Ibadah Dan Doa Wanita Ketika Haid


Follow Penulis Di Facebook
  • Sharebar

Soalan3 Soalan 1 Penampar. Baca ... »; Ustaz, Saya ada kemusykilan tentang haid wanitaTidak Tutup Aurat Dikenakan Kompaun RM500!. Baca ... ». Apa yang saya tahu perempuanOrang-orang Yang Menanggung Dosa Kerana Seorang Wanita. Baca ... » dalam haid dilarang melakukan puasaWallpaper Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2011. Baca ... » dan sembahyangBagaimana Kamu Bersolat?. Baca ... », mengaji AlquranWanita Tua Yang Berbicara Hanya Menggunakan Ayat-ayat Al-Qur'an. Baca ... ». tetapi tiada larangan untuk berzikir dan berdoa. Soalan saya, boleh tak ustaz tolong berikan hujah iaitu dalil(Agama) Apa Itu Bidaah?. Baca ... » al-QuranWanita Tua Yang Berbicara Hanya Menggunakan Ayat-ayat Al-Qur'an. Baca ... »/HadisBinatang Yang Harus Dibunuh Dan Harus Dipelihara. Baca ... » tentang haid yang menjelaskan perkara diatas. Sekian terima kasih.

Jawapan;

1. Telah ijmak (sepakat) para ulamak(Agama) Apa Itu Bidaah?. Baca ... » bahawa wanita yang dalam haid dan nifas diharamkan mengerjakan solatBagaimana Kamu Bersolat?. Baca ... » dan juga puasa (termasuk puasa Ramadhan). Puasa Ramadhan wajib diqadha, adapun solat tidak perlu diqadha. Dalil larangan solat dan puasa tersebut ialah hadis Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a. yang menceritakan; Nabi(Agama) Apa Itu Bidaah?. Baca ... » s.a.w. telah bertanya kaum wanita; “Bukankah kesaksian seorang wanita sama seperti separuh kesaksian seorang lelakiSaya Tidak Percaya Adanya Tuhan!. Baca ... »?”. Mereka menjawab; “Ya”. Baginda lalu berkata; “Itu tanda kurangnya akal wanita”. Baginda bertanya lagi; “Bukankah jika kamu kedatangan haid, kamu tidak boleh mengerjakan solat dan berpuasa?”. Mereka menjawab; “Ya”. Baginda lantas berkata; “Itu tanda kurangnya agama wanita” (HR ImamAyah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?. Baca ... » al-Bukhari dari Abu Sa’id al-Khudri r.a.).

2. Adapun hukumJawapan: Cara Memutuskan Hubungan Cinta #1. Baca ... » membaca al-Quran, terdapat khilaf di kalangan ulamak seperti berikut;

A) Menurut Jumhur ulamak (yakni pandangan teramai ulamak termasuk Imam-Imam mazhab empat); Diharamkan ke atas orang yang berhadas besar membaca al-Quran dengan lidahnya sekalipun satu ayatMudahnya Lafaz Nikah (Sambungan Artikel Lebih Senang Untuk Berzina Dari Berkahwin?) #2. Baca ... ». Mereka berdalilkan hadis dari Ibnu Umar3 Kesukaan Nabi.... Baca ... » yang menceritakan Rasulullah bersabda;”Janganlah wanita dalam haid dan orang yang berjunub membaca sesuatupun dari al-Quran” (HR Imam at-Tirmizi dan Ibnu Majah). Berdalilkan hadis ini, jumhur ulamak memutuskan; orang-orang yang berada dalam haid dan junub dilarang membaca al-Quran dengan lidah. Adapun membaca dengan hati (tanpa menggerakkan lidah), diharuskan.

B) Imam Malik berpandangan; Diharuskan wanita dalam haid dan nifas membaca al-Quran dari ayat-ayat yang dihafalnya jika dibimbangi takut hilang dari ingatannya jika tidak dibaca sepanjang tempoh haid atau nifasnya. Namun, orang berjunub dilarang sama sekali membaca al-Quran.

C) Terdapat ulamak-ulamak yang menganggahi pandangan jumhur ulamak di atas iaitulah Imam Daud az-Dzahiri, Imam Ibnu Hazm, Imam Ibnu Taimiyyah dan beberapa lagi. Menurut mereka; harus bagi orang berjunub dan begitu juga wanita yang kedatangan haid membaca al-Quran keseluruhannya. Di kalangan Salaf, pendapat ini ada diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas dan juga Ibnu al-Musayyab. Dalil mereka ialah hadis dari Saidatina ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. sentiasa berzikir kepada AllahTips Awal Sebelum Bertudung Labuh. Baca ... » pada setiap ketika/masanya” (HR Imam Muslim) dan membaca al-Quran termasuk di dalam pengertian zikir. Adapun hadis yang dijadikan dalil oleh jumhur tadi, hadis tersebut adalah dhaif mengikut penilaian ulamak-ulamak hadis.

3. Mengenai zikir dan doaBagaimana Jika Nyawa Kita Bergantung Pada Doa Orang Lain?. Baca ... », tidak ada nas (dalil dari al-Quran atau as-Sunah) yang melarang wanita yang kedatangan haid dan nifas dari melakukannya. Oleh itu, ia kekal sebagai harus (tidak dilarang). Dalam kaedah Fiqh ada dinyatakan “Sesuatu itu kekal dalam hukum asalnya selagi tidak ada dalil yang mengubahnya atau mengecualikannya dari hukum asal”.

Dari keterangan di atas, kita dapat melihat bahawa ruang untuk wanita dalam haid dan nifas beribadah adalah luas seluas ruang doa dan zikir itu sendiri walaupun mereka tidak dibolehkan solat, puasa dan membaca al-Quran (mengikut pandangan jumhur tadi). Berikut kita senaraikan dengan terperinci ibadah-ibadah yang boleh dilakukan oleh wanita-wanita yang berada dalam haid dan nifas;

1. Berdoa dengan apa sahaja doa termasuk dari al-Quran

2. Beristighfar; termasuk istighfar dari al-Quran

3. Berzikir; sama ada bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.

4. Berselawat kepada Nabi

5. Mendengar bacaan al-Quran15 Pintu Syaitan & 15 Pintu Menghalang Syaitan Dalam Diri. Baca ... »

6. Menghadiri/mendengar majlis ilmuMemetik Madah Dakwah Di Taman Syurga. Baca ... » (yang diadakan di tempat lain selain masjidIblis Penyuluh Jalan. Baca ... »)

7. Mengulang hafalan al-Quran (mengikut pandangan Imam Malik tadi)

8. Membaca buku-buku agama termasuk kitab-kitab hadis

9. Bersedekah

10. Membuat kebajikan kepada orang lain

Bagi doa, istighfar dan zikir yang diambil dari al-Quran hendaklah dibaca dengan niat untuk berdoa, berzikir dan beristighfar, bukan dengan niat membaca al-Quran.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Tamam al-Minnah, Syeikh Adil bin Yusuf al-Azzazi, jil. 1. Hlm. 144-145.
2. Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/).
3. Haid Membawa Berkah, Lissa Malike dan Asmawati, hlm. 74.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Sumber.




Masukkan Email Anda Di Sini Untuk Mendapatkan Artikel Akan Datang Dari Blog ini Terus ke Email Anda:




3 comments

  1. terimakasih atas perkongsian…klu ngajar mengaji (ibu sdg period, ayah tiada dirumah)anak2 mengaji, then ibu just dengar and betulkan bacaan mana yg salah, mcm tu boleh?

  2. sebagai tambahan: orang yang berhadas junub dan orang yang berhadas haid / nifas sebenarnya berbeza. Jika kita mengaplikasikam hadis ini
    dari Saidatina ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. sentiasa berzikir kepada Allah pada setiap ketika/masanya” (HR Imam Muslim)
    tentulah orang yang berjunub dapat kembali membaca al-Quran dengan segera mandi wajib dan ia digalakkan untuk dilakukan segera agar dapat mengekalkan seseorang supaya sentiasa dalam keadaan berzikir,

    sebaliknya orang yang berhadas haid / nifas terpaksa menunggu dalam tempoh tertentu lalu wajarlah Imam Malik berpandangan; Diharuskan wanita dalam haid dan nifas membaca al-Quran dari ayat-ayat yang dihafalnya jika dibimbangi takut hilang dari ingatannya jika tidak dibaca sepanjang tempoh haid atau nifasnya. Namun, orang berjunub dilarang sama sekali membaca al-Quran.

    Jika al- Quran itu termasuk suatu zikir maka benarlah “Sesuatu itu kekal dalam hukum asalnya selagi tidak ada dalil yang mengubahnya atau mengecualikannya dari hukum asal”.

  3. Salamwbt. Terima kasih atas perkongsian. Sy sedang belajar mempebetulkan bacaan quran dengan seorg sheikh di mesir ini. Ataupun kata lainnya kelas talaqi. Apa pendapat ustaz mengenai hal ini adakah dibolehkan? Kerana sekiranya dy tidak pergi ini bermakna kekerapan sy pergi ke kelas talaqi ini akn semakin berkutamg dan kesalahan bacaan quran sy juga xdapat diperbetulkan dgn secepatgkin. Adakah ini dikira darurat ustaz? Syukran jazilan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>