Monday , 24 July 2017
Terbaru

Kenapa Yahudi Bijak? Kita Perlu Menyaingi Mereka!

Artikel ini dialih bahasa dari penulisan Dr. Stephen Carr Leon. Beliau membuat sebuah tesis bertajuk ‘Mengapa Yahudi Bijak’. Kenyataan ini bukan untuk mengakui kebijaksanaan Yahudi tetapi untuk menggambarkan bagaimana dengan rancangan mereka kita semua boleh telah terpedaya dengan aturan mereka. Ikuti penulisan Dr. Stephen Carr Leon di bawah dan ketahui bagaimana Yahudi membina dan membangunkan kaum mereka.

*********************************************************

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran – admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai ‘Mengapa saya gemarkan tomato! ‘ Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon

Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita – Admin)

http://syurgadidunia.blogspot.com/

Dipetik dari Facebook Danish Irfan

15 comments

  1. hujah ini amat diterima pakai… teori ini memang disokong.. namun hidup kita perlulah mengalami pelbagai perubahan… segala isi kerak yang selama ini melekat harus ditanggalkan. Kita boleh mengikut caranya… namun kita tak perlu ikut sikap zionisnya… kita boleh melakukannya, namun usaha seorang mungkin tidak mandatangkan kesan yang menyeluruh… harus di usahakan oleh tindakan segenap lapisan dan masyarakat di bumi Malaysia ini.. termasuklah para pemimpin… sekadar pandangan

  2. Kaum Yahudi bijak memanipulasi keadaan sekitar. Mereka menunjuk-nunjuk agar bangsa lain kagum dengan keupayaan mereka dan dengan itu menghormati serta takut kepada mereka.Ini terbukti semasa peperangan bersama bangsa Arab di tahun 60an hingga masa ini yang mana taktik kotor mereka, ‘Divide and Conquer’ amat berkesan.Umat Islam sepatutnya sedar bahawa mereka telah dianugerahkan mukjizat yang paling kuat…Al-Quran.Dengan kelalaian duniawi yang ditubuhkan oleh bangsa Yahudi sendiri,umat Islam telah menjadi lemah dan beranggapan kaum Yahudi lebih bijak daripada mereka.Walhal,kaum Yahudi sendiri sangat terancam dan takut kepada umat yang benar-benar Mukmin.

  3. JeSuisMouslem

    Sepatutnya kita kena benci pada Yahudi, dalam kitab Talmud (pegangan mereka selain Torat) menganggap selain daripada mereka adalah babi, keldai, dan haiwan yang ditundukkan tuhan untuk kegunaan yahudi.

    ** ini adalah akidah mereka dan idealism mereka, tidak berpisah sehingga mereka mati.

    Persoalan, sudah banyak orang lain menyebarkan perkara ni, kenapa tidak kita menyebarkan tafsiran Al-Quran dan syarahan Hadis yang membentuk peribadi mulia, berakhlak tinggi.

    Kenapa tidak kita membaca Al-Quran setiap hari? Itulah cahaya petunjuk.

    Sebenarnya yahudi buat cerita2 berantai camni supaya org melayu & lainnya terbuka dgn mereka. seperti mereka telah lakukan kpd org2 barat. apabila org eropah bertemu yahudi yg susah mereka akn sedaya upaya bantu mereka, inilah realiti dieropah.

    Cara ini sepertilah menanam dlm otak benda yang hitam itu adalah putih.

    Sudah lama puak zionis atau yahudi ni menggunakan istilah “The Jewish Genius” utk mengelirukan bukan sahaja org Islam bahkan dunia.

    Untuk mengetahui dengan lebih jelas baca artikel di bawah yang telah dipetik dan terjemah dari “Ensiklopedia Yahudi, Bangsa Yahudi, dan Zionis” oleh Abdulwahab Al-Masiri.

    Konsep “The Jewish Genius”

    The Jewish Genius satu konsep yang sangat bahaya telah ditafsirkan sebegitu rupa bagi orang biasa. Mereka telah tertipu dengan cerita-cerita yang digambarkan.

    Cuba kita lihat dahulu apakah sebenarnya maksud “The Jewish Genius” sebab ia adalah satu konsep jika salah tafsirannya salahlah gambaran terhadapnya.

    Dalam Ensiklopedia Yahudi, Bangsa Yahudi, dan Zionis oleh Abdulwahab Al-Masiri menerangkan konsep “Jewish Essence” yang tidak berubah di mana-mana tempat dan masa yang telah tersirat dari beberapa kefahaman, konsep, dan gambaran yang digunakan di dalam kajian golongan dan pegangan Yahudi di antaranya konsep “The Jewish Genius”.

    Di dalam penulisan orang-orang Yahudi apabila disebut “The Jewish Genius” ia menunjukkan kepada konsep “Ciri-ciri Yahudi” dan kalimah ini jarang digunakan. “The Jewish Genius” ini digunakan dalam perkara yang terdapat dalam masyarakat Yahudi sahaja. Kewujudan mereka menunjukkan perbezaan mereka sahaja. Menjadikan mereka bangsa yang terpilih, selain daripada mereka adalah haiwan, anjing, babi, dan keldai.. Allah menjadikan selain mereka dalam bentuk manusia untuk layak menjadi hamba kepada Yahudi.

    “The Jewish Genius” berakar dari melakukakan dosa-dosa besar, mencuri, dan membuat kemusnahan. Menceritakan “The Jewish Genius” memang macam menceritakan “Keganasan Yahudi”. Itulah gambaran pertama mengenai Yahudi yang dikatakan Yahudi pada tahap pertama kemudian barulah dikatakan Yahudi Amerika atau Yahudi Russia.

    Firman Allah s.w.t : {Kami akan merekodkan kata-kata mereka itu dan perbuatan mereka membunuh para nabi tanpa alasan yang benar} [Ali Imran : 181].

    Kalau kita lihat dari sudut sejarah, kita akan tersingkap terus dengan konsep “The Jewish Genius” yang tidak boleh ditafsir setingg-tingginya. Terserlahlah kelemahannya ketika membandingkan ciri-ciri persamaan Yahudi dan genius yang lain seperti Fillon (Ahli Falsafah hidup di zaman Hellenic), Freud (Ahli pemikir Yahudi Austria yang hidup di akhir kurun ke-19), Hajal (Artis yang hidup sebahagian pertama kurun ke-20), dan lain-lain lagi.

    Jawapan yang satu-satunya tiada ciri persamaan yang ada. Jika kelaskan mereka ini dengan ke”yahudi”an tidak membawa apa-apa faedah untuk memahami ideologi mereka ini atau sumbangan mereka dalam sejarah kemanusian. Hajal pernah menjelaskan dalam majalah Time bahawa dia tidak mengambil berat tentang ke”yahudi”an.

    Jika kita tinggalkan bidang artis dan kemanusian jadilah “The Jewish Genius” hanya sia-sia sahaja tiada apa disebaliknya. Apa maknanya sebagai teori sahaja yang telah dikecapi oleh Einstein yang dikatakan “kecerdikannya keyahudian”. Memang Einstein telah menyingkap teorinya itu tanpa sumbangan sebelumnya dari orang-orang Kristian dan Buddha. Adakah mungkin Einstein boleh sampai kepada teorinya tanpa ada Tamadun Barat Moden? Kalau tidak, bagaimana kita tafsirkan tiada ahli sains yang berjaya dari golongan Yahudi seperti Einstein.

    Kalau diperhatikan golongan yang mengajar dan perekacipta dari golongan Yahudi sangat tinggi di dalam masyarakat Barat. Perkara ini satu perkata biasa yang berlaku kepada mana-mana kaum minoriti. Golongan minoriti ini terpaksa tunduk, jika masyarakat itu maju majulah, jika masyarakat itu mundur mundurlah.

    Walaupun kita kata “The Jewish Genius” secara mutlak sepertimana yang dibuat oleh Zionis, kita akan tahu bahawa orang-orang “Ibrani” (Yahudi) tidak memain peranan besar dalam membentuk ketamadunan manusia. Apabila lahirnya orang-orang “Ibrani” dalam pawagam sejarah semenjak 1200 sebelum masihi mereka adalah golongan berpindah-randah, sedangkan ketika itu Maharaja Firaun yang berada di Egypt telah membina beratus-ratus tempah beribadat, piramid, dan empangan.

    Dalam bidang kesasteraan, arts dan ideologi tiada apa yang disumbang dalam sejarah dunia lama. Kita tidak pernah dengar “kecerdikan Yahudi” sebagai arkitek sebagai contoh. Tidak ada disebut Yahudi dalam penulisan Yunan atau Rom.

    Kamu lihat sekarang di antara mereka doktor dan peniaga kerana mereka terikat dengan produktiviti harian tetapi tidak didapati mereka artis dan pemikir. Oleh itu, tidak didapati juga di zaman pertengahan atau zaman revolusi seorang pemikir atau sasterawan Yahudi yang masyhur. Kita tidak dengar “The Jewish Genius” melainkan selepas timbulnya Kapitalis dan Sekular. Itulah yang dibawa oleh Spinoza ahli falsafah Yahudi Barat di Holland ada perkara tersirat disebalik dua konsep itu.

    • Dalam strategi perang, utk mengalahkan musuh kita perlu mengetahui apakah kebijaksaan musuh utk melengkapkan diri supaya tidak terjerumus dalam perangkap mereka.

      Setelah mengetahui kebijaksanaan mereka barulah kita dapat cari kelemahan mereka. Waktu ini barulah kita dapat mengatur strategi utk menyerang. Sekarang musuh amat takut kepada Muslim justeru mengkaji Al-Quran, mengkaji seluruh pengangan Muslim dan mencipta ideoloagi baru supaya muslim hilang pengangan yg asal.

      Akibat bersikap bongkak, tidak mahu mengakui kehebatan musuh, tidak mahu mengkaji Al-Quran, asyik berpengang dengan istilah musuh takutkan muslim, akhirnya muslim ditipu hidup2 oleh mereka. Kita bukan membesarkan mereka atau mengakui mereka hebat, bijak dan membenarkan istilah “The Jewish Genius”, tapi kita perlu akui sekarang hampir seluruh dunia dikawal oleh ideologi mereka termasuk orang2 muslim.

      Adakah kenyataan ini belum cukup untuk kita mengkaji apakah kehebatan mereka sehingga berjaya menguasai dunia? Dan apa pula kelemahan kita sehingga berjaya dikalahkan oleh kaum Yahudi yg sedikit berbanding umat Islam yg terkenal sebagai agama yang paling ramai dianuti di seluruh dunia? Perlu kaji balik apakah strategi perang yang digunakan oleh Rasulullah untuk memahami penerangan yg diberikan di atas!

  4. sy pernah terbaca artikel ini, tapi tidak baca di sebalik kehebatan orang yahudi seperti yg dikatakan ada maksud di sebaliknya.iaitu supaya org yahudi sentiasa di pandang tinggi oleh bangsa lain. bagi saya , untuk ibu bapa melahirkan anak yang soleh dan bijak sesetengah cara seperti ini boleh digunakan dari segi pemakanan ibu dan amalan ibu.Dan yang paling penting untuk ibu mengandung ialah sentiasa menjadikan al-quran sebagai amalan bacaan dan pdengaran

  5. salam… dh byk kali dgr psl ni…. mmg bgus planning org yahudi utk dpt kn generasi yg bjak… so, kite bley la ikut bg dpt kn umat islam yg bijak mcm dorg…

  6. JeSuisMouslem

    “Sepatutnya kita kena benci pada Yahudi, dalam kitab Talmud (pegangan mereka selain Torah) menganggap selain daripada mereka adalah babi, keldai, dan haiwan yang ditundukkan tuhan untuk kegunaan yahudi.

    ** ini adalah akidah mereka dan idealism mereka, tidak berpisah sehingga mereka mati.

    Pembaca memang menyangka bahawa membaca artikel tersebut untuk mengambil perkara yang baik sahaja dan membuang segala perkara buruk. Padahal saraf-saraf maklumat otak telah menerima Yahudi sebagai pedoman. Lama kelamaan maklumat di saraf itu membesar bukan ketika membaca tetapi memerlukan masa untuk membesar. Begitu juga ia akan berlaku kepada generasi akan datang walaupun pada masa sekarang kita tidak menerimanya.

    Benarlah sabda nabi s.a.w : sesungguhnya kamu mengikut jalan-jalan orang sebelum kamu (Yahudi) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta hinggalah jikalau mereka masuk lubang biawak kamu juga mengikuti mereka.

    Agenda ini bukan untuk menakutkan tetapi supaya akhirnya kita mengikut telunjuk mereka seperti anjing, keldai dan babi.

    Agenda ini bukan hasilnya sekelip mata bahkan berabad-abad lamanya kerana sudah lama mereka membuat perancangan ini.

    ** saya menasihati sahaja.
    The Protocols of the elder of Zion

    • Terima kasih saudara..niat yang baik InsyaAllah akan melahirkan pandangan yang baik.

      Kita mmg perlu membenci Yahudi kerana mereka menganggap selain mereka adalah haiwan seperti yang dinyatakan..namun jika kita bersikap demikian kerana kebencian seperti itu, kita sama saja dengan mereka. Sedangkan nabi sendiri melayan mereka dengan baik, sebagaimana manusia biasa. Mereka ialah ‘manusia’, ada yang jahat dan ada yg boleh dibawa berbincang.

      “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

      Apa yg dilarang oleh nabi adalah jangan mengikut perkara mungkar yg mereka lakukan. Baca balik cara orang Yahudi makan seperti mana yang tertulis di atas, ketahuilah bahawa itulah cara yang diajar oleh nabi kita, namun kita tidak ikut..apabila kita ambil contoh dari Yahudi yg ikut, kita melenting pula..

      Mari baca kisah ini untuk menghayati bagaimana Rasulullah melayan orang Yahudi yg bencikannya:

      “Wahai saudaraku, jangan engkau dekati Muhammad. Dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir. Apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya.” kata seorang pengemis Yahudi yang buta di suatu sudut pasar Madinah al-Munawwarah.

      Ungkapan tersebut dilontarkan oleh si pengemis yang cukup benci dengan Baginda s.a.w. Setiap saat, pengemis itu tidak henti-henti menghamburkan kata-kata kesat tersebut di hadapan semua yang mengunjungi pasar itu. Berbeza pula dengan tindakan Baginda s.a.w. Setiap pagi, Baginda s.a.w. mendatanginya dengan membawa makanan. Tanpa berkata walau sepatah pun, Rasulullah s.a.w. menyuapi makanan ke mulut pengemis itu. Rutin harian Rasulullah s.a.w ini dilakukan sehinggalah menjelang ajal Baginda s.a.w.

      Kasih-Nabi

      Setelah Rasulullah s.a.w. wafat, maka tiada lagi orang yang menyuapi makanan kepada pengemis tersebut sebagaimana kebiasaan. Bersendiri si pengemis tanpa ada yang menemaninya untuk merasa sesuap makanan.

      Suatu hari, Abu Bakar r.a, mengunjungi rumah anaknya Aishah.

      “Wahai anakku, masih adakah lagi sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?” tanya Abu Bakar.

      “Wahai ayahku, engkau adalah seorang ahli sunnah. Hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan melainkan satu sunnah sahaja.” ujar Aisyah menjawab pertanyaan ayahnya.

      “Apakah itu?” tanya Abu Bakar.

      Aisyah menjawab pertanyaan ayahnya, “Setiap pagi Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke hujung pasar dengan membawa makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana.”

      Keesokan harinya Abu Bakar r.a. ke pasar tersebut dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a. mendatangi pengemis itu lantas memberi makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar mula menyuap makanan kepada pengemis tersebut, si pengemis marah sambil berteriak,

      “Siapakah kamu?”

      “Aku orang yang biasa” ujar Abu Bakar membalas pertanyaan si pengemis.

      “Bukan! engkau bukanlah orang biasa yang mendatangiku. Apabila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya. Setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri”

      Pengemis itu melanjutkan perkataannya berkenaan orang yang biasa menyuapinya kepada Abu Bakar r.a.

      Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air mata kerinduannya terhadap Rasulullah s.a.w. Abu Bakar r.a. menangis sambil berkata kepada pengemis itu,

      “Aku memang bukan orang yang biasa datang menyuapimu makanan. Aku adalah salah seorang daripada sahabatnya. Orang mulia yang selalu berbuat baik kepadamu itu telah tiada. Dia adalah Muhammad, utusan Allah s.w.t.”

      Abu Bakar r.a. menceritakan perkara yang sebenarnya kepada si pengemis.

      Setelah mendengar cerita Abu Bakar r.a., pengemis tersebut sambil menangis berkata, “Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia.” Selepas meluahkan segala kekesalannya, pengemis Yahudi tersebut akhirnya melafazkan syahadah di hadapan Abu Bakar r.a.

      “Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”
      (Hadith Sahih yang diriwayatkan oleh Malik, Ahmad, Hakim, At-Tabrani dan Bukhari)

      Sesungguhnya budi pekerti yang baik dan sempurna itu hanyalah ada pada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Baginda s.a.w. walaupun cukup mengetahui pengemis buta itu selalu menghamburkan kata-kata yang menghina Baginda s.a.w., Baginda s.a.w tetap memperlakukan pengemis tersebut dengan akhlak yang baik dan terpuji.

      Sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w, kita seharusnya mengambil pengajaran di sebalik kisah kasih yang telah ditunjukkan oleh Baginda. Walaupun kita tidak mampu untuk mengikuti keseluruhan sunnah Baginda s.a.w, tidak alasan untuk kita tidak berusaha meneladani sedikit sebanyak sunnah Baginda s.a.w.

      Wallahualam…

  7. yahudi tidak bijak….. cuma kita yang penganut islam sendiri tidak memegang teguh pada al-quran dan hadis …. tu je…..

    kita sendiri yg tak mau ikut ajaran islam yang suci….

  8. Marhum hadith: jika kamu meniru sesuatu kaum, kamu akan dibangkitkan bersama kaum tersebut.

    Cara Rasulullah adalah cara yg terbaik. Walaupun secara zahirnya macam kuno. Tetapi itulah kejayaan dunia dan akhirat.

    Pendapat saya yg bodoh lagi jahil ni, artikel ini tidak sesuai
    dibaca oleh org yg ada kalimah lailla-ha’il-Lallah!

  9. Sedikit sebyk apa yang mereka praktikkan tu adalah sunnah nabi. Nabi dah amalkan dulu dan minta umatnya ikut sunnahnya tp kita anggap perkara tu remeh dan x nk ikut. Kita dok asyik anggap perkara hebat tu dari barat. Padal hal mereka copyright perkara tu dari Islam. Sbb tu bykkan la mentelaah Al-Quran dan Sunnah Nabi yang merupakan panduan kita umat Islam. Selagi kita berpegang dengannya kita takkan sesat.

  10. Syabas atas atikel di atas. Atikel dan kajian itu untuk contoh dan tauladan kita. Mengapa kita menafikan kalau itu faktanya? Kan kita biasa dengar bahawa tuntutlah ilmu walau sampai ke nagara cina. Ini bukan bermakna kita kena menjadi orang Cina atau beragama seperti orang Cina. Begitu juga dgn contoh atikal yang dipaparkan. Janganlah kita teperangkap dengan ego dan retorik. Ini bagus.. itu bagus tetapi yang malasnya ? yang tercicirnya ? yang berbalah sesama sendirinya? yang fakirnya? yang mundurnya ? Tiada siapa menafikan kehebatan Islam, tetapi jangan hanya jadikan agama itu satu hiasan dan retorik semata-mata. Terima kasih atas perkongsian artikel dan kajian di atas. Ubat itu memang pahit.

  11. makan buah sebelum makan makanan berat , makan kacang dan kurma, tidak mencampurkan daging dan ikan..

    ketiga-tiganya adalah SUNNAH Nabi Muhammad SAW.
    praktikalnya adalah drpd Baginda Nabi Muhammad

    teorinya pula berdasarkan kajian saintifik.
    maka, sebenarnya bukan yahudi bijak, tetapi kita yg tidak bijak memanfaatkan apa-apa yg telah diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW.

  12. Wow, marvelous blog layout! How long have you been blogging for? you made blogging look easy. The overall look of your site is great, as well as the content!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*