Login

    
Login

Coretan insan bergelar WanWMA.

(Agama) Apa Itu Bidaah?

Bismillahirrahmanirrahim.....

Pada bulan Mac 2009 saya pernah menulis artikel tentang cara menyebut salam dengan betul. Dari situ timbulnya satu soalan dari komentar tentang soal bidaah. Katanya ingin mengetahui soal bidaah seperti tahlil yang tidak dilakukan di zaman nabi tetapi diamalkan oleh kita pada zaman sekarang. Amalan tahlil juga tidak dinyatakan dalam Al-Quran dan As Sunnah katanya inginkan penjelasan lanjut.

Dalam usaha mencari maklumat, saya tertarik dengan penulisan seorang rakan dalam blognya tentang Bidaah. Untuk itu, saya rasa tidak perlulah saya membuat karangan baru, kerana penerangan beliau sudah cukup baik. Baca dan hayati ilmu yang beliau kongsikan dibawah:

01_muslim_prayer_2

Wirid dengan doa ramai-ramai lepas sembahyang, baca tahlil, baca Yasin malam Jumaat, sapu tangan ke muka lepas bagi salam dalam sembahyang, baca doa Qunut, lafaz niat sebelum takbiratul ihram, tambah ‘saidina’ dalam lafaz selawat nabi…macam-macam lagi la. Nabi tak buat tu. Rasulullah kata,

“ Awaslah kamu daripada mengada-adakan perkara baru kerana setiap perkara baru adalah bidaah dan setiap bidaah adalah sesat dan setiap yang sesat balasannya adalah api neraka.”

Hadis ini kerapkali menjadi hujah terkuat golongan anti-bidaah ini. Jadi, sebenarnya apa hukum amalan-amalan seperti di atas? Seeloknya kita kembali kepada maksud bidaah terlebih dahulu supaya persoalan ini lebih jelas dapat difahami.

Istilah bidaah berasal dari kata Arab (bada’a) yang bererti mengadakan atau menciptakan sesuatu yang baru tanpa contoh terlebih dahulu. Para ulama sejak dahulu lagi membincangkan hukum bidaah dalam agama. Asas perbincangan mereka dalam menetapkan hukum bidaah adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Jabir yang tertulis dalam dialog tadi.

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud,

“ Sesiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan agama kita ini yang bukan daripadanya, maka ia adalah tertolak”.

Asas perselisihan pendapat ialah, adakah perkataan kullu bidaah dalam hadis membawa maksud semua jenis bidaah itu sesat dan tertolak, ataupun memberi maksud sebahagian besar bidaah itu sesat? Perbezaan pendapat inilah yang membentuk dua aliran yang mana aliran pertama menolak 100% amalan yang tidak berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah dan satu aliran lagi berpendapat maksud kullu bidaah ialah sebahagian besar, bukan keseluruhan ( al-kul bi ma’na majmu’ laisa jami’). Itulah yang menjadi sumber asas pegangan Mazhab Syafie yang membahagikan bidaah kepada dua iaitu Bidaah Sayyi’ah atau Dholalah dan Bidaah Hasanah.

Merujuk pada tulisan Ustaz Hj. Ahmad Hafiz Al-Bakaniy dalam Majalah Milenia Muslim keluaran April 2008, beliau menyatakan Imam Syafie membahagikan bidaah kepada dua iaitu Bidaah Hasanah (mengadakan sesuatu perkara baru yang terpuji yang tidak bersalahan dengan Al-Quran dan As-Sunnah) dan Bidaah Dholalah (mengadakan sesuatu perkara baru yang tercela yang bersalahan dengan Al-Quran dan As-Sunnah). Kata Imam Syafie,

“Setiap perkara yang ada sandaran daripada syarak, maka bukan dari perkara bidaah, sekalipun tidak dilakukan oleh generasi Salaf”.

Antara dalil dibolehkan bidaah (Bidaah Hasanah) dalam amalan harian terutamanya ibadah yang saya boleh utarakan sepanjang pemahaman saya terhadap isu bidaah ini ialah :

1. Firman Allah S.W.T yang bermaksud,

“…dan kami jadikan dalam hati orang yang mengikutnya perasaan belas kasihan (sesama sendiri).  Dan (perbuatan mereka yang beribadah) Rabbaniyyah-merekalah yang MENGADAKANNYA rekaannya; padahal KAMI TIDAK MEWAJIBKANNYA kepada mereka; (mereka berbuat demikian) kerana mencari keredhaan Allah…” (QS 57:27).

Ini menunjukkan bahawa perkara baru yang dilakukan oleh sebahagian umat Nabi Isa (ayat di atas merujuk kepada umat Nabi Isa yang mendirikan rumah daripada tanah liat walaupun mampu untuk hidup mewah) dipuji Allah kerana mereka ingin menjauhkan diri mereka daripada keseronokan duniawi walaupun tidak terdapat dalam kitab Injil yang mengharuskan sedemikian.

2. Dalam hadis yang dikeluarkan Imam Bukhari di dalam sahihnya daripada Rifa’ah bin Rafi’ Al-Zarqiy :

“Suatu hari kami bersembahyang di belakang Rasulullah S.A.W dan ketika Rasulullah bangun dari rukuknya, Baginda menyebut ‘Sami’alllahu liman hamidah,’ dan telah berkata salah seorang di belakang Rasulullah S.A.W, ‘ Rabbana walakalhamdu hamdan kathiran thoyyiban mubarakan fih’. Selepas menunaikan solat jemaah tersebut, Rasulullah S.A.W bertanya: ‘Siapa yang membaca lafaz tadi?’ Maka sahabat tadi menjawab: ‘Saya Ya Rasulullah’. Maka Rasulullah S.A.W bersabda: Aku telah melihat lebih kurang 30 malaikat berebut untuk mencatat pahala mereka yang menyebut lafaz tersebut”.

Jelas di dalam firman Allah dan hadis di atas bahawa semua perkara baru yang tidak dilakukan Baginda dan para Nabi terdahulu bukan semuanya haram.

3. Ulama Usul mendatangkan kaedah:

“Perkara yang ditinggalkan tidak menunjukkan kepada haram”.

4. Adapun hadis yang menyebut,

“Dan seburuk-buruk perkara adalah perkara yang baru dan setiap yang bidaah itu adalah dholalah (sesat) dan sesat itu adalah ke neraka”.

Imam Nawawi menyatakan bahawa makna hadis ini adalah am makhsus (umum yang dikhususkan kepada sesat). Beliau turut menyatakan di dalam kitab Tahdzib Al-Asma’ wal Lughat m/s 22 juz 3:

“Bidaah pada syarak ialah mengadakan sesuatu yang tiada wujud di zaman Rasulullah S.A.W. Dan ia terbahagi kepada Bidaah Hasanah dan Bidaah Qabihah”.

Beliau menyambung lagi:

“Perkara baru yang diadakan dan tiada asas (dalil) dalam syarak dinamakan bidaah. Tetapi, sekiranya ADA ASAS DALAM SYARAK, MAKA IA BUKAN BIDAAH”.

Kekeliruan sesetengah pihak inilah yang akhirnya membawa perpecahan dalam umat Islam sedangkan Imam 4 Mazhab tidak pula bertekak sesama mereka malah menghormati pandangan masing-masing…Harapnya penerangan ringkas ini dapat merungkai persoalan di atas dan membuka minda kita sebagai persediaan menjadi Muslim era millennium. Wassalam…

Artikel ini dipetik dari blog: http://bondsoflove90.blogspot.com/2008/05/bidaah-ooiii-bidaah.html, ia telah diubah suai sedikit sebanyak oleh saya.

Wallahualam.....

Blog Widget by LinkWithin
  • Share/Bookmark

Masukkan Email Anda Di Sini Untuk Mendapatkan Artikel Daripada Blog ini Terus ke Email Anda:

Delivered by FeedBurner

Ditulis pada 7 September '09 oleh wanwma, dalam kategori Agama.

13 Comments to “(Agama) Apa Itu Bidaah?”

08.09.09 at 06:00
Posted by Blog Mantra

Oh…begitu rupanya. Jadi Amalah membaca Yasin setiap malam jumaat tu kiranya bidaah hasanah, yang mana kita lakukan untuk tingkatkan amalan kita. Thanks bro wan atas huraian yang mantap

[Komen balas]

amin komen:

klu bg2, bleh lh kita solat rawatib berjemaah, krana solat berjemaahkn lbih phla..apa pendapat anda???

[Komen balas]

09.09.09 at 00:21
Posted by Abu Samah

Banyak perkara nak kena tanya Ustaz semula ni…
Abu Samah menulis diblognya tentang.. Hari Jadi Aku Yang Ke-38 My ComLuv Profile

[Komen balas]

09.09.09 at 03:49
Posted by JHafiz

kalau benda tu baek, xdak masalah. selagi tak melanggar syariat. kalau zikir, doa, apa masalah? kita sebut kalam2 yang mulia, memuji2 nama Allah, bukan merapu tak tentu pasal. jgn nnti ada pula duk heboh2 pesan kt smua orang, itu tak leh ini tak leh… perkara furu’ tak perlu diperbesar… banyak lagi hal lebih utama ptut dbincangkan. ulama’ dahulu kala da banyak bincang pasal ni…
JHafiz menulis diblognya tentang.. Kayuh Perlahan² My ComLuv Profile

[Komen balas]

wanwma komen:

Sebab org sekrg terlalu taksub dgn ilmu sedikit yg dia ada…tak pun menaruh bimbang teramat sangt kerana tidak belajar…

[Komen balas]

09.09.09 at 12:54
Posted by naz

baru belajar ni sem lepas kat subjek fndation of islamic ecnmic. tp blaja utk lulus.hoho. alhamdulillah dpt tmbah ilmu lg cni =)
naz menulis diblognya tentang.. Negara kau, apa yang kau banggakan? My ComLuv Profile

[Komen balas]

10.09.09 at 07:31
Posted by Fathuri

Assalamualaikum WanWMA. Apa khabar?

Wah! blog ini sudah berubah waja ye.

Kelihatan lebih organised, simple & userfriendly. Tahniah!

Saya juga sedang dalam proses menaik taraf blog, insyaAllah dalam beberapa hari akan setle.

Salam ceria & salam inspirasi

Moga terus ghairah menghidupkan ramadhan

Keep in touch ye

Assalamualaikum

psss…ini blog pertama saya singgah untuk test gravar tu..

[Komen balas]

wanwma komen:

Patut la tiba2 nampak gambar Fathuri di sini!

[Komen balas]

12.09.09 at 07:07
Posted by Kujie

ada seorang kawan, mereka adik beradik berpecah bertelagah hanya sebab ‘membaca yassin dan tahlil’ utk arwah salah seorang saudara mereka.

Yang setuju dan yang tidak… kenapalah mesti merumitkan hal yang tidak sepatutnya. Kalau memberi kebaikan, kenapa tidak dilakukan…cuma jangan berniat sempena 40 hari lah…100 hari lah..itu yang salah.

[Komen balas]

wanwma komen:

Inilah sebabnya jika tidak berilmu, ada orang merasakan dirinya mengambil berat hal bidaah kerana tidak dilakukan oleh nabi, sedangkan apa yang dilakukan oleh nabi pun tidak dibuatnya.

Apa pun perlu belajar dan tanya org yg lebih mengetahui! Jika berbincang dan bertelagah sesama sendiri, hanya mengundang kejayaan syaitan dan membuka pintu kesesatan.

[Komen balas]

21.12.09 at 20:03
Posted by Neeza

Salam saudara wma,

thanks for the link. Apa yang saya pelajari di Saudi, bidaah bersamaan dengan ciptaan baru didalam ibadah. Bila kita sebut ciptaan baru, bermakna perkara itu tidak dibuat oleh Rasululullah s.a.w dan tiada disebutkan didalam Al Quran.

Amalan bidaah memang nampak baik – baca Quran, tahlil (sebut nama Allah) dan sebagainya yang nampak baik. Kalau perkara tak baik seperti puja kubur, kita tak panggil bidaah. Itu kita panggil syirik yang mana dosanya tidak akan diampunkan Allah sama sekali melainkan kita bertaubat.

Apa yang saya pelajari disini juga, amalan bidaah lebih bahaya daripada buat dosa sebab bila seseorang buat dosa, dia boleh bertaubat. Tapi, bila dia melakukan amalan bidaah, dia tak akan betaubat sebab pada dia itu adalah ibadah.

Kalau dikatakan bidaah ialah ciptaan baru didalam agama/ibadah yang mana nabi tak buat dan tak disebutkan dalam Quran, jadi tak sepatutnya timbul bidaah hasanah. Unless lah kalau saudara kata bidaah hasanah itu adalah seperti ciptaan sains dan yang sewaktu dengannya yang tiada kaitan dengan ibadah.

Perkara yang berlaku semasa Rasulullah masih hidup kita tak boleh kata ciptaan baru sebab Allah sentiasa memberi wahyu kepada baginda. Dan wahyu datang dalam pelbagai bentuk.

Kalau kita buat sesuatu yang nabi tak buat – tahlil baca doa bersempena awal muharaam, kita ikut siapa sebenarnya? Wallahualam…

Sesungguhnya, sunnah akan mati disebabkan bidaah. Betul lah… bila orang banyak buat amalan yang Nabi tak buat, habis lah amalan yang diajar Nabi… Nauzubillah..
Neeza menulis diblognya tentang.. Jauhilah bidaah.. My ComLuv Profile

[Komen balas]

wanwma komen:

Ya..mungkin ada benarnya apa yg saudara katakan..namun saya tidak pasti samada saudara sememangnya belajar dalam ke semua 4 mazhab atau saudara hanya belajar dengan golongan anti bidaah.

Jika saudara tidak mahu mengikut bidaah meskipun bidaah Hasanah @ mungkin saudara kata tiada bidaah Hasanah, itu hak saudara mengikut ilmu @ aliran yg saudara pelajari. Tapi untuk menjatuhkan ia haram, saudara tidak boleh begitu tergopoh-gapah. Para ulamak sendiri tidak menjatuhkan semua bidaah itu haram.

Bidaah Hasanah itu bukan saya yang reka atau kata ikut suka saya..itu pandangan Imam Syafie, jika saudara rasa saudara sudah lebih pandai dari Iman Syafie dan tidak mahu mengikut alirannya, itu hak saudara. Lagipun ada juga pandangan @ aliran lain yg mmg tidak mengamalkan bidaah. Tak salah pun..tapi berjaga-jaga utk mengharamkan sesuatu..

Kita lihat pula pesanan Iman Nawawi,

Adapun hadis yang menyebut,

“Dan seburuk-buruk perkara adalah perkara yang baru dan setiap yang bidaah itu adalah dholalah (sesat) dan sesat itu adalah ke neraka”.

Imam Nawawi menyatakan bahawa makna hadis ini adalah am makhsus (umum yang dikhususkan kepada sesat). Beliau turut menyatakan di dalam kitab Tahdzib Al-Asma’ wal Lughat m/s 22 juz 3:

“Bidaah pada syarak ialah mengadakan sesuatu yang tiada wujud di zaman Rasulullah S.A.W. Dan ia terbahagi kepada Bidaah Hasanah dan Bidaah Qabihah”.

Beliau menyambung lagi:

“Perkara baru yang diadakan dan tiada asas (dalil) dalam syarak dinamakan bidaah. Tetapi, sekiranya ADA ASAS DALAM SYARAK, MAKA IA BUKAN BIDAAH”.

So, patutkah saya mengikut pandangan saudara atau saya mengikut pandangan para Iman Ahli Sunnah Waljamaah? Pada saya mereka lebih mengetahui..

Maafkan saya jika terkasar bahasa..mohon maaf dan keampunan. Akhir kata, pada saya tak salah untuk tidak mengamalkan bidaah seperti kenyataan saudara..cuma jangan terlalu cepat menjatuhkan hukum haram..kerana itu juga pesanan para ulamak..

[Komen balas]

07.09.10 at 09:47
Posted by mat sabeh

Tak perlu gaduh2 tak perlu pergi jauh2 ….. Kalau ada sandaran, dalil dari Alquraan dan Sunnah itu bukan BIDAAH … so apakah amalan2 teras orang melayu boleh di pertanggung jawabkan dengan sandaran Quraan dan Sunnah? Boleh datangkan Dalil?

Ibadah sudah di tutup dengan Wafatnya Rasullullah so tak perlu buat rekacipta yang baru dari segi bentuk, style atau aturan mahupun sebutan.

INGAT: Semua Ibadah adalah HARAM kecuali ada dalil yang memerintahkan.

Kalu kita buat rekabentuk ibadah baru – siapa mahu endorsed? Nabi Khataman Nabiyin sudan Wafat!. Tok wali? Syeikh Khalifah Tariqat? Siapa mereka yang pandai2 nak endorse (iqrar) ibadah2 baru.

CUKUP!…. CUKUP … ambillah Ibadah yang SAHIH itupun sudah tidak mampu nak lakukan, tetapi jika kita lakukan walaupun nampak SEPELE atau LEKEH tapi itulah yang BENAR disisi ALLAH. Ratib2 bersungguh2 nampak HEBAT hingga bunyi ak..ak..ak..ak tapi apakah itu dianjurkan? Atau sahabat lakukan? Yang sahabat lakukan kita tinggalkan.

Maka saya berseru AMBILLAH yang SAHIH buang yang RAGU2 atau Marjuh ambil yang RAJIH.

Pilihan selamat Firqatun Najihah.

[Komen balas]








CommentLuv Enabled