Monday , 29 May 2017
Terbaru

TERHAD: STIKER KERETA KEMPEN AURAT SAYA MARUAH SAYA!

Dapatkan Stiker Kereta Kempen Aurat Saya Maruah Saya Edisi Terhad Di Sini!

Stiker Kereta Kempen Aurat Saya Maruah Saya ini dihasilkan khas untuk memperluaskan lagi kempen ini ke serata Malaysia. Dengan sokongan dan bantuan anda semua, InsyaAllah kempen ini akan mendapat sambutan yang lebih  menggalakkan dan dapat menarik lebih ramai ahli. Tiada apa yang kami kongsikan dalam kempen ini melainkan pesanan, kata-kata nasihat dan ilmu-ilmu agama untuk menyeru masyarakat supaya kembali ke jalan Allah.

Stiker ini dihasilkan dalam jumlah yang agak terhad. Saya sendiri tidak mempunyai dana khas untuk membangunkan kempen ini dan sumber kewangan saya juga amat terhad buat masa ini. Sehubungan itu, saya memohon maaf sekiranya tidak dapat membekalkan stiker ini dalam kuantiti yang banyak, tidak dapat menghasilkannya dalam saiz yang besar dan tidak dapat menghasilkan pelbagai variasi warna sebagai pilihan. InsyaAllah dengan bantuan sesiapa yang membeli stiker ini, saya dapat menghasilkan tabung khas untuk aktiviti kempen ini dengan lebih baik di masa akan datang.

Anggaran Saiz

Di bawah ialah anggaran saiz stiker ini apabila ditampal pada kereta.

Berapakah harganya?

Bagaimana membuat tempahan?

Harga untuk satu keping stiker hanyalah RM1.00. Bagaimanapun ia tidak dijual 1 keping sebaliknya ia dijual secara pakej iaitu 5 keping untuk satu pakej. Saya kenakan cas penghantaran sebanyak RM5 dan menggunakan khidmat penghantaran daripada Pos Exspres. Dengan ini, harga keseluruhan pakej stiker ini ialah:

5 Keping Stiker + Penghantaran (Pos Ekspress) = RM10.00

Sebenarnya harga RM10.00 adalah untuk memudahkan pembeli yang membayar melalui ATM Cash Deposit dan memudahkan saya untuk menguruskan jualan. Saya harap harga ini tidak akan membebankan anda semua. Stiker ini masih belum dibuka untuk tempahan. Bagaimanapun ia sudah mula dihasilkan. Kepada sesiapa yang tidak mahu terlepas untuk mendapatkan stiker ini, sila isikan nama dan email anda di bawah. Dengan mengisi nama dan email anda, saya akan menganggap anda sememangnya mahu membeli stiker ini. Oleh itu, sebaik saja stiker ini siap, saya akan maklumkan secara terus ke dalam email anda sebelum saya buka jualan kepada orang lain. Namun jika stiker ini sudah habis stok, terpaksalah saya batalkan jualan kepada orang lain. Oleh itu, pastikan anda mengisi nama dan email anda di bawah jika berminat untuk mendapatkan stiker ini.

Name
Email

Keterangan Ringkas Tentang Penghasilan Stiker Kereta Ini

Alhamdulillah. Sehingga kini Kempen Aurat Saya Maruah Saya mendapat sambutan yang sangat baik dari semua lapisan masyarakat. Meskipun baru dilancarkan selama lebih kurang 5 bulan, kempen ini telah berjaya mengumpul sejumlah 12,500 orang. Ini jelas menunjukkan keprihatinan masyarakat kita terhadap aurat sangatlah tinggi. Saya bersyukur kepada Allah di atas sokongan anda semua.

Kempen ini bertapak di Facebook. Baru-baru ini page kempen ini telah di’block’ oleh Facebook apabila jumlah ahli mencecah 10,000 orang. Setelah membuat permohonan, Facebook membuka kembali kempen ini untuk admin dengan beberapa syarat. Dan salah satu syaratnya ialah kami perlu memiliki laman web khas untuk kempen ini dengan nama domain ‘Kempen Aurat Saya Maruah Saya’ sebagai nama utama. Di bawah adalah gambar di mana amaran tersebut dinyatakan kepada admin.

Klik pada gambar untuk imej besar.

Untuk tujuan ini, saya perlu membeli domain, hosting dan menguruskan banyak perkara. Oleh itu, saya mula berfikir bahawa kempen ini sudah sampai ke fasa kedua. Saya memerlukan dana khas untuk menjalankan kempen ini dengan lebih meluas. Kami perlu mengedarkan risalah, sebarkan kempen ini ke seluruh Malaysia dengan bantuan sesiapa saja yang sudi membantu usaha dakwah ini.

Dari sinilah lahirnya ilham untuk menghasilkan stiker kereta Kempen Aurat Saya Maruah Saya. Dengan membuat sedikit perniagaan, saya akan dapat menjana wang tambahan untuk menggerakkan kempen ini dengan lebih meluas. Saya kurang suka konsep derma, saya lebih suka berusaha, berniaga dan mendapatkan pelanggan yang betul. Kemudian dari hasil jualan ini dapatlah saya dan rakan-rakan gunakan untuk mencetak ribuan risalah dan menjalankan beberapa aktiviti yang memerlukan wang. Dari usaha ini semua akan mendapat manfaat yang baik. Samada kami mahupun para pembeli, InsyaAllah..

18 comments

  1. salam…cane nk dptkan sticker nih? menarik sgt2…

    • W’salam..

      Awak isikan nama dan email pada ruang yang disediakan di atas. Apabila stiker ini sedia untuk ditempah, saya akan maklumkan kepada awak melalui email.

  2. ummu al-huffaz

    dah siap maklumkan dalam fb pun tak per…saya lebih alert inbox fb krana dah lama tak buka mail…harap maklum..

  3. sempat lagi ke tempah ni

  4. salam..sy sgt berminat dgn sticker ni..sy harap dpt manfaatkannya..

  5. salam.. akak nak 100 keping… boleh advice bila leh dapat?

    • W’salam..

      Stiker ni masih dalam proses printing, InsyaAllah 2-3 Nov ini akan siap. Saya akan maklumkan pada akak nanti.

      • oh! kalau macam tu bagus lah… akak perlukan sebelum 20 hb november…. nanti email pada akak berapa jumlah nya? akak rasa nak plan banyak lagik kempen dengan wan kalau wan berminat… email pada akak boleh?

      • wan? bayaran nyer macamana? COD ker?

  6. Salam ‘alayk, akhi fillah

    nak jugak sticker nya, boleh tempah lagi tak?
    kalau boleh, nak dua2 version, yang salah cetak dan yang baru..

    harap dapat emel pada saya. =)

    satu lagi, nak cadangkan supaya generalkan design sticker tu so that boleh guna utk semua lapisan masyarakat (tua, muda, lelaki, perempuan), but still, message nya tetap sama..

    … ?????????????? ?????????????? …

    Wallahu’alam.

  7. owh, nampaknya ayat quran yg saya quote tak dapat display..
    fastabiqulkhairat..

    satu lagi, nk betulkan ayat, harap dapat emelkan pada saya tentang bila boleh beli sticker nya..

    jazakallahukhair.

  8. Salam..sori saya nak off topic. Nak tnya bukan pasal sticker ni. Tapi hal lain. BOleh tak saudara wanwma bagi alamat email so saya boleh kemukakan pertanyaan?Terima kasih.

  9. satu kempen yang sangat bagus wan. keep forward

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*