Monday , 29 May 2017
Terbaru

Berdakwah Dan Jana Saham Akhirat Bersama CahayaIslam.net

Assalamualaikum…

Syukur Alhamdulillah. CahayaIslam.net kini sudah berusia lebih kurang 6 bulan. Dalam tempoh itu, lebih kurang 400,000 orang pelawat unit sudah berkunjung, membaca dan mendapat ilmu yang bermanfaat dari CahayaIslam.net. Semoga ilmu yang diperolehi dapat diamalkan sehingga akhir hayat dan diajar pula ke anak cucu mereka. InsyaAllah…

Sedikit sejarah tentang laman CahayaIslam.net. Nama asal laman web ini ialah wanwma.com, ditubuhkan pada tahun 2007 oleh saudara Wan Muhd Ali. Dalam tempoh itu ia telah beberapa kali melalui perubahan untuk penambahbaikkan. Sehinggalah akhirnya ia diberi nama CahayaIslam.net.

Dengan penjenamaan baru ini, CahayaIslam.net mula mengaturkan beberapa media dakwah yang lain untuk mengembangkan lagi syiar Islam. Antaranya ialah dengan mewujudkan sebuah laman Kartun Islam. Laman ini mengumpulkan lukisan kartun dakwah yang terdapat dalam internet selain dari kartun-kartun yang dihasilkan sendiri oleh pihak CahayaIslam.net.

InsyaAllah tidak berapa lama lagi CahayaIslam.net akan menghasilkan video kuliah agama yang disampaikan oleh 5-6 orang ustaz yang mengajar kitab yang berbeza-beza. Video tersebut akan diupload ke laman CahayaIslam.net setiap minggu. Semoga ia dapat membantu orang ramai untuk mendalami ilmu agama. InsyaAllah..

Sertai CahayaIslam.net Sebagai Rakan Dakwah

Kami sangat mengalu-alukan sumbangan artikel dan bahan-bahan dakwah dari anda. Banyak perkara yang bercanggah dengan syariah dijadikan adat dan budaya dalam masyarakat hari ini. Mendidik dan mentarbiah saudara sesama Islam adalah tanggungjawab kita bersama. Hantarkan karya anda samada dalam bentuk artikel ataupun lukisan kartun kepada kami untuk disebarkan. Daftar sebagai penulis di sini: Daftar CahayaIslam.net.

Nota: Jika kurang ilmu tentang pengetahuan agama, itu tidak mengapa. Ceritakan tentang perkara-perkara asas atau kisah-kisah yang didengar dalam kuliah agama dan sebagainya. Admin akan semak dahulu karya anda sebelum disebarkan kepada orang ramai.

Hulurkan Sumbangan

Untuk memastikan CahayaIslam.net kekal berada dalam internet, kami perlu membelanjakan sejumlah wang. Pada 29 Mei 2012 ini kami perlu membayar kos Hosting berjumlah RM180. Untuk itu kami membuka peluang kepada sesiapa yang ikhlas untuk melaburkan sejumlah wang samada RM10, RM20, RM50, RM100 atau RM180 untuk menampung kos hosting CahayaIslam.net.

Bayangkan dalam tempoh -+6 bulan, CahayaIslam.net sudah dikunjungi oleh lebih kurang 400,000 orang. Jika anda memberikan sedikit sumbangan untuk kerja dakwah ini, Allah sahaja yang mampu menghitung pahala kebaikan yang anda akan dapat dari setiap orang yang mendapat manfaat menerusi CahayaIslam.net.

Kami boleh bayar sendiri jumlah RM180 ini kepada syarikat hosting, nilainya tidak begitu tinggi. Namun kami buka peluang ini kepada anda untuk meraih saham akhirat bersama kami. InsyaAllah… Siapa cepat, dialah yang dapat. Jumlah yang kecil ini mungkin akan tamat dengan segera. Sumbangan akan ditutup setelah wang RM180 ini cukup.

NOTA: UNTUK MENGHULURKAN SUMBANGAN KEWANGAN, SILA KLIK DI SINI:

>SUMBANGAN KEWANGAN<

Wallahualam..

3 comments

  1. saya xpandai melukis..tp saya suka kartun.. =) semoga usaha murni ini berterusan.. ^_^

  2. Assalamualaikum,

    Tahniah kepada pihak Cahaya Islam Dot Net atas usaha dakwah yang dilakukan.

    Dengan adanya segolongan sebegini kefahaman terhadap Islam akan meningkat,insyaAllah.

  3. I think other web site proprietors should take this web site as an model, very clean and excellent user genial style and design, let alone the content. You’re an expert in this topic!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*