Sunday , 23 July 2017
Terbaru

Jika Allah Belum Makbulkan Doamu…

Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, aku terima kaktus berduri…
Aku minta pada Allah binatang yang comel dan cantik, aku terima ulat bulu…
Aku sedih, protes, kecewa, betapa tidak adilnya ini…

Namun kemudian…

Kaktus itu berbunga sangat cantik, Ulat itu membesar dan berubah menjadi rama-rama yang sangat cantik.

Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula guruh dan petir, puas kita menangis mencari dimanakah matahari?? “: Ternyata Allah ingin hadiahkan kita pelangi

Itulah jalan Allah, indah pada waktunya Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi Dia memberi apa yang kita perlukan.

Jika kita meminta ikan paus, Allah kasi samudera dengan ombak yang besar…

Kalau kita minta kekayaan, Allah kasih kemiskinan yang tegar agar kita boleh kaya hasil usaha sendiri.

Kalau kita minta jadi orang berjaya, Allah terus kasi Masalah supaya kita berjaya menyelesaikannya

Kadangkala kita sedih, kecewa, terluka…, tetapi mana tahu Allah telah memberi sesuatu yang terbaik untuk kehidupan kita

Yakin sahaja kepada Allah… Berusaha.. Jangan hanya berdoa sahaja kerana Allah hanya memberi fasaliti, kita yang memanfaatkan fasiliti tersebut.

Yakin saja kepada Allah kerana setiap masalah Insya Allah dapat diselesaikan jika kita berusaha.

Dan syukurilah apa yang kita punya.Jangan menunggu bahagia baru bersyukur, tapi bersyukurlah, maka kita akan bahagia..

Sabda Rasulallah Saw:

“Tidak ada seorang muslim yang berdoa melainkan akan dikabulkan, adakalanya disegerakan di dunia, adakalanya disimpankan untuknya di akhirat. Dan ada kalanya digunakan untuk menghapuskan dosa-dosanya sesuai dengan kadar doa yang ia ucapkan selama ia tidak berdoa untuk dosa atau memutuskan tali persaudaraan”.

” Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)

.

.

Via: Isuhangat.

5 comments

  1. Nak nangis je rasa. Dah berhari-hari cari kerja. Kawan kebanyakan dah mantap kedudukan. Mungkin banyak sangat mengeluhnya.

  2. sanad tenang mase bace bnde ni ,, makasih tuan penulis 🙂

  3. insan bersalah

    Salam…sy ada masalah yg ingin dikongsikan dan diharap dapat kawan-kawan dapat membantu saya. Terlebih dahulu sy ingin bagitau,sy adalah wanita normal…tetapi telah terjebak dgn cinta sesama jenis..Perkenalan kami hanyalah melalui internet,dan sy pd mulanya hanya saja suka2 menyamar sebagai lelaki di dalam ruangan chating tersebut..tetapi xsangka akhirnya ada seorg insan yg telah terpaut hati dgn sy…perkenalan kami agak lama menjangkau 3 tahun,mula dari chating di internet sehingga berbual di telefon setiap hari, dan untuk pengetahuan saudara, kami tak pernah berjumpa dan si dia pun tak tau sy ni seorg perempuan. Sepanjang berkawan dgnnya sy telah menghantar apa saja yang dia minta dan byk duit sy berabis untuknya,kerana sy akan rasa gembira bila dia pun gembira..Saya mmg suka berkawan dengannya kerana sikapnya yang jujur, dan sepnjng kami berkawan semua masalah kami akan bincng bersama seperti loving couple yg lain..dan sy juga pernah berjanji dgnnya untuk berkahwin seperti pasangan yang lain, walaupun sy tau ianya mustahil kerana sy seorg perempuan.Dia juga banyak kali telah mendesak sy untuk berjumpa dan mengajak saya berkahwin dengannya, tetapi bermacam alasan untuk saya elak dari berjumpa dan membincngkan soal kahwin dengannya sebab ianya adalah mustahil dan sy sendiri tahu di dalam islam adalah haram kawin sesama jenis. Untuk pengetahuan saudara, dia mmg dah betul2 sayangkan saya,dan sy juga sama tapi sy tak tau nak bgtau dia mcm mn, yang sy ni bukanlah lelaki seperti yg dia jangkakan dan sy juga sudah byk kali untuk memutuskan hubungan dgnnya tapi tak terdaya. Akhirnya hubungan sy dengannya terputus juga apabila dia datang mencari saya dan akhirnya mengetahui sy adalah seorg perempuan sepertinya. Pada pertemuan itu dia betul2 marah dan rasa kecewa dengan saya kerana telah menipunya dan mempermainkan perasaannya sehingga dia meminta sy pulangkan semula semua duit yang dia gunakan untuk menelefon sy selama ini, sekiranya saya tak penuhi permintaannya dia mengugut untuk membuat saman kepada saya kerana menaniaya dia. Saya telah bersetuju untuk mengikut kehendaknya kerana bagi saya mmg tu salah saya, dan sy mmg benar2 menyesal akan perbuatan sy selama ini,sy juga sudah berkali2 meminta maaf dgnnya tapi dia langsung taknak maafkan sy…apakah yg perlu sy buat skrg?.Bila sy ingtkan dia,sy benar2 rs bersalah dan rs menyesal.Hari2 sy skrg penuh dgn penyesalan. Dan untuk pengetahuan saudara, sy pun xnak semua ni berlaku terhadap diri sy. Tolonglah bagi pendapat, apakah perlu sy bt, sy benar2 buntu memikirkan hal ini setiap hari….(Insan yang menyesal)

  4. salam..sy jug mau ceritakn masalah sy.sy dulu seorg gadis periang dan naif..hidup serba sederhana dikampung..ibu bapa sy xajar sy mewah..bah baju2 yg saya pakai punkoyak rabak pun dipakai..rupa sy juga xmenawan..sungguh pun gitu ada juga lelaki dtg kt sy tp sy tolak kerna xyakin dg rupa sy yg gelap dan rendah..kawan2 dr sek..selalu banggakn dgn rupa dan pakai mereka..kalu ada pakwe mesti cerita..buat sy rendah diri…pastu dizaman universiti, pertama kali sy berpisah dr kampung hlman..sy xpernah keluar berhibur dikota2 jika ada masa..ibu bapa sy xajar gitu..so pemikiran sy agak tertutup..ktika diuniversiti, sy sering dipandang rendah dan dihina depan2,dilekehkn kerna agak kekampungn..bah mereka xtakot jika sy marah..Setiap kata2 hina buat sy kkdg nak rasa bunuh diri..sy juga da perasaan..sy mengaku sy xcantik, xpandai bersosial..bah skrg pun sy takot nak kwn ..pesan ulamak..jika nak kwn carilah yg solehah dan berilmu..sampai skrg sy xde kwn..cuma satu dua jer..masalahnya skrg sy dah memutuskn sliaturahim dgn kwn2 kerna diri sy xleh masuk dgn mereka..adakah sy berdosa? adakah Allah tidak mau makbulkn doa jika kita memutuskan silaturahim…Demi Allah, sy xpernah hina atau mengumpat mereka…wlaupun mereka mengumpat sy bekndang2..pernah satu ketika mereka melampaui batas menghina sy..hingga ramai yg pandang rendah kt sy..sy xredha..sejak itu sy berdoa siang malam..agar Allah menurunkn bala kepda mereka..tp sy xyakin Allah makbul atau tidak kerna dosa sy dgn makayah juga byk..juga dgn Allah..hati sy sudah jd kering..kejap baik kejap jahat…sy juga berani salahkn Allah dan keluarga kenapa sy hitam dan xde rupa…sy sedih tgk org sekeliling sy lebih pentingkn rupa,kalu kt fb belmbak ‘rupa plastik’ ..ramai leh cantik rupa tp xleh cantik akhlak/agama..kepada kaum adam..sy mau tny awak semua…nape erk awk semua nak lawa2 jer? sy xminta rupa cmnii..kkadang sy pikir,,Allah menagguhkn perminta sy/ Allah mengurangkn sesuatu pada sy agar sy tidak riak dan Dia mau gantikan lbih baik kt dunia..amin

  5. Hi there. I discovered your site via Google at the same time as looking for a related subject, your site got here up. It seems great. I’ve bookmarked it in my google bookmarks to come back then.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*