Betulkah Kita Tidak Menanggung Dosa Orang Lain?


Follow Penulis Di Facebook
  • Sharebar

Telah tersebar satu fahaman bahawa manusia tidak menanggung dosaNafsu Seks Lelaki Dan Wanita Sekarang. Baca ... » orang lain. Lalu ramai orang berpegang pada fahaman ini dengan menggunakan ayatMudahnya Lafaz Nikah (Sambungan Artikel Lebih Senang Untuk Berzina Dari Berkahwin?) #2. Baca ... » di bawah:

….dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain.? (Surah al-An`am 6:164)

Ayat ini sebenarnya membawa maksud seseorang yang melakukan dosa sendiri hanya akan menanggung dosa itu sendiri, orang lain tidak akan bertanggungjawab terhadap dosanya. Sebagai contoh anak8 Surah Untuk Anak. Baca ... » zinaApa itu Zina Hati?. Baca ... » tidak menanggung dosa zinaPengalaman Terlanjur. Baca ... » oleh ibuPenjelasan Tentang Hadis Kelebihan Wanita Yang Banyak Disebarkan Di Internet. Baca ... » bapanya.

Ayat ini juga merupakan hujah yang jelas kepada kaum kristian yang menganggap setiap anak yang baru lahir adalah berdosa kerana terpaksa menanggung dosa Nabi(Agama) Apa Itu Bidaah?. Baca ... » Adam dan Hawa. Disebabkan itu mereka menyangka bahawa setiap anak yang baru lahir kemudian matiDiganggu Syaitan Ketika Sakaratul Maut. Baca ... » sebelum sempat bertaubat akan dimasukkan ke dalam nerakaOrang Alim, Dermawan & Orang Mati Syahid Yang Pertama Memasuki Neraka. Baca ... » kerana anak itu dipenuhi dosa. Kenyataan ini benar-benar bercanggah dengan IslamPerbezaan Lagenda Budak Setan Dengan Ali Setan Sekarang. Baca ... ».

Dalam Islam anak yang baru lahir adalah suci dari dosa. Meskipun anak zina atau anak orang kafir sekalipun. Namun apabila ayat ini disalah tafsirkan maka terbentuklah satu fahaman yang salahCelik Hati Kita. Baca ... ». Dan fahaman ini mungkin boleh menyesatkan. Mereka yang salah memahami maksud ayat ini mula menyangka bahawa:

Kesemua fahaman ini adalah salah! Ayat di atas bertentangan dengan surah Al-Ankabut ayat 13:

Dan sesungguhnya mereka akan memikul dosa-dosa mereka, dan dosa-dosa yang lain di samping dosa-dosa mereka sendiri itu…

Bagaimana ini boleh berlaku?

Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi menjelaskan:
Misalnya, saya datang kepada seorang yang tidak tahu minum arak, lalu saya pun memujuk dan merayunya hingga akhirnya ia ikut saya dan minum arak, ia tetap berdosa kerana ia telah bermaksiat kepada AllahIblis Penyuluh Jalan. Baca ... » dan telah minum arak. Dan saya juga berdosa, kerana saya telah menyesatkannya dan memujuknya untuk melakukan maksiat. Kalau tidak kerana pujuk rayu saya, tentulah dia tidak tahu minum arak itu.

Dari sini jelaslah, bahawa ayat pertama dimaksudkan dengan orang yang sesatTerbongkar! Agenda Kristian Untuk Malaysia Di Jerusalem. Baca ... » dirinya sendiri, atau salah dirinya sendiri (Contohnya, minum arak seorang diri, tanpa ajak orang lain, maka dosa minum arak itu dosanya sendiri, orang lain tidak berdosa).

Adapun ayat kedua pula dimaksudkan dengan orang yang menyesatkan orang lain dari jalan Allah Taala, sebab itu ia juga akan menerima nasib yang sama seperti yang dilakukan oleh orang yang disesatkannya itu (contohnya, dia minum arak, tapi bukan sendirian, malah ajak lagi teman-temannya yang lain ikut sama minum arak, maka dia berdosa dan akan pikul dosa teman yang dia ajak itu).

Hujah bahawa pemimpin, ayah dan setiap orang akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. ImamAyah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?. Baca ... » (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu”. – HadisBinatang Yang Harus Dibunuh Dan Harus Dipelihara. Baca ... » RiwayatBinatang Yang Harus Dibunuh Dan Harus Dipelihara. Baca ... » al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad.

“Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu adalah bertanggungjawab terhadap kepimpinan itu” – Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, Shahih Bukhari dan Muslim.

Daripada Abi Hurairah (ra) bahwa sesungguhnya Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda:
“Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk (hidayah), maka baginya ganjaran pahalaCelik Hati Kita. Baca ... » sama seperti pahala orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangi sedikitpun, dan barangsiapa yang mengajak kepada dhalalah (kesesatan), maka (dibebankan) ke atasnya dosa sama seperti dosa orang yang megikutinya dengan tidak dikurangi sedikitpun”.
[Hadis Sahih Riwayat Muslim]

Contoh:

Berzina adalah berdosa. Yang menanggung dosa berzina itu ialah penzina itu sendiri. TETAPI apabila aktiviti zina itu dijadikan sebuah video lucahApa Hukum Menonton Video Lucah & Apakah Kesannya?. Baca ... », terdapat beberapa orang lain perlu menaggung dosa kerana terlibat melakukan dosa seperti berikut:

1: Perakam video ~ Berdosa kerana merakam aktiviti zina.
2: Penjual ~ Berdosa kerana menjual video yang haramKepercayaan Melayu, Amalan Khurafat dan Adat Resam. Baca ... ».
3: Penonton ~ Berdosa kerana menonton video lucah.

Dan si penzina tadi perlu menanggung dosa setiap orang yg melihatnya kerana dia membuatkan orang lain cenderung melakukan maksiat. Hal ini ada dijelaskan dalam hadis Rasulullah:

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:

  1. Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam);
  2. PerempuanOrang-orang Yang Menanggung Dosa Kerana Seorang Wanita. Baca ... »-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat , rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurgaAyah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?. Baca ... », serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian .”

(Riwayat Muslim)

Dalam hadis lain Rasulullah menyebut: “Sesiapa yang membantu mempertahankan kezaliman, maka dia akan berada dalam kemurkaan Allah, sehinggalah dia meninggalkannya”. (Riwayat Ibnu Majah)

Saya beri satu contoh lagi:

Mimun arak adalaha berdosa. Tetapi bukan hanya si peminum arak sahaja yang berdosa kerana arak itu, tetapi 10 golongan lain juga perlu menanggung dosa.

“Daripada Anas Bin Malik, dia berkata : Rasulullah s.a.w telah melaknat yang berkaitan dengan arak 10 golongan : iaitu yang memerahnya , yang meminta diperahkan, yang meminumnya, yang membawanya, yang minta dibawakan arak kepadanya, yang menuangkannya, yang menjualnya, yang makan harganya, yang membelinya dan yang minta dibelikannya” (HR. at-Tirmidzi)

Sebarkan artikel ini untuk manfaat bersama.

Antara artikel yang berkaitan dengan isu ini:  ‘Orang-orang Yang Menanggung Dosa Kerana Seorang Wanita‘.

Follow Penulis Di Facebook



6 comments

  1. kepahaman saya, mereka tidak menanggung dosa orang lain, ini adil.

    pemimpin/bapa dan orang berkaitan, tidak menanggung dosa orang lain dibawah tanggungannya.

    tetapi mereka mgkn berdosa atas kecuaian dlm memikul amanah itu.

    lainlah klu kita menunjukkan jalan kepada dosa, maka kita menanggung dosa tersebut.

  2. satu lg jgn lupa baca ayat Al-Ankabut ayat 12

  3. Saya berpandangan bahawa manusia tidak menanggung dosa orang lain.

    Perkataan tanggung seakan-akan menunjukkan pemindahan milik dosa dari satu bahu ke atas bahu yang lain. Sedang orang yang melakukan dosa tetap berdosa, manakala orang yang memulakan/menggalakkan sesuatu maksiat akan menanggung dosa yang sama besar dengan si pembuat atas sebab galakannya itu. Ini bermakna ia menanggung dosa sendiri, namun besarnya dosa itu bergantung pada sejauhmana tersebarnya dosa tersebut.

    Dari sini saya memahami dosa bukan berpindah milik, tetapi dosa itu berganda dengan bertambahnya pelaku maksiat atas sebab kita sepertimana bergandanya pahala dengan bertambahnya pelaku perkara taat atas dorongan kita.

    Ini yang saya fahami bila melihat kedua-dua ayat dalam surah al-An’am dan surah al-’Ankabut.

    WALLAHU a’lam.

  4. Dan berkata pula orang-orang yang kufur ingkar kepada orang-orang yang beriman: “Ikutlah jalan agama kami, dan kami sedia menanggung kesalahan-kesalahan kamu (kalau kamu mengira perbuatan itu salah)”. Padahal mereka tidak akan dapat menanggung kesalahan orang-orang yang bersalah itu sedikitpun, dan sesungguhnya mereka adalah berdusta.
    (Al-’Ankabuut 29:12) |

    Dan sesungguhnya mereka akan menanggung beban-beban dosa mereka dan beban-beban (dosa orang-orang yang mereka sesatkan) bersama-sama dengan beban-beban dosa mereka sendiri; dan sesungguhnya mereka akan ditanya pada hari kiamat kelak tentang apa yang mereka pernah ada-adakan secara dusta itu.
    (Al-’Ankabuut 29:13) | <

  5. Katakanlah: “(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya.
    (Al-An’aam 6:164

  6. Bagaimanakah dosa perempuan yang tidak bertudung yang menampakkan rambut? artis sekarang yg berhijrah sudah memakai tudung/ berhijab / hajah tetapi video klip/movie mereka zaman dahulu kala yang tidak memakai tudung masih disiarkan hingga sekarang dan mungkin hingga masa depan. Perkara seperti ini tidak dapat dielakkan. Rambut adalah aurat, tapi bagi sesetengah orang, rambut bukanlah aurat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>