Friday , 20 October 2017
Terbaru

Filem KLIP 3gp ~ Apa kata Maher Zain Fan Club?

Kenyataan dari Maher Zain Malaysian Fan Club perihal Filem 3gp.

Assalammualaikum warahmatullah.

Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah. Sabda Nabi Muhammad SAW : “Daripada Anas bin Malik RA. katanya; Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat itu ialah; diangkat ilmu (agama), tersebar kejahilan (terhadap agama), arak diminum (secara berleluasa), dan zahirnya zina (secara terang-terangan)”. (Riwayat al-Bukhari no. 78 dan Muslim no. 4824)”

13 Oktober 2011 ini akan ditayangkan sebuah filem yang berjudul Klip 3gp. Diteliti promo filem ini di youtube (rujuk : http://www.youtube.com/watch?v=5esBMaOSX-k), majoriti yang menjayakan filem ini beragama Islam. Saya telah berulang-ulang kali melihat preview 1 minit 51 saat di Youtube, sedaya mungkin mencari nilai positif darinya, namun usaha saya menemui kegagalan. (Anda boleh cuba barangkali).

Jujurnya, saya berasa kurang senang, kecewa dan terkilan akan filem ini. Apa yang mahu diketengahkan di dalamnya? Gejala sosial melibatkan remaja? Sebaran video lucah melalui kamera bimbit? Zina yang semakin membarah di dalam masyarakat? Berhati-hati kalau melakukan penzinaan, khuatir ada orang merakam aksi lucah anda? Atau cuba mengajar penonton kaedah menyebarkan keaiban orang lain di ruang internet?

Sebagai salah seorang Jurulatih yang mengendalikan Kempen Anda Bijak Jauhi Zina – Raudhatus Sakinah, sudah pasti kehadiran filem ini, sedikit sebanyak menyulitkan usaha kami membanteras gejala zina di kalangan warga Malaysia, khususnya anak muda. Sukar sangatkah menghasilkan filem yang didalamnya memiliki nilai positif lantas mendidik masyarakat di luar sana?

Saya sedar dunia layar perak ini tujuannya untuk bisnes. Sudah pasti bisnes itu di hujungnya mahu mengaut keuntungan. Sebab itu kebanyakan pembikin filem beralasan kononnya mereka menghasilkan sesebuah filem mengikut trend semasa dan memenuhi selera penonton. Namun dalam masa yang sama, tanggungjawab mendidik masyarakat itu terletak di bahu anda juga. Apa guna filem mendapat kutipan berjuta-juta ringgit sedangkan filem itu rendah sekali nilai positif yang ingin dipaparkan.

Beberapa minggu lepas, pabila isu Zizan di dalam Hantu Bonceng hangat diperkatakan kerana ada adegan yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ramai masyarakat Muslim yang bangkit dan menunjukkan keprihatinannya. Ya, langkah ini saya puji. Zizan pula telah meminta maaf dan isunya telah dijawab sendiri oleh Ustaz Azhar Idrus ( Original ). Persoalannya, pabila filem itu mencetuskan polemik dan kontroversi, baru pihak-pihak yang berwajib mahu mengambil tindakan?

Buat penerbit, pengarah, penulis skrip dan mereka yang terlibat di dalam produksi ini, ingatlah, dunia ini hanya sementara. Lakukan sesuatu kerana inginkan redha dari Allah, bukan mengaut keuntungan semata-mata. Cukup-cukuplah dengan filem rempit, jenayah, hantu dan lain-lain. Para pelakon pula janganlah hanya menganggap anda ‘pelakon’ dan bersedia melakonkan sebarang watak yang diberikan. Hari ini boleh berlakon menjadi seorang Ustazah, esok berlakon adegan di ranjang. Alasan : Saya berlakon dan mencari rezeki yang HALAL. Soal dosa pahala itu antara saya dengan Allah. What?!!

Masyarakat kini dambakan ilmu agama, sebab ia fitrah di dalam diri setiap manusia. Sebab itu kami Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) mengangkat martabat muzik Islami oleh Maher Zain ke peringkat yang sepatutnya agar insan seni di Malaysia tahu tugas berdakwah itu bukan milik Ustaz dan Ustazah sahaja, tetapi tugas kita semua, samada kita ini artis, penerbit filem, pengarah filem, bahkan pengguna facebook sekalipun. Moga kita semua terus berada dalam rahmat Allah SWT. Ameen

“Jika makanan ada cop HALAL, bagaimana pula ya andai filem-filem di Malaysia diletakkan simbol yang sama. Barangkali sukar untuk mencari filem keluaran Malaysia yang ada cop HALAL dan boleh ditonton bersama keluarga tanpa was-was.”

Hamba Allah yang hina lagi kerdil,

Akhi Fairuz
Admin Maher Zain Malaysian Fan Club (MZMfc)
11 Oktober 2011 | 10.00 malam | Taman Melawati

12 comments

  1. ya Allah jauhilah kami, keturunan kami, semua umat islam dari segala kejahatan & kemungkaran yaAllah

    belum tngok trailer utube tp dh dpt bayngan …nauzubillah himinzaalik

  2. ada benarnya kata si penulis tu…situasi filem di Malaysia skrg makin teruk. walhal mereka semua melayu dan paling sedih mereka adalah Islam. Banyak kali tengok iklan 3GP di tv asyik terfikir ada ke yang nak pergi tengok movie ni..Filem di Malaysia hanya mahu duit semata-mata…

    p/s: takde pulak yang nak buat filem berdasarkan syariat Islam..

  3. Sooo truuee ! 🙂 I just watched the trailer on youtube. Geli pun ada. Takda moral value . Astaghfirullahal’azim.

    Btw, thanks for sharing ye. Semoga kita semua sentiasa dirahmati ALLAH S.W.T Jauhi maksiat n_n

  4. salam.
    entahlah…aku pun xtau pasai pa la depa suka sangat buat filem-filem yg macam ni.. sesetengahnya kata nak bagi pengajaran kpd masyarakat…tapi yg pastinya bukan pengajran yg dapat, lebih kepada unsur2 negative yg menyerap masuk dalam masyrakat…alahai…

    • Amirul Rashid

      cubela wat cerita tentang perjuangan Rasulullah ke ataupun cerita moden yg selaras dgn nya..sbb skrg ni da ramai yg da lupe Nabi Ummat ini..

  5. salam..
    ada juga lihat trailer nya..
    tapi tidak ingat di mana..
    trailer sahaja sudah jelas menunjukkan ketidakmatangan..
    kerana mengetengahkan budaya sosial yang sepatutnya di bendung..
    bukan untuk di tayangkan..
    kerana manusia sekarang..
    jelas mudah terpengaruh dengan apa yang di pertontonkan..

    biarpun niat si pengarah mahupun penerbit untuk menyedarkan masyarakat sekarang..
    tetapi kadang-kadang sebenarnya keuntungan mengaburkan niat sebenar..
    waallahualam~

  6. kerana duit.. mata pun gelap… ish2

  7. salam semua.. saya pun sangat2 TIDAK MENYUKAI iklan ‘klip 3gp ‘ apatah lagi bila ada anak yang sedang belajar untuk mengenali dunia ni.. anak saya selalu lari dan tak suka bila tengok iklan kat tv tentang cerita ni.. saya sokong kata2 kalian sebab dunia dah hampir ke penghujungnya.. bila ada keluar tayangan seperti ini sedarlah kita nilai moral dan maruah kita makin tercemar. sedarlah!!

  8. salam

    ye ke citer ni dibuat utk pengajaran? ke utk ‘mengajar’?

    wahai pembikin filem sudah2 la buat citer yg merendahkan agama dan intelektual.

    in case utk filem ni, sy rasa elok produser or pengarah dia wat citer lucah terus…tak yah nak slindung disebalik “pengajaran” huh…sgt2 merendahkan daya intelektual muslim!

  9. Hi there. I found your web site by means of Google while searching for a comparable topic, your site came up. It seems to be good. I’ve bookmarked it in my google bookmarks to visit then.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*