Sunday , 19 November 2017
Terbaru

Apa Hukum Menonton Video Lucah & Apakah Kesannya?

Menonton blue film (video lucah) hukumnya haram, kerana kita melihat secara jelas bentuk tubuh orang lain bahkan melihat mereka sedang melakukan jimak. Melihat aurat orang lain dapat menumpulkan fikiran dan mengeraskan hati. Jika perbuatan ini sering dilakukan maka dikhuatirkan mempercepat seseorang itu menjadi nyanyok atau pikun. Pernah suatu ketika Imam Syafie membaca ayat Quran namun sampai pada suatu ayat ia terlupa akan sambungannya. Beliaupun memperbanyak istighfar. Melihat keadaan beliau yang demikian sahabatnya pun bertanya.

Maka Imam Syafie pun menerangkan bahawa ingantan atau hafalannya terganggu lantaran ia terlihat tumit wanita yang kebetulan terkoyak sarung kakinya sebesar ibu jari. Jika melihat aurat wanita sebesar ibu jari dapat melemahkan daya ingatan dan daya hafalan, tentu akan lebih besar kesannya jika dengan sengaja melihat aurat orang lain secara telanjang bulat seperti dalam blue film.

Jika anda suami isteri terus melakukan pekerjaan yang buruk ini, maka pertama sekali nikmat yang akan hilang daripada kehidupan anda adalah hilangnya kenikmatan hubungan jimak dan kemesraan antara suami isteri. Sebab anda lebih senang bermain dengan khayalan seperti yang anda lihat dalam blue film. Untuk jangka panjang boleh menghilang ghairah seks bagi wanita dan melemahkan kemampuan syahwat bagi lelaki. Sebelum perkara buruk ini menghantui minda anda suami isteri dan menjadi penyebab malapetaka yang paling besar dalam kehidupan berumahtangga, maka hindarkanlah pekerjaan yang dilarang oleh agama ini.

Langkah untuk menghindari perbuatan buruk ini, buanglah vcd blue film yang anda miliki. Kekanglah nafsu anda daripada memiliki vcd blue film tersebut jika anda benar-benar ingin berubah dari melakukan pekerjaan yang sia-sia ini. Percayalah jika kita sentiasa melakukan perbuatan yang tercela ini, maka Allah akan menutup pintu hati kita dan akhirnya doa kitapun tidak akan bererti apa-apa dan tidak diperkenankan oleh Allah SWT.

Dipetik daripada soal jawab dalam surat khabar~~

Kredit: ZonBebas

11 comments

  1. terima kasih kerana sering ingat mengingati… selamat hari raya maaf zahir batin..

  2. Terima kasih diatas perkongsian ini

  3. sama-sama.slamat hari raya.maaf zahirbatin.moga sihat walafiat..(”_”)

  4. hello sya nk tnaya kalau melihat lucah pada setiap hari apa jadi?
    saya ingin berubah tapi jika saya berhenti akan terase hendak melihat balik ? bagaimana ini?

  5. hello sya nk tnaya kalau melihat lucah pada setiap hari apa jadi?
    saya ingin berubah tapi jika saya berhenti akan terase hendak melihat balik ? bagaimana ini

  6. sy berdoa agar yg tersasar itu akan menemui jln yg benar insyallah

  7. pucuk pangkal dri sndiri…suami adalah pemimpin rumahtangga..dia sepatutnya memimpin n membimbing isteri..isteri hanya menasihati je..tp kalau suami sendiri xnk berubah…apa isteri bole buat..tepuk dada tanya iman…

  8. terima kasih dgn perisian yang cukup padat ini..semoga yang sudah tersasar akan kembali kejln yg benar manakala yg msih belum tersasar berusaha agar tidak tersasar..!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*