Monday , 22 May 2017
Terbaru

Kemuncak Pahala Sedekah

“Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa, iaitu pahala orang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit”. (HR al-Tirmizi)

Diceritakan oleh Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma, “Nabi s.a.w adalah manusia paling dermawan dan kemuncak sifat dermawan baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadan.” (HR Bukhari) 

Begitulah hebatnya pahala sedekah di bulan Ramadan. Seandainya Rasulullah yang merupakan manusia paling mulia dan telah dijanjikan syurga itu turut berubah menjadi lebih pemurah di bulan Ramadan, maka kita seharusnya lebih-lebih lagi berusaha untuk bersifat lebih pemurah di bulan ini.

Jangan kita melepaskan peluang untuk menghulurkan sedekah di bulan Ramadan. Seandainya tidak punyai banyak wang, cukuplah dengan menderma wang syiling sekalipun.

Sabda Rasulullah:

“Sesungguhnya Allah Ta’ala menggandakan di kalangn kamu (pahala derma) sebiji kurma atau sesuap makanan, sebagaimana digandakan di kalangan kamu ternakan anak kuda atau anak unta, sehingga derma itu menjadi sebesar Gunung Uhud!” (Sahih Al-Jami, hadis 1815)

RM1 Sehari

Bulan puasa ini kita sering singgah di masjid dan surau untuk menunaikan solat. Ambilah peluang itu untuk masukkan wang RM1 sehari sebagai sedekah, tabung untuk kehidupan kita di akhirat kelak. RM1 sehari, 30 hari baru RM30.

Hulurkan Duit Raya Pada Bulan Ramadan

Jika berkesempatan, berusahalah untuk hulurkan duit raya yang anda cadangkan untuk diberikan pada hari raya nanti bermula sekarang. Memberi duit raya itu bukan sunnah, namun ia tidaklah salah untuk diamalkan. Bagaimanapun memberikan wang itu pada bulan Ramadan adalah berkali ganda lebih baik dan lebih besar ganjaran pahala yang bakal kita perolehi. Ikutlah sunnah. Bersedekah di bulan Ramadan.

Derma Kepada Golongan Kurang Upaya

Di sini saya ingin berkongsi satu usaha yang dijalankan oleh sahabat saya. Beliau sedang giat mengumpulkan wang sumbangan dari orang ramai untuk dihulurkan kepada warga kurang upaya OKU di PDK Nur Kasih, Sungai Limau Dalam, Yan Kedah.

Untuk menjayakan usaha ini, mereka telah menghasilkan sebuah ebook yang bertajuk ‘Nota Ramadhan, Nota Keinsafan’. Ebook ini dijual dan sebahagian besar wang yang diperolehi akan disumbangkan kepada warga OKU.

Antara isi kandungan ebook tersebut:

  • 30 Nota Keinsafan & Kejayaan yang bakal MEMERANJATKAN anda!
  • Bakal menjadi PENDAKWAH kepada diri dan sekeliling anda.
  • Pelbagai perkara hebat TERSEMBUNYI yang diselongkarkan.
  • Kehebatan amalan BERSEDEKAH.
  • MANTERA tarik rezeki yang melimpah ruah!
  • KISAH JUTAWAN senyap bercerita. Pelik jika tak tahu tapi Benar!
  • Amalan yang membawa kepada kematian yang BURUK.
  • Bagaimana memberi makan kepada 360 SENDI kita lapar?
  • Rahsia PERANGKAP Ramadan bermula 4.30 petang!
  • Strategi mudah membina BANK AKHIRAT.
  • dan pelbagai lagi yang PASTI SEMESTINYA membuka minda anda…

Usaha yang dijalankan ini tidak lama. Ia akan tamat pada 20 Ramadan bersamaan 9 Ogos iaitu pada hari khamis ini. Mereka akan hulurkan wang yang terkumpul hasil jualan ebook Nota Ramadhan ini kepada warga OKU tersebut pada 21 Ramadan ini.

Jika anda berminat untuk membeli ebook tersebut sekaligus menghulurkan sedekah kepada warga OKU itu, sila klik link di bawah untuk maklumat lanjut:

Nota Ramadhan & Sedekah OKU

Semoga dengan usaha dan sedikit harta yang kita laburkan ini dapat membantu kita dari dijamah dari api neraka. InsyaAllah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*