Monday , 25 September 2017
Terbaru

Membina Syurga, Bukan Neraka (Sambungan Artikel Lebih Senang Untuk Berzina Dari Berkahwin?) #3

Setelah berkahwin, rumahtangga yang dibina seperti yang diajar oleh Islam hendaklah menjadi syurga, bukan neraka. Jika perkahwinan tidak dapat membawa kebahgiaan, insan tidak disuruh memperjudikan hidup keseluruhan kerana isteri atau suaminya. Walaupun talak itu bukan perbuatan yang baik, namun ia dibenarkan jika terpaksa.

Insan mempunyai matlamat hidup, bukan sekadar untuk bertungkus lumus kerana masalah seorang lelaki atau wanita. Maka Islam mengajar cara-cara yang berbagai demi menyelamatkan rumah tangga dari talak. Jika gagal, Islam juga mengajar talak untuk mengelakkan kezaliman berlaku antara salah satu pihak; suami atau isteri. Firman Allah: (maksudnya)

“Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan tujuan memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menzalimi dirinya sendiri.

Dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu Iaitu Kitab (Al-Quran) dan hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”

(Surah al-Baqarah, ayat 231).

__________Gambar Hiasan _____________

Jika penerusan perkahwinan hanya memberi mudarat kepada pasangan, maka talak itu disuruh oleh Al-Quran ::::::::::::

Jika penerusan perkahwinan hanya memberi mudarat kepada pasangan, maka talak itu disuruh oleh al-Quran. Malanglah kaum wanita yang sepatutnya telah dikeluarkan oleh Al-Quran dari kezaliman atau kemudaratan si suami, tiba-tiba terjatuh dalam kezaliman batin akibat proses birokrasi mahkamah yang bernama syariah.

Wanita hari ini ada yang terseksa batinnya – sudah tujuh lapan tahun suaminya tidak mengambil tahu soal nafkah zahir dan batin ::::::::::::

__________Gambar Hiasan _____________

Maka, wanita hari ini ada yang terseksa batinnya kerana menunggu proses mahkamah yang kadang-kala memakan masa bertahun-tahun. Bagaimana mungkin isteri yang sudah tujuh lapan tahun suaminya tidak mengambil tahu soal nafkah zahir dan batin tetap disahkan oleh mahkamah bahawa dia masih suami sekalipun isteri berulang meminta dipisahkan. Kata Dr Karim ‘Abd al-Karim Zaidan menyebut:

“Jika suami gagal menunaikan nafkah untuk isteri, kadi memisah antara mereka jika isteri memilih untuk berpisah…Hal ini diriwayatkan dari sejumlah para sahabat dan tabi’in” (al-Mufassal, 7/217).

Beliau juga memetik apa yang disebut oleh al-Dardir dalam al-Syarh al-Kabir:

“Bagi isteri boleh menuntut dipisahkan dari suami disebabkan mudarat yang dilakukannya; iaitu apa yang tidak diizinkan oleh syarak untuk dia buat seperti meninggalkan isteri atau memukulnya tanpa sebab dibenarkan syarak. Atau memaki dia atau bapanya seperti menyebut: Wahai anak anjing, atau wahai anak kafir! Atau wahai anak orang yang dilaknat”.

Dr Zaidan seterusnya memetik apa yang disebut oleh al-Imam Ibn Taimiyyah:

“Maka dianggap memberi mudarat kepada isteri yang boleh dipisah (dipasakh) apabila suami meninggalkan persetubuhan dalam apa keadaan sekalipun. Samada suami sengaja atau tidak sengaja”. (ibid 8/439).

Malanglah, pintu keluar itu dihalang oleh kerenah biorokrasi mahkamah ::::::::::::

Semua perbahasan yang begitu banyak boleh didapati dalam khazanah Islam itu menggambarkan rumahtangga untuk kebahagiaan hidup insan bukan untuk kedukaan mereka. Jika rumahtangga itu mengundang kedukaan, insan diberi peluang keluar oleh syarak untuk keluar dari daerah itu dengan segera. Malanglah, jika pintu keluar itu dihalang oleh kerenah biorokrasi mahkamah. Hakim barang kali ringan lidahnya menyebut: “kita tangguhkan perbicaraan kerana suami tidak hadir” sedangkan kesan jiwa begitu besar dan berat ditanggung oleh isteri.

Dalam Islam, jalan kepada halal dan kebahagian dibuka dengan begitu luas dan mudah ::::::::::::

Sebenarnya dalam Islam, jalan kepada halal dan kebahagian dibuka dengan begitu luas dan mudah. Dukacita, jika atas nama agama kita menyusahkan jalan yang halal dan dalam masa yang sama ada pula pihak-pihak lain yang memudahkan jalan yang haram. Perlaksanaan agama hendaklah bukan sahaja mendakwa adil, tetapi hendaklah juga kelihatan adil.

Dr. Mohd Asri

Terima kasih kepada: ibrahim.mydin

7 comments

  1. Islam tu mudah, ramai pihak yg buatkan jadi susah, dek kerana pengaruh adat dan budaya…
    .-= etomyam menulis diblognya tentang.. Sekitar Majlis Makan Sempena Habis Exam =-.

  2. Tapi memang betul, proses mahkamah kekadang amik masa bertahun baru setel.

    Memanglah cerai jalan terakhir, tapi kalau orang dah nekad nak cerai mesti ada sebabkan?

    Kenapa nak kena tgu mcm tu punya lama? Jabatan agama tak pernah ambik tau ke hal2 cmni? Atau mahkamah syariah permudahkan ke kes2 cerai.

    Kesian orang perempuan, terseksa sebab orang lelaki..
    .-= Ermilia menulis diblognya tentang.. Cuti-cuti Malaysia =-.

    • entahlah..masyarakat kita selalu menyukarkan proses perlaksanaan agama..padahal Islam agama yg memudahkan perlaksanaan, bukan membebankan..

  3. perceraian adalah jalan terakhir…jika tiada lagi persefahaman…. itu sahaja
    .-= zik menulis diblognya tentang.. Selamat hari buruh 2010! =-.

  4. perkahwinan kalau tidak didasarkan dengan toleransi dan persefahaman, memang susah…itu sebab penceraian boleh berlaku.akhirnya, yg jadi mangsa, anak-anak kecil….
    .-= faizal menulis diblognya tentang.. Bioteknologi untuk Kehidupan =-.

    • terlalu ramai orang yang berkahwin atas dasar cinta buta..bukan kerana cintakan Allah..oleh sebab itu, kadang2 sedikit perselisihan pendapat pun boleh menyebbkan perceraian..nauzubillah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*