Monday , 29 May 2017
Terbaru

Jualan Kalendar Kempen Aurat Saya Maruah Saya Kini Dibuka kepada Semua

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua ahli Kempen Aurat Saya Maruah Saya!

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menghasilkan kalendar edisi terhad ini. Alhamdulillah…

Demi mengembangkan kempen ini dengan lebih meluas, saya bercadang untuk mengumpul dana khas. Di mana dengan adanya dana ini saya boleh mencetak ribuan risalah tentang aurat dan mengedarkannya secara percuma di sekolah, universiti, kolej atau di mana-mana saja tempat yang sesuai. Untuk itu saya mula menghasilkan produk-produk seperti kalendar dan stiker kempen ini dan jualkannya secara online. Sebahagian hasil keuntungan dari jualan produk-produk ini akan saya gunakan untuk mengembangkan dakwah ini. InsyaAllah…

Mohon maaf kerana baru-baru ini saya telah membatalkan jualan stiker kereta kerana terdapat sedikit masalah.

Bagaimana pun masih ramai yang tetap mahu membeli stiker itu. Oleh yang demikian saya akan hadiahkan stiker itu secara percuma kepada 200 orang pembeli pertama kalendar ini. Setiap pembelian kalendar ini akan mendapat 2 stiker kereta yang dimaksudkan secara percuma.

200 pembeli pertama akan mendapat 2 keping stiker kereta seperti dalam gambar di bawah secara percuma!

Nota: Hanya tinggal 116 kalendar. Selepas habis ia tidak akan dicetak lagi.

Sedikit keterangan tentang kalendar ini:

Harga kalendar ini ialah RM10 untuk satu kalendar (harga termasuk pos). Namun terdapat pengurangan harga jika dibeli secara pakej seperti senarai di bawah:

1 Kalendar = RM10

Pakej 1: 3 Kalendar = RM25

Pakej 2: 5 Kalendar = RM40

Pakej 3: 7 Kalendar = RM55

Pakej 4: 10 Kalendar = RM80

Untuk membuat pembelian. Sila klik butang di bawah:

6 comments

  1. itu hari ada order stiker rasanya tapi tak tau cam ne nak bayar bro… boleh hantar ke email tak ?

  2. Salam,nk tanye kalendar nih ade lagi x?

  3. as salam. sy nak tempah kalender ni, tp mcm mana ya caranya? mm..ada stok lg?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*