Didikan Rasulullah Tentang Diam


Follow Penulis Di Facebook
  • Sharebar

Bicara dan diam laksana dua sisi dari sekeping mata wangIdea Buat Duit-2.1. Baca ... », yang tidak mungkin dipisahkan. Kedua-duanya adalah nikmat Allah4 Perkara Yang Allah Sembunyikan Dari Kita. Baca ... » yang amat besar yang diberikan kepada umat manusia. Dengan berbicara, manusia bolehTak Pandai Bukan Tak Boleh. Baca ... » berinteraksi sesama mereka dan menjadi makhluk yang termulia di antara makhluk-makhluk Allah yang lainnya.

Oleh kerana itu, secara jelas Allah Taala berfirman di dalam al QuranWanita Tua Yang Berbicara Hanya Menggunakan Ayat-ayat Al-Qur'an. Baca ... » :

“(Allah) Mengajarkannnya (kepada manusia) pandaiTak Pandai Bukan Tak Boleh. Baca ... » menerangkan (berbicara)” - Surah ar Rahman:4

Dari Abu Hurairah R.A, sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhiratJika Hidup 65 Tahun, Mungkin Hanya 2 Tahun Kita Gunakan Untuk Sembahyang!. Baca ... », maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya”. [Sahih Bukhari]

Kalimah, “…Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat”, maksudnya adalah sesiapa beriman dengan keimanan yang sempurna, yang (keimanannya itu) menyelamatkannya dari azab Allah dan membawanya mendapatkan redha Allah, “…Maka hendaklah ia berkata baik atau diam” kerana orang yang beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya tentu takut kepada ancamanNya, mengharapkan pahalaNya, bersungguh-sungguh melaksanakan perintah dan meninggalkan laranganNya. Dan yang terpenting dari semuanya itu ialah mengendalikan gerak-geri seluruh anggota badannya kerana kelak dia akan dipertanggungjawabkan atas perbuatan semua anggota badannya, sebagaimana tersebut pada firman Allah(Motivasi) Kenapa Perlu Berubah?. Baca ... » :

“Dan janganlah kamu menurut sesuatu yang tiada dalam pengetahuan (ilmuTips Belajar. Baca ... »). Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hatiCerita Cintaku. Baca ... » semuanya kelak pasti akan dimintai tanggung jawabnya” - Surah al Isra’:36

Dan firmanNya lagi :

“Apapun kata yang terucap pasti disaksikan oleh Raqib dan ‘Atid”. Surah Qaff:18

Bahaya lisan itu sangat banyak. Rasulullah S.A.W bersabda, “Bukankah manusia terjerumus ke dalam nerakaOrang Alim, Dermawan & Orang Mati Syahid Yang Pertama Memasuki Neraka. Baca ... » karena tidak dapat mengendalikan lidahnya” [Sunan Abi Daud].

Baginda turut bersabda, “Tiap-tiap ucapan anak(Umum) Didik Anak Kita Mulai Sekarang. Baca ... » Adam menjadi tanggung jawabnya, kecuali menyebut nama Allah, menyuruh berbuat makruf dan mencegah kemungkaran” [Sunan Ibnu Majah].

Apabila Nabi(Agama) Apa Itu Bidaah?. Baca ... » S.A.W bersabda, “…Maka hendaklah ia berkata baik atau diam”, ia menunjukkan bahawa perkatan yang baik itu lebih utamaUtamakan Yang Utama. Baca ... » daripada diam, dan diam itu lebih utama daripada berkata buruk. Berkata baik dalam hadisBinatang Yang Harus Dibunuh Dan Harus Dipelihara. Baca ... » ini mencakup menyampaikan ajaran Allah dan RasulNya dan memberikan pengajaran kepada kaum Muslimin, amar makruf dan nahi mungkar berdasarkan ilmu, mendamaikan orang yang berselisih pendapat, berkata yang baik kepada orang lain. Dan yang terbaik dari semuanya itu adalah menyampaikan perkataan yang benar di hadapan orang yang ditakuti kekejamannya atau diharapkan pemberiannya.

Islam(Semasa) Perlukah Malaysia & Indonesia Bersengketa?. Baca ... » menjelaskan bagaimana seharusnya memanfaatkan kedua nikmat yang amat besar itu, iaitu bercakap dan diam, agar manusia benar-benar mampu memanfaatkan untuk berbicara sehari-hari sehingga ia menjadi jalan kebaikan bagi penuturnya. Dan kalau tidak mampu, maka lebih baik diam. Dan bagi yang mampu untuk diam pula, tetapi menolak untuk mengucapkan kebenaran, ia adalah “syaitanTanda Seorang Perempuan & Lelaki Dicintai Jin. Baca ... »” yang bisu - as saakitu anil haq syaitonul akhras. Kerana itu, diam juga boleh memberikan kesan sampingan yang bermacam-macam dan nilai impaknya. Ada yang dengan diam ia menjadi emas, tetapi ada pula dengan diam ia menjadi masalah. Semua bergantung kepada niat cara situasi juga kondisi pada diri dan lingkungannya.

Untuk mencapai kebaikan Islam, seseorang tidak cukup dengan diamnya lisan, dan anggota tubuh yang lain dari hal-hal yang dilarang oleh Allah Taala. Namun, ia harus juga diam dan meninggalkan hal-hal yang tidak bermanfaat baginya. Dan juga bagi agamanya Islam. Rasulullah S.A.W bersabda, “Di antara kebaikan Islam seseorang itu iaitu meninggalkan hal-hal yang tidak bermanfaat baginya”. [Sunan Tirmizi]

Kalau seseorang sudah mampu untuk memilih hanya yang bermanfaat baginya, bagi keluarga, agama, dan masyarakatnya, dan mampu juga untuk diam meninggalkan ucapan yang tidak bermanfaat, ia sudah selamat dari kejahatan(Soalan Pembaca) Kalau Allah Baik, Kenapa Allah Cipta Kejahatan?. Baca ... » dan bala` yang besar. Dan keselamatan dari kejahatan itu bererti prestasi besar dalam meraih kebaikan yang sangat besar. Ini kerana manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di duniaJika Hidup 65 Tahun, Mungkin Hanya 2 Tahun Kita Gunakan Untuk Sembahyang!. Baca ... » dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kitaCelik Hati Kita. Baca ... » terseksa kekal abadi di dalam neraka.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, diam adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia. Misalnya, berkata-kata dan kemampuan berbicara di depan khalayak umum menjadi sebuah keperluan kerana kita memiliki fungsi sebagai makhluk sosial dengan kebiasaan berinteraksi antara mereka. Untuk kepentingan itu, berkata-kata adalah sebuah jalan sikap yang harus diambil. Lalu bagaimana dengan diam?

Sama halnya, diam memiliki faedah dan syarat kondisionalnya tersendiri. Yang pentingUtamakan Yang Utama. Baca ... » adalah kita mengetahui waktu-waktu yang tepat untuk mengambil diam sebagai sikap ketika berinteraksi dengan orang lain. Diam bahkan boleh menjadi kebiasaan efektif yang bila diterapkan dalam diri, ia akan membuat kita menjadi lebih produktif. Iaitu dengan membiasakan diam dan mendengar daripada berbicara dengan memperbanyakkan kerja.

Hikmah Yang Terkandung Pada Perbuatan Diam

  1. Sebagai ibadahBadan Kita Anugerah Yang Perlu Dijaga. Baca ... » tanpa bersusah payah.
  2. Menjadi perhiasan tanpa berhias.
  3. Memiliki kehebatan tanpa kerajaanCetusan Rasa Rakyat Marhaen. Baca ... ».
  4. Membina benteng tanpa pagar.
  5. Mempunyai kekayaan budi tanpa meminta maaf kepada orang.
  6. Memberi istirehat bagi kedua Malaikat pencatat amal.
  7. Menutupi segala aib dan masalah.

Antara hadis mengenai kelebihan diam bermaksud, “Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”. [Riwayat Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya']

Bersikap diam juga suatu kebijaksanaan dan keadilan, ilmu dan pengetahuan bahkan ada yang menyebutnya merupakan media pendidikanTips Belajar. Baca ... » yang sangat bagus dan telah teruji. Rasulullah S.A.W pernah menasihati Abu Zar R.A, “Hendaknya engkau lebih baik diam, sebab diam itu menyingkirkan syaitan dan penolong bagimu dalam urusan agamamu”. [Musnad Imam Ahmad]

Manakala nasihat Amirul Mukminin Umar3 Kesukaan Nabi.... Baca ... » bin Khattab berbunyi :

Semoga Allah merahmati Khalifah Umar bin Abdul Aziz, ketika beliau berkata, “Sesungguhnya orang-orang yang terdahulu (Salafus Soleh) itu berhenti (tidak bersikap melampau) di atas dasar ilmu dengan penelitian yang tajam (menembus), lalu adakalanya mereka menahan dirinya (dari meneruskan sesuatu perbahasan) sekalipun mereka lebih mampu dalam membahas sesuatu perkara jika mereka ingin membahasnya” [Bayan Fadhli Ilmi Salaf]

Diam Juga Boleh Mengundang Fasad

Tedapat dalam sebuah hadis yang masyhur berbunyi, “Barangsiapa melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dan mencegahnya dengan menggunakan tangannya (kuasa), sekiranya ia tidak mampu maka hendaklah ia menggunakan mulutnya, sekiranya ia tidak mampu juga maka hendaklah ia menggubah dengan menggunakan hatinya. Sesungguhnya mengubah dan mencegah perbuatan mungkar dengan menggunakan hati itu adalah tanda selemah-lemah iman(Agama) Apa Itu Bidaah?. Baca ... ». [Sahih Muslim]

Justeru, tidak mengubah dan mencegah sesuatu kemungkaran adalah tanda tiada iman atau hampir kepada kekufuran. Jika dilihat daripada hadis yang disebut di atas, Nabi Muhammad S.A.WSeandainya Rasulullah Bersamamu Sekarang, Apa Yang Akan Kamu Katakan Padanya?. Baca ... » menggunakan pendekatan yang sangat berhemah dalam mengkategorikan seseorang Muslim itu kepada tiga peringkat. Bagaimanapun, selalu sangat disalah-tafsirkan kategori yang terakhir itu sebagai diam. Maka mengatakan kategori yang terakhir dalam melunaskan kerja untuk mencegah kemungkaran sebagai diam adalah suatu kesilapan, kerana diam bukan tanda beriman dan bukan pula tanda kekufuran. Dalam bahasa lain diam tidak boleh dijadikan ukuran salah atau betul, beriman atau kafirnya seseorang.

Semua bentuk pendakwaan atau tuduhan pada asasnya mestilah disaksikan, yakni dibuktikan melalui penyaksian, melihat, mendengar atau merasa. Ini sesuai dengan asas undang-undang bahawa beban pembuktian itu berada di atas bahu yang mendakwa atau yang membuat tuduhan dengan saksi-saksi dan penyaksian serta bukti yang sah sebelum ia berpindah kepada pihak yang dituduh.

Dalam satu hadis yang turut dijadikan kaedah feqah dalam hal pembuktian, berbunyi, “(Beban pembuktian dengan) penyaksian (dan lain-lainnya) adalah di atas mereka yang mendakwa (yakni orang yang membuat tuduhan). (Hanya selepas ia dibuktikan maka dikehendaki memberikan) penjelasan (dan bukti-bukti sebagai jawapan) adalah di atas mereka yang mengingkarinya (sama ada yang tertuduh atau selainnya)”.

Dalam kes-kes berkaitan zinaApa itu Zina Hati?. Baca ... » dan liwatSaya Tidak Percaya Adanya Tuhan!. Baca ... » yang menjadi isu semasaPas Atau Umno Dan Perlukah Mereka Bersatu?. Baca ... » pada hari ini, perlulah diingat bahawa undang-undang Islam jelas menekankan bahawa beban pembuktian adalah di atas mereka yang membuat tuduhan dan dakwaan mengenainya yakni mereka mesti mendatangkan empat (4) orang saksi. Sekiranya mereka gagal mendatangkan dengan bilangan saksi tersebut, maka wajiblah mereka dikenakan hukuman qazaf sesuai dengan ketetapan Islam dalam undang-undang hududKandungan Perlaksanaan Hudud Di Brunei. Baca ... ».

Dalam hal ini tertuduh tidak perlu menjawab apatah lagi membuktikan apa-apa sehinggalah empat orang saksi dikemukakan oleh yang membuat dakwaan atau tuduhan. Adalah menjadi prinsip bahawa Islam mengiktiraf bahawa yang tertuduh adalah suci dan bersih daripada sebarang dakwaan dan tuduhan melainkan setelah dakwaan dan tuduhan berjaya dibuktikan tanpa ada keraguan yang munasabah. Bahkan ini juga adalah prinsip undang-undang lazim (common law) yang sedia terpakai di negara(Semasa) Perlukah Malaysia & Indonesia Bersengketa?. Baca ... » kita.

Tiada satu peruntukan baik dalam Islam mahupun undang-undang lazim yang memberikan satu dalil(Agama) Apa Itu Bidaah?. Baca ... » mahupun isyarat membolehkan orang yang tertuduh dianiayai atau dizalimi dengan sebarang bentuk prasangka atau layanan buruk hanya dengan sebab dia diam atau enggan memberikan kerjasama menjawab sebarang pertuduhan dan dakwaan sebelum penuduh atau pendakwa membuktikan kesnya terlebih dahulu. Bahkan mereka yang menyebarkan pertuduhan dan dakwaan sebegitu yakni tanpa ia dibuktikan, boleh dikenakan tindakan undang-undang baik tindakan secara tangkapan polis, injunksi mahupun tindakan defamasi sesuai dengan ketetapan undang-undang lazim.

Mendengar & Melaksanakan Apa Yang Baik Itu Lebih Utama

Pada umumnya, orang yang banyak berbicara (berkata-kata) adalah orang yang lemah keperibadiannya. Ciri orang intelek menurut Islam yang disebutkan al Quran adalah orang yang mendengarkan perkataan orang lain, “allaziina yastami’unal qaul…” dan mengikuti yang baik dari perkataan itu, “fa yattabi’una ahsanah…”.

Pada umumnya juga, orang pandai yang suka mendengarkan orang lain akan disukai. Sebahagian manusia lebih gemar untuk perkataannya didengar, diambil peduli daripada dia mendengar bicara orang lain. Ada orang yang mempunyai kebiasaan berbicara dahulu, baru berfikir. Kerana itu, diam menunjukkan kekuatan keperibadian seseorang. Kemampuan mendengarkan adalah kekuatan keperibadian yang luar biasa besarnya.

Jika ingin berbicara, sebaiknya kita harus benar-benar yakin bahawa apa yang akan disampaikan adalah sesuatu yang sudah difikirkan. Kurangilah perkataan-perkataan yang muncul secara refleks. Biasakanlah diam atau merenung, maka kita akan menjadi produktif dalam hidup. Diam bukan dalam erti kita sama sekali tidak berbicara, melainkan diam dalam erti hanya berbicara jika ada keperluan untuk itu. Ada mekanisme lain juga yang telah ditunjukkan di dalam al Quran :


“Dan apabila sewaktu pembahagian (hak) itu hadir beberapa kerabat, anak-anak(Umum) Didik Anak Kita Mulai Sekarang. Baca ... » yatim dan orang miskin, maka berilah mereka dari harta itu (sekadarnya) dan ucapkanlah perkataan yang baik” - Surah an Nisa’:8

“Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatimBagaimana Jika Nyawa Kita Bergantung Pada Doa Orang Lain?. Baca ... » oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbangMacam Mana Nak Hilangkan Rasa Curiga Pada Suami?. Baca ... » terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran)” - Surah an Nisa’:9


“Mereka itu adalah orang-orang yang (sesungguhnya) Allah mengetahui apa yang ada di dalam hatinya. Kerana itu berpalinglah dari mereka, dan berilah mereka nasihat, dan katakanlah kepada mereka perkataan yang membekas pada jiwanya” - Surah an Nisa’:63

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibuPenjelasan Tentang Hadis Kelebihan Wanita Yang Banyak Disebarkan Di Internet. Baca ... » bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)” - Surah Isra’:23

“Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati - Surah Isra’:28


“Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai” - Surah Luqman:19

Al Quran menunjukkan kepada kita tentang pilihan dalam berbicara, qaulan ma’rufan, qaulan kariman, qaulan maysuran, qaulan sadidandan qaulan balighan, yakni pembicaraan yang disertakan perkataan yang baik. Dan mekanisme mana lagi yang lebih baik dibandingkan dengan anjuran yang difirmankan olehNya?

Sumber

Follow Penulis Di Facebook



Masukkan Email Anda Di Sini Untuk Mendapatkan Artikel Akan Datang Dari Blog ini Terus ke Email Anda:




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>