Sunday , 24 September 2017
Terbaru

(Semasa) Perlukah Malaysia & Indonesia Bersengketa?

Saya berkunjung ke beberapa blog rakan dan mendapati fanomena caci memaki di antara rakyat Malaysia dan Indonesia semakin merebak. Kutuk-mengutuk, sumpah seranah dan saling salah menyalahi antara satu sama lain menjadi amalan bangsa masa kini. Persengketaan ini bermula dari kesalahan segelintir individu dengan individu yang lain. Namun diperbesarkan dengan menggunakan hak bangsa masing-masing!

Kerana sifat ego dan lagak yang mendahului pemikiran, masing-masing mula bertelagah menggunakan perasaan. Apakah fanomena ini menunjukkan kita atau mereka berada pada kedudukan yang benar? Siapa yang benar dan siapa yang salah menjadi persoalan, meskipun mengaku salah namun perasaan tidak berpuas hati tetap membuat-buat di dalam diri. Kenapa bercakap tentang bangsa jika diri sendiri yang tidak berpuas hati? Kenapa perlu menyalahkan hutan jika hanya sebatang pokok yang rosak? Kenapa dan kenapa?

iraq-war

Soalnya kerana kita dan mereka sama-sama bercakap tentang hak! Sama-sama bercakap tentang bangsa. Kita tidak bercakap tentang tanggungjawab, kita tidak bercakap tentang keharmonian, sebaliknya kemegahan sesebuah bangsa! Ketahuilah perkara ini telah lama diajar oleh tuhan bahawa apabila kita menegakkan bangsa dan hak, kita akan hancur! Bangsa yang paling sombong dan merasakan diri mereka benar suatu masa dulu adalah bangsa arab. Kerana salah faham ini, Allah turunkan para nabi di sana.

Memperjuangkan bangsa sendiri, bangsa lain akan terluka. Memperjuangkan hak sendiri, hak orang lain akan terabai. Namun inilah yang terjadi dan sedang jauh meresap ke dalam minda insan sejagat. Apa langkah kita? Apa tindakan kita? Apa tanggungjawab kita? Mencaci, menghina, mencela dan saling mengata, itulah yang sedang kita lakukan.

Kembali kita kepangkal jalan. Perlukah kita memperjuangkan bangsa kita jika ia hanya mengundang persengketaan? Adakah selama ini kita memperjuangkan bangsa kita kerana hak bangsa kita betul? Jika kita kata kita betul, adakah mereka akan kata mereka salah? Ataupun kita hanya memperjuangkan bangsa kita selama ini kerana kita dilahirkan di sini. Kita dilahirkan dalam bangsa ini. Bagaimana pula jika kita dilahirkan dalam bangsa yang lain? Bangsa itu pula yang kita perjuangkan?

Hakikatnya, memperjuangkan bangsa tiada kesudahannya kecuali mengundang perbalahan dari bangsa lain. Asal usul kita sama sahaja, kita semua keturunan Nabi Adam. Kerana perjuangan bangsa, kita telah berpecah. Sedangkan kita sesama umat Islam. Mengejar cinta Ilahi. Mengejar kemakmuran dan keamanan. Perjuangan bangsa telah melalaikan kita tentang persaudaraan kita sesama Islam. Perjuangan bangsa telah menyebabkan kita menyakiti saudara kita sesama agama. Perjuangan bangsa telah menyebabkan kita berpecah-belah.

Adakah mungkin seorang yang berdarah Malaysia mahu bertukar menjadi bangsa Indonesia? Atau bangsa Indonesia mahu bertukar menjadi bangsa Malaysia? Mustahil sekali! Tetapi adakah mungkin bangsa Malaysia itu beragama Islam? Atau adakah mungkin bangsa Indonesia itu beragama Islam? Atau adakah mungkin mana-mana penganut agama lain memeluk Islam? Ya! Bukan mungkin tetapi sememangnya boleh!

Maka dengan ini, memperjuangkan bangsa tidak mungkin mampu mententeramkan keadaan, kerana ia sesuatu yang tiada kesudahan, sebaliknya memperjuangkan agama Islam, semua bangsa mahupun kaum boleh memayungi kedamaian yang sama, keharmonian yang sekata dan persefahaman yang menyeluruh!

Namun, keindahan ini tidak mungkin terjadi. Kenapa? Saya akan sambung lagi artikel ini akan datang….

Bersambung….

9 comments

  1. Memang susah bila akal sudah dikuasi oleh hati. Akal sudah tidak mampu berfikir secara rasional. Ditambah lagi dengan semaraknya semangat nasionalisme yang tidak bertunjang kepada kewarasan emosi. Begitulah jadinya….
    .-= KuNora menulis diblognya tentang.. Are You still Complaining? =-.

  2. Assalamualaikum,
    Kalau berlanjutan habis lah rakyat Malaysia disana. Moga dijauhkan tu semua. Ni dah nak raya ni Malaysia-Indonesia patut bermaaf-maafan kan lagi bagus.

    Apapun Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin tulus ikhlas dari Mantra buat Wanwma dan keluarga

  3. Selamat Hari Raya Semua

  4. Aku pelik.. Ada jer benda yg wat diorang x puas ati.. Dari 1 hal ke 1 hal.. Ada batu api la ni.. Btw diorang terus-terusan menunjukkan kehebatan masing2.. Tambah2 lagi dalam dunia cyber ni.. Aku baru dpt info dari member aku yg dalam 2~3 ari lepas, 120++ website dah di hack diorang.. Aku ada list2 site yg kena hack 2.. Ada yg dah restore.. & ada yg still terpampang deface page.. Hmm..

    Apa2 pun kita doa jer la semogo perbalahan diantara Indonesia & Malaysia berakhir.. Kalau dua2 pihak besar kepala mmg x kan ada penghujung.. Silence is golden (pepatah dekat library skolah aku dlu..)

    Panjang dah aku mencarut.. Siap leh wat post ni.. Wahahha.. Slamat ari raya..
    .-= KertaZ menulis diblognya tentang.. Raya oiii.. Wahahaha.. =-.

  5. Rasenye yg kat belah Indonesia je kot yg lebih2. Kat M’sia ok je. X la 100% ok….. tapi kire cool la jugak.

    AKu pun ade buat entri psl kebengangan aku pada diorg, tu pun bersebab sbb depan mata aku sndiri berlaku, sape x panas. Kwang2 🙂
    .-= Adney menulis diblognya tentang.. Haram Seks Dilihat Rakan!!! =-.

  6. pasal indonesia tuh biarkan jela.. mcm kertaz tulis.. senyap kan jer.. kalau kita senyap lama2 diorg pun penat la.. then senyap.. hahaha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*