi Allah, bukan demi manusia.

  22. Dapat menutup aurat dengan sempurna adalah hasil dari pimpinan Allah atas hambaNya. Terima Kasih Allah atas segala kurniaanMu. Tidak ada sesuatu kebaikan melainkan KetentuanMu atas sesuatu. Alhamdulillah. Tuhan Yang Maha Baik.Kurniakanlah lagi kebaikan atas kami. Bukan saja aurat luaran saja dapat ditutup. Bahkan pendengaran, penglihatan dan hati juga ada penutupnya. Tutuplah pintu -pintu keburukan agar tidak dapat menembusnya. bukalah pintu-pintu dan jalan kebaikan agar dapat merasai nikmat pancaran cahaya islam. ………………………

  23. Terima kasih atas tips2 nie.. sgt membantu.. insyaAllah ade perubahan..

  24. subhanallah… terima kasih atas tip, kdg malu dgn diri sendiri lebih2 lagi Allah kerana akhlak tidak seindah cerminan pakaian… moga Allah beri kekuatan, petunjuk dan hidayah

  25. Assalamualaikum,Syukran 🙂 diatas perkongsian 🙂

  26. assalamualaikum.. sekadar ingin berkongsi cabaran apabila bertudung labuh.

    baru-baru ini saya terlibat dengan kursus anjuran sebuah organisasi persatuan isteri-isteri. penyertaan adalah kerana berkaitan dengan kerjaya suami. saya telah ditegur dihadapan semua peserta lain lantaran bertudung labuh ketika memakai baju kurung seragam persatuan. tak dapat saya gambarkan perasaan saya apabila menyedari banyak mata menoleh memerhatikan saya ketika ditegur. saya diminta memakai tudung pendek apabila setiap kali kami perlu memakai baju kurung seragam persatuan. subhanallah, ya Allah,, saya tak henti-henti berdoa, bermohon agar Allah tunjukkan jalan. usai sesi pengenalan tersebut, saya terkejut apabila ramai rakan-rakan peserta yang lain memberi semangat agar terus tabah dan tetap pendirian.

    apabila diceritakan pada suami, suami juga memberi semangat agar tetap dgn pendirian. suami juga menyatakan bahawa dia akan bersedia jika ada pihak atasan beliau yang menegur.

    sejujurnya, sangat mencabar apabila berpenampilan begini namun terikat dengan persatuan yang tidak memahami.

    Namun, bila dikenang kembali… bahawa hijrah ini adalah DEMI ALLAH… maka, hilang segala gentar kerana yakin Allah akan sentiasa membantu…

    Subhanallah… Allah hu Akbar..

  27. Terima kasih atas tips2 nie.. sgt membantu.. insyaAllah ade perubahan..

  28. Assalamualaikum,Syukran 🙂 diatas perkongsian 🙂

  29. Stelah mbace artikel ni,hati sy lagi trase utk mperbaiki lg pnampilan sy…Alhamdullilah…

  30. tips yang sangat berguna untuk saya dan khususnya untuk kaum wanita, semoga tidak bosan wanwma.com dalam menulis tips lainya 🙂

    Salam
    https://tutorialhijab.co.id

  31. Pembahasan artikel ini ngena banget, semoga kita terus diberi hidayah oleh Allah SWT. Amin.

  32. Terima kasih atas tips2 nie.. sgt membantu.. insyaAllah ade perubahan..

  33. Sukron… bermanfaat sekali terimakasih untuk tips” nya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*