Ada Apa Dengan Kemerdekaan Malaysia?
Bismillahirrahmanirrahim.....
Sebenarnya banyak perkara yang ingin saya tulis, tetapi saya rasa gambar lebih baik untuk menjelaskan maksud yang ingin disampaikan. Terlebih dahulu mari kita fahamkan apakah sebenarnya maksud merdeka. Mengikut kamus dewan, ‘merdeka’ bermaksud bebas, lepas, berdiri sendiri dan tidak bergantung kepada orang lain..apakah pula maksud bebas kepada masyarakat Malaysia yang merdeka pada hari ini? Ada pelbagai gambar yang boleh menjelaskan perkara ini…



Budak perempuan sekolah


Remaja lelaki

Artis Melayu

Artis Melayu

Finalis Gadis Melayu – TV9

Finalis Gadis Melayu – TV9
Seks bebas, lari dari rumah, buang bayi, mengedar dan menagih dadah, alkohol, ponteng sekolah, meragut, menubuhkan kumpulan haram, memukul guru, bergaduh di sekolah, menyebar gambar lucah, mat rempit, minah rempit, punk, meninggalkan solat, derhaka kepada ibubapa, membunuh, mencuri, minum arak adalah sebahagian kecil budaya bebas yang sedang menular diamalkan oleh remaja merdeka sekarang!

Statistik daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengatakan bahawa terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran (surat beranak) didaftarkan tanpa catatan nama bapa sejak tahun 2000 hingga 2008. Secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan (83.3) kes setiap hari. Inilah erti kebebasan yang kita sedang rayakan! Tahniah!
Namun, buat mereka yang masih ada kewarasan dan teguh keimanan di hati, tolong buktikan semua ini tidak benar dan bukan ini yang kita mahu. Semoga kita dapat melihat suatu keindahan merdeka yang berbeza suatu masa nanti….Amin..

Wallahualam.....













11 Comments to “Ada Apa Dengan Kemerdekaan Malaysia?”